-->

19 Mei 2015

Zaman Tersingkir Dari Kilauan Emas 5 & Drama Senandung Semalam

Assalammualaikum..
Aku ni bukanlah peminat rancangan Kilauan Emas ni tapi kadang2 kalau xde rancangan best yang lain kat Tv lain, aku tengok gak laa Kilauan Emas 5 ni. Tak sangka lak rabu lepas 2 peserta tersingkir terus, salah seorangnya adalah Zaman atau nama penuhnya Shahrulzaman Kamaludin. Die ni abang kepada pengarah dan pelakon Along Kamaludin. Zaman ni pun pelakon gak n tak sangka gak umur die dah 49 kot. Masa die muda2 dulu hensem gak laa die ni hahahaha. Aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu aku suka sangat tengok drama yang die berlakon. Antara drama yang paling best dan all time favourite adalah drama Senandung Semalam Slot Spektra kot yang tayang kat RTM.

Drama Senandung Semalam ni mmg best giler, sampai sekarang pun dok teringat lagi betapa sweetnyer cite tu hahaha, aku pernah tengok drama tu 2 kali, first masa drama tu tengah hangat ditayangkan dan pas 2 tahun kot RTM ulang balik drama tu dan pastu takde dah. Kalau korang cari kat youtube or search gambar pasal cite ni konform x jumpanyer hahaha sbb drama lama kan n aku pun kecik lagi masa tu. Dalam drama Senandung Semalam ni Zaman atau Shahrul ni lah yang jadi heronyer, pastu pelakon lain adalah Ochee, Rozie Rashid, Sherrie Merlis, Kakak kepada Linda dan Diana Rafar, Liza Rafar kot namanya, pelakon lain memang aku tak ingat dah.

Drama Senandung Semalam ni unik sikit sebab die berkisarkan tentang beberapa kawan baik ni yg jadi deejay radio, jarang ada drama yang mengupas tentang kerjaya menjadi deejay radio, pastu drama ni juga menceritakan tentang persahabatan, cinta tiga segi antara Sharul, Ochee dan Sherry Merlis. Pendek kata drama ni memang best giler, xde ker penerbit drama nak buat remake cite ni hehehe. Drama ni walaupun dah lama dlm tahun 1996/1997 kot ditayangkan tapi still jalan ceritanya masih relevan dengan masa kini. Sape2 yang pernah layann drama ni dulu konform akan cakap bestnyer. Ending drama ni pun sweet jer. Sekarang ni drama2 Tv3 yang popular especially Slot Akasia tapi jalan ceritanya tak habis2 pasal kahwin paksa ish ish ish.
Zaman atau Shahrul masa muda2 dulu..
gambar credit to Google

29 ulasan:

  1. Thx for sharing this info.

    #jejakblog disini

    BalasPadam
  2. saya pun minat dengan cerita senandung semalam... camne nak dapat cite tu yea utk buat koleksi..

    satu lagi pernah x tgk cerita lambaian kaabah lakonan khalid salleh yg jadik abang sulung membesarkan adik2 sehingga berjaya . cite tu pun best giler...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pun dah lama cari drama ni mlm ni baru jumpa. Ada nostalgia disitu. Mmg best citernya lebih2 lg lakonan sherie merlis...

      Satu lg drama yg cukup best hinggakan tak sggup nak tgk sbb terlampau sedih iaitu drama haryati, lakonan rusdi ramli dan adik kpd erma fatima. Manakala erma adalah pengarahnya...😅

      Padam
  3. Saya pon tercari2 senandung semalam nie..nak repeat tp xjumpa..betol ke mmg pelakon tu bukan along kamaluddin..mcm xpercaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelakon tu shahrulzaman yg mmg sempoi orgnya. Along adalah adik dia...

