-->

27 Apr 2015

Shine Or Go Crazy - Korean Drama Review


Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Shine Or Go Crazy yang dilakonkan oleh Jang Hyuk, Oh Yeon Seo, Lee Ha Nui, Im Ju Hwan dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 24 episod dan bergenre Romantik, Fantasi serta Sejarah. Awalnya aku malas gak nak tengok drama ni sebab drama ni bukan drama moden tapi drama yang berlatarbelakangkan Sejarah iaitu Zaman Goryeo tu. Tapi last2 aku tengok gak sebab hero dan heroin drama ni memang aku suke gak. Tajuk drama ni bukan main moden lagi iaitu Shine Or Go Crazy macam tak sesuai plak untuk digunakan dalam drama2 zaman dulu ni. Tapi bila dah tengok drama ni barulah faham kenapa tajuk drama ni sedemikian rupa sebab memang ada kena mengena pun. Hero drama ni Jang Hyuk memang sentiasa berambut panjang dalam drama ni. 
 Heroin drama ni iaitu Oh Yeon Seo memang lawa dalam drama ni, comel dan sweet jer, memang muka die sesuai dengan watak yang lemah lembut, puteri lah katakan berbeza sangat dengan lakonannya dalam drama Jang Bo Ri Is Here, yang mana dalam drama ni die sangat kasar hehe. Gandingan Oh Yeon Seo dan Jang Hyuk kira okeylaa gak. Dalam drama ni banyak gak adegan lawan2 pastu pelakon yang pegang watak abang kepada Jang Hyuk serta raja dalam drama ni sangat familiar bagi aku, ingat punya ingat rupanya die lah Ryu Seong Soo yang ada muncul dalam Running Man untuk episod Mafia Games dengan episod RM versi Snow White tu hehehe aku kenal die sebab Running Man, kalau tak memang tak kenal langsunglah, tapi okeylaa die boleh berlakon dengan baik sebagai Raja yang tertekan, kerana dirinya tidak ada kuasa kerana die hanyalah raja boneka dan semua kuasa dipegang oleh Menteri.
Dalam drama ni banyak gak scene2 lawak antara watak Jang Hyuk sebagai Wang So dan juga watak Oh Yeon Seo sebagai Shin Yool/Gaebong. Shin Yool selalu keluar berpakaian lelaki bagi memudahkan pergerakannya, namun Wang So benar2 menyangka Shin Yool adalah lelaki, die langsung tak pernah terfikir akan kemungkinan yang Gaebongnya tu adalah perempuan jadi banyaklah perkara lucu berlaku. Tapi kalau pikir logik memang bengong betullah Wang So ni sebab Shin Yool ni walaupun berpakaian lelaki tapi mukanya tetap ada make up tau hahahaha. Antara part sedih dalam drama ni masa Se Won tu mati, Se Won ni adalah abang kandung Shin Yool tapi diorang terpisah sejak kecil dan Se Won telah diculik lalu akhirnya die menjadi pembunuh upahan. Sayangnya Shin Yool sampai ke sudah tak tahu yang Se Won adalah abangnya. Sedangkan Se Won tahu Shin Yool adiknya, rugi betul, kalau tak mesti sweet tengok reunion adik beradik tu.
Watak Im Ju Hwan sebagai Wang Uk/Wang Wook juga kadangkala agak annoying juga, sebab kadangkala perangai die macam budak2 jer. Die selalu rasa jealous dengan Wang So. Selain tu Wang Wook juga suka pada Shin Yool maka berlakulah cinta tiga segi kat sini iaitu antara Wang Wook, Wang So dan Shin Yool. Aku suka gak watak Yeo Won yang merupakan isteri kepada Wang So, die ni bijak dan tegas, tapi kadangkala aku x pasti sama ada die betul2 sayangkan Wang So atau tidak, tapi die memang x suka tengok Wang So rapat dengan Shin Yool, sebab die pernah cuba nak bunuh Shin Yool. Namun akhirnya die dan Wang So akan berpakat untuk mencari jalan menumpaskan Wang Sik Ryeom. Aku juga suka part Raja nak serahkan takhta pada Wang So sebab masa ni die dah waras dan bertindak dengan betul dan tidak lagi dibawah pengaruh Wang Sik Ryeom. OST/lagu tema drama ni juga sedap2 belaka. 
Ending drama ni agak sedikit konfius sebab ramai juga yang keliru adakah Shin Yool dan Wang So akan bersatu. Ending drama ni nak kata happy ending sangat tak juga nak kata sad ending pun tak la juga, sebab setelah Wang So jadi raja memang Wang Soo ada ajak Shin Yool tinggal di Istana namun Shin Yool menolak sebaliknya die ada impian sendiri nak mengelilingi dunia dan ingin ke India terlebih dahulu. Manakala Wang So terus menjadi raja dan kemudian ada anak2 pastu die jadi tua dan akhirnya Shin Yool dan Wang So bertemu di syurga. Lebih kurang gitulah ending die yang aku fahamlah hahaha. Apapun kesian juga kat Wang Wook sebab die juga bersendirian dan bawa diri lepas Wang So jadi raja, die putuskan ingin pergi mengembara. Boleh tahan juga drama ni jadi aku bagi 3.4 bintang dari 5 bintang untuk drama ini.

