-->

31 Dis 2014

Emma Maembong Tersenarai Dalam 100 Wajah Tercantik Di Dunia 2014 Oleh Independent Critics

Assalammualaikum..
Kalau sebelum ini Soo Wincci berjaya tersenarai dalam The 100 Most Beautiful Faces Of 2013, untuk tahun ini Emma Maembong pula tersenarai untuk tahun 2014 nyer. Memang tak dapat dinafikan Emma sememangnya cantik, wajah pan asian gitu, sekarang dah berhijab pun dan makin bertambah cantiknya betul tak hehe. Kalau korang nak tengok Senarai lengkap 100 Wajah Tercantik Di Dunia 2014 bolehla tengok video dibawah sekali yer..

Apapun tempat pertama untuk The Most Beautiful Faces Of 2014 menjadi milik NaNa dari Korea. Sebelum ini Nana berada di tempat kedua dan untuk tahun ini die berada di tempat pertama. Woww tapi memang die cantik pun, cuma terfikir gak Nana ni ada x buat plastic surgery or mmg natural beauty? Aku pernah tengok Nana dan lain2 artis Korea dalam variety show Roommate season 1. Season 2 nyer aku dah malas nak tengok hehehe.

inilah Nana


Read More »

30 Dis 2014

Top 10 Pelakon Wanita Bollywood Paling Popular 2014

Assalammualaikum
Hari ni aku nak cite pasal Bollywood plak sebelum ni asyik Korea jer kan. Rasanya semua tahu pelakon wanita Bollywood semuanya cantik-cantik belaka dan berbakat dalam lakonan. So Jom kita tengok Aktress Bollywood mana yang paling menyerlah, bersinar dan Popular dalam tahun 2014 ini. Mesti ada yang tanya mana nama Kajol, Aishwarya Rai semua kan. Diorang belum keluar filem baru dan belum aktif berlakon sepenuhnya lagi sebab tu nama diorang takde dalam senarai ni. Dalam 10 senarai ni ada beberapa nama aktress yang aku x berapa familiar sangat maybe pelakon baru ler tu kan. Apapun jom tengok Senarai 10 Pelakon Wanita Bollywood Paling Popular 2014 kat bawah ni.

1 Deepika Padukone
Deepika sememangnya popular dan layak berada di kedudukan yang teratas kerana kebanyakkan filem lakonannya laris dan Box Office seperti Yeh Jawaani Hai Deewani, Chennai Express, Happy New Year dan banyak lagi.

2 Katrina Kaif
3 Priyanka Chopra
4 Kangana Ranaut
5 Kareena Kapoor
6 Sonakshi Sinha
7 Shraddha Kapoor
8 Huma Qureshi
9 Nargis Fakhri
10 Parineeti Chopra

P/s- Jom Join yang aku buat ni, just klik link dibawah untuk sertai..
Read More »

29 Dis 2014

CPUV Nuffnang - Maggi Royale


Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat Cpuv yang baru dari Nuffnang..iaitu Maggi Royale. Terima Kasih pada Nuffnang..dan juga pihak Advertiser kerana sudi memilih blog ini. Tak lupa gak pada korang2 yang rajin klik2 iklan di blog ini, thanks yer semua. Kalau korang nampak iklan ni berlegar-legar kat blog ini sudi-sudikanlah untuk klik2 yer. Terima Kasih, semoga kita semua terus dimurahkan rezeki yer.
Read More »

28 Dis 2014

Sinopsis Oh My English - Villa Isabellaaa

Assalammualaikum..
Oh My English kini kembali dengan telefilem terbaru yang berjudul Villa Isabellaaa. Ianya merupakan telefilem ketiga daripada siri komedi pendidikan popular itu selepas Oh My Ganu dan Oh My English- Hello America. Berbeza sedikit dengan telefilem yang terdahulu, OME Villa Isabellaaa ini mempunyai sedikit unsur misteri dan suspen yang akan menjadi tarikan pada penonton. Wahh mesti best ni, tak sabar nak tengok kan. Apapun sebelum tu jom layan Sinopsis OME Villa Isabellaaa kat bawah ni k..

Sinopsis Oh My English - Villa Isabellaaa!

Kisah bermula ‘Oh My English: Villa Isabellaaa!’ bermula apabila para pelajar kelas 4 Merah dan Mr Middleton berhasrat untuk melawat See Yew Soon selepas berita pemergiannya ke Singapura dalam episode kemuncak musim ke-3.

Atas semangat setia kawan, Mr Middleton, Jibam, Jojie, Zack, Mazlee, Cikgu Bedah, Aiman dan Sarjan membuat keputusan untuk melawatnya.

Malang menimpa apabila van yang dinaiki pancit dan mereka terkandas dikawasan asing. Mereka kemudiannya mencari bantuan namun gagal.

Sebeliknya mereka menemui Villa Isabella yang dimiliki oleh Puan Tiana. Di sinilah bermula segala kisah seram mereka setelah mereka menerima pelawaan Puan Tiana untuk bermalam dirumahnya.

Apakah yang bakal berlaku kepada mereka? Benarkah Puan Tiana adalah hantu seperti yang dianggap oleh Jojie? Mampukan mereka melarikan diri dari Villa Isabellaaa!?
Read More »

27 Dis 2014

Tema Minggu Ke-7 Maharaja Lawak Mega 2014 : Komedi Bermoral

Assalammualaikum..
Minggu lalu menyaksikan kumpulan Comey tersingkir dengan tema Muzikal. Pada minggu ke-7 ni pula tema baru diperkenalkan iaitu komedi bermoral. Sebelum ini tak pernah dengar lagi ada tema ni. Ini bermakna setiap lawak yang dipersembahkan haruslah ada unsur-unsur pengajaran disitu. Susah juga tema ini kan namun kumpulan SYJ menyerlah malam ini dan dapat 5 bintang. Kump Sepahtu juga not bad, walaupun ada spontan sikit tapi mmg kelakar. Nabil dan Shiro menjadi pilihan ketiga aku.
Kumpulan Shake, Virus dan Bocey berada di kedudukan bottom three dan akhirnya menyaksikan kump Shake tersingkir. Nampaknya minggu hadapan semua peserta kena lebih bekerja keras. Jep Sepahtu menang Man Of The Match untuk minggu ke-7 ini.
Read More »

26 Dis 2014

Banjir Melanda - #PrayForPantaiTimur #PrayForMalaysia


Read More »

Zul Ariffin Kini Kembali Dengan Drama Istikharah Cinta Untuk Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama terbaru untuk slot akasia yang berjudul Istikharah Cinta sudah pun mula menemui penonton bermula selasa lalu. Drama ini menggantikan drama Bila Hati Berbicara yang sudah tamat episodnya. Drama Istikharah Cinta ini dibintangi oleh hero pujaan ramai masa kini iaitu Zul Ariffin dan juga heroin baru iaitu Faye Kusairi. Rasanya Faye Kusairi ni agak familiar juga, kalau tak silap die dah pernah berlakon drama2 lain sebelum ni. Drama ini mempunyai 28 episod dan merupakan terbitan Orange Tree Production. 

Dikhabarkan juga drama ini bukan adaptasi daripada novel seperti drama2 sebelum ini. Baru beberapa episod jer drama ni, tapi telah pun trending di Twitter tu. Ini membuktikan ramai yang menantikan drama ini dan nak tengok Zul Ariffin betul tak?? hehehehe. Apapun mampukah drama ini mengulangi kejayaan drama Rindu Awak 200% sama-samalah kita nantikan k. Sebelum tu, jom tengok Sinopsis drama ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Istikharah Cinta

Drama Istikharah Cinta mengisahkan mengenai perkahwinan Airil (Zul Ariffin) dan Dina Alia (Faye Kusairi) yang disatukan tanpa ada rasa perasaan cinta. Mereka belajar untuk mencintai satu sama lain selepas berkahwin. Dipermulaan cerita mengisahkan Airil yang pernah berkahwin dengan Aiza (Nonny Nadirah) namun bercerai talak satu disebabkan oleh pihak ketiga iaitu Dr. Rizal (Nizen Ayob). Tempoh perkahwinan Airil dan Aiza begitu singkat hanya dalam tempoh setahun nikah. Perceraian Airil dengan Aiza telah memberi kesan yang sangat mendalam terhadap Airil selama 4 tahun tempoh cerai. 

Setelah 4 tahun berlalu, Airil telah bertemu dengan Dina Alia tanpa sengaja di sebuah restoran. Pada ketika itu, Airil langsung tidak pernah mengenali Dina Alia namun perwatakan dan gelagat Dina Alia telah menghiburkan hati Airil yang selama ini berduka akibat bercerai sejak 4 tahun lalu. Sejak bertemu kali pertama, siapa sangka bahawa pertemuan dengan jejaka kacak Airil bakal menjadi insan yang teristimewa buat Dina Alia. Bagaimanakah pertemuan kisah cinta Airil dan Dina Alia sebaik Airil bercerai ? kena laa tengok drama Istikharah Cinta di Slot Akasia TV3.
Read More »

25 Dis 2014

Curious

Read More »

24 Dis 2014

Lagu & Lirik Matahari Nyanyian Hafiz Suip

Assalammualaikum..
Rasanya ramai yang dah pernah dengar lagu Matahari nyanyian Hafiz ni kan, lagu ni sering diputarkan di stesen radio. Video klip lagu ni pun best siap ada adik Balqis lagi tu. Kalau tengok lirik lagu ni memang maksud die agak mendalam kan. Selain itu, lagu ini juga adalah finalis untuk Anugerah Juara Lagu (AJL29) yang bakal berlangsung pada bulan Januari 2015 nanti apapun Good Luck untuk Hafiz. Jom tengok lirik dan lagu ni kat bawah k.

Lirik Lagu - Matahari

Matahari tak cukup indah

Pada pagi yang suram ini

Malam ku resah kerana
Malam mungkin kelam

Bumi indah cinta punah
Bintang bintang tumpang berduka
Meratapi nasib
Kenapa hari ini

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus melayari hidup kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus menghidupkan cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu



Read More »

21 Dis 2014

Sinopsis Drama Cinta Ilahi Slot Zehra Tv3



Assalammualaikum..
Slot Zehra yang bersiaran setiap jumaat jam 9 malam di Tv3 akan membawakan sebuah drama terbaru yang berjudul Cinta Ilahi. Drama ini dilakonkan oleh Johan As'ari, Diana Amir, Shakila Khoriri, Nazrief Nazri dan Ramona Zam Zam, lama tak nampak Diana Amir ni berlakon kan. Rasanya semua pun tahu Slot Zehra ni akan menayangkan drama-drama yang berunsurkan islamik gitu, yang banyak pengajaran untuk semua. Drama Cinta Ilahi membawakan kisah percintaan dan keikhlasan dalam mengenal erti cinta sebenar yang kekal abadi. Apapun jom layan Sinopsis Drama Cinta Ilahi di bawah ni k.

Sinopsis Cinta Ilahi

Cinta mampu mengubah seseorang. Itulah yang terjadi kepada Hud (Johan As'ari) seorang pemuda yang sering lalai dengan duniawi dan berpeleseran yang akhirnya terbuka hati saat bertemu Maryam (Diana Amir) seorang guru mengaji yang baru kembali ke kampung halamannya. Hati Hud yang pada mulanya hanya cuba mendapatkan perhatian Maryam dengan mendekatkan diri dengan ajaran islam ternyata menemui kemanisan iman dalam epilog pertemuan mereka. Hud mula berguru dengan ayah Maryam, Ustaz Hashim yang sering memberikannya nasihat dalam ilmu Islam.

Hud yang digambarkan sebagai pemuda nakal dan liar sememangnya sukar diterima orang kampung yang mengenali sikapnya. Malah sifat malas dan tidak serius pernah menyebabkan dia hampir dibuang kerja tetapi kehadiran keluarga Ustaz Hashim banyak membuka mata Hud agar menjadi insan yang berguna. Hari demi hari hubungannya bersama Maryam semakin bersemi. Namun disaat Hud mula mencintai Maryam, di saat itu jugalah dia mula diduga dengan pelbagai cabaran.
Pada masa yang sama, Zara (Ramona Zam Zam) sudah lama menaruh perasaan terhadap Hud mula terasa tercabar. Perubahan Hud yang drastik memang sukar diterimanya apatah lagi sebelum ini mereka berkawan rapat. Zara nekad untuk memporak-perandakan hubungan mereka. Baginya jika dia gagal mendapatkan Hud biarlah Maryam juga berputih mata. Ketika itu juga hati Hud punah dikejutkan dengan hakikat Maryam sudah bertunang dan bakal berkahwin dengan Basri (Beego) yang baru saja pulang dari Jordan. Ustaz Hashim pula beriya ingin memadankan Hud dengan anak bongsunya Shakira (Shakila Khoriri).

Mampukah Hud mengubat hatinya? Adakah Hud akan berubah semula ke perangai lamanya? Benarkah Hud betul-betul ikhlas mendalami ajaran agama atau semata-mata kerana cinta? Kalau nak tahu kenalah tengok drama ini nanti yer.

Read More »

19 Dis 2014

Review Running Man Episod 225 Guest Kim Woo Bin & Lee Hyun Woo

Assalammualaikum..
Aku sememangnya suka menonton Running Man ni dan kalau ada episod2 yang aku rasa best sangat aku akan buat review. Tapi ikut kerajinan gak sebab ada jer episod yang best tapi aku malas nak buat review hehehe. Dalam episod 225 tetamu jemputannya adalah Kim Woo Bin dan Lee Hyung Woo. Dari komen-komen yang aku baca di laman web, rata-ratanya memang sangat suka dengan episod ini. Semua memuji-muji betapa hensem