      Padam
  4. @MaLisA bukan along kamaluddin yang berlakon dalam senandung semalam tu, tapi abang along iaitu si zaman / shahrul ni la yg berlakon. Diorang adik beradik so muka pun lebih kurang sama lah kan..hehe

    BalasPadam
  5. Ingat x tajuk lagu OST drama tu..atau lirik2 nya..dlu tercari2 masa ingt lirik..tp sekarang dah tak ingat..lama sangat..lupa daaa

    BalasPadam
  6. @MaLisA sama lah saya pun dah x ingat dah, sbb lama sgt hehe

    BalasPadam
  7. hai..sy tlg ingatkn mane yg sy ingat hehe.. drama senandung semalam slot spektra tahun 1997..masa tu i dh sekola menengah.. drama bermula jam 9.00 mlm dr isnin - khamis. OST tajuk lagu SUTRA nyanyian LEFTHANDED (bole cek kt youtube) shahrul zaman pelakon utama, dibantu ochee dan sherry merlis (masa muda remaja gitu) pelakon lain spt zaidi omar suami kpd liza rafar ( dlm citer tu) tp zaidi omar meninggal sebab eksiden.. rozie rashid deejay pembaca berita cuaca sgt kelam kabut dn lurus org nye.. antra babak yg sy ingat mereka semua (deejay) pegi bercuti di port dickson.pd mlm bbq mereka berkumpul menyanyikan lagu 'malam' kumpulan shade..'malam terdengar sepantun lagu' irama nan syahdu' camtula liriknya..hehe xpndai nyanyi..sronok rasa fun babak tu.. ending crite tu.. sheery merlis eksiden jadi lumpuh..namun sbbkan shahrul sgt cintakn sheery.. shahrul sanggup menjaganya sehinggala dia sedari cintanya xkn dbalas oleh sherry.. sherry memilih jejaka lain iaitu izzie yahya..(last scene baru masok) sian shahrul.. kecewanya sharul..akhirnya shahrul kembali semula bercinta dn bersama ochee..last scene (bertemu dibangunan sekola).sekian..
    shahrul memegang watak sebagai RASHID.. ni je yg sy ingt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih atas perkongsiannya..drama lama kan, mmg ingat - ingat lupa gitu..

      Padam
    2. Best citer nie, mula, si zaman nie nak ngorat sherry merlis, dia minta tolong ochee..tapi dia x tahu ochee pun suka diakan..last2, sherry merlis accident. So zaman nie jaga dia, tapi dia sedar dia sukakan.ochee. last2 ochee bawa diri g luar negara rasanya..nanti.diorg jumpa balik kat sekolah. Last skali zaman ngan ochee..kan2...x ingat sangat dah, tapi memang.best..dialog last tu, hai deejay boleh.berkenalan..

      Padam
    3. Ye ini baru betul ...zaman sukakan ochee tapi terpaksa jaga sherry...ada sceene dia pandang kapalterbang waktu tolak kerusi roda sherry...sedih..ochee pegi

      Padam
    4. Camana cinta syarul mudah beralih arah kpd ochee ya? Spttnya dia dgn sherry sepadan...

      Padam
  8. Time Citer Ni form 1..mmg 1 family layan..kol 9 sh standby dpn tv..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy form six masa tu, kebetulan ada minat dgn someone mmg syok tgk citer ni...

      Padam
  9. I pun suka drama ini macam mana ye ,Cari
    dlm Youtube..

    BalasPadam
  10. Skrg aku ada projek bisnes dgn abg zaman ni. Nnt aku tanya pasal drama ni ada lagi x copy dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah ada ke copy dia??teringin nak tengok balik drama ni..best

      Padam
    2. Tolong tanya yer dan mskkan dlm youtube. Ramai peminat nak tgk....

      Padam
    3. Tak berbalas...mesti sharul pun lupa cite ni.hahaha

      Padam
  11. sy pon minat drama nie

    drama paling best zaman sekolah..mna nk cr ye video drama nie..wat koleksi

    BalasPadam
  12. Hmmmm... Layan jgk drama ni. Mmg x pernah miss.Puas cari sekarang 2020...mmg x jumpa dlm ytube. Lansung. Sedihhhh

    BalasPadam
  13. Nak juga drama ni.... sampai sekarang cari

    BalasPadam
  14. RTM xnk upload kt YouTube ke drama senandung semalam ni..mesti ramai yg suka

    BalasPadam
  15. Sape ada movie ni share ye link ke ape ke.. Nak tgk blkkkkk.... 😭

    BalasPadam
  16. Dia pun ade nyanyi lagu dgn sape nama dh lupa.. ingat tak tajuk lagu dia nyanyi tu?

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017