Sinopsis Shine Or Go Crazy

Wang So dilahirkan sebagai putera raja Goryeo, Namun disebabkan ramalan yang mengatakan Wang So akan membuatkan Goryeo menjadi negara berdarah maka dirinya telah dibuang dari istana lalu digelar dengan gelaran putera yang disumpah. Wang So juga dibenci oleh ibu kandungnya sendiri disebabkan ramalan terbabit. Wang So membesar di kawasan pergunungan dan dirinya juga kehilangan hak sebagai pewaris takhta. Setelah Wang So besar, die dipanggil semula ke istana oleh ayahnya. Satu konspirasi berlaku dan ayah Wang So diracun. Wang So dan seorang pengikut ayahnya mengejar penjahat yang meracun ayahnya hingga ke suatu tempat yg digelar Gaebong. Disana die bertemu dengan Shin Yool lalu dipaksa untuk menjadi Suami sementara Shin Yool. Disebabkan kesian die terpaksa setuju lalu berkahwin dengan Shin Yool untuk 1 hari jer. Shin Yool tidak mengetahui identiti Wang So manakala Wang So juga tidak melihat muka Shin Yool kerana Shin Yool memakai penutup muka.
Wang So kemudian beredar dan mencari penawar untuk racun yang ada dlm badan ayahnya. Namun semua telah terlambat, walaubagaimanapun ayahnya ada meminta Wang So untuk menunaikan beberapa hasratnya antaranya Wang So akan dikahwinkan dengan Puteri Yeo Won. Setelah itu ayah Wang So yang juga raja negara Goryeo pun mangkat. Kemudian Wang So menjalankan misinya secara senyap2, die juga berpura-pura tidak peduli tentang apa yg berlaku di istana. Wang Wook dicanang-canang menjadi calon raja yang seterusnya. Hubungan Wang So dan isterinya juga dingin. Shin Yool jatuh cinta pandang pertama pada Wang So lalu sengaja berpindah dari Gaebong ke Goryeo untuk mencari-cari Wang So. Shin Yool tidak mengetahui hakikat yang perkahwinannya dengan Wang So bukanlah perkahwinan diraja dan jika hal ini diketahui umum maka mereka berdua akan dijatuhkan hukuman mati.
Yeo Won isteri Wang So dan Wang Wook mengetahui akan perkahwinan pertama Wang So dan mereka cuba mengelakkan rahsia ini dari pecah dan sampai ke pengetahuan menteri jahat yang bernama Wang Sik Ryeom. Suatu pertandingan khas diadakan untuk semua putera2 raja bagi menentukan pengganti raja yang seterusnya. Wang So membuat kejutan dengan memenangi pertandingan tersebut dan Wang Wook kalah. Wang So juga sedaya upaya mencari bukti2 mengenai kesalahan Wang Sik Ryeon bagi menghalang die dari terus berkuasa. Wang Sik Ryeom menggunakan Shin Yool bagi menghalangWang Wook dan Wang So dari bersatu untuk menumpaskannya. Walaubagaimanapun rahsia perkahwinan pertama Wang So terbongkar dan Wang So dan Shin Yool ditangkap dengan helah Wang Sik Ryeom, Wang Wook dan Yeo Won cuba menyelamatkan kedua-dua mereka.

Review Drama Lakonan Jang Hyuk dan Oh Yeon Seo yang terdahulu-

1 ulasan:

  1. Dah ada citer nie.. tapi x sempat lagi tengok... Suka tgk drama korea yg zaman dulu2 nie.. best..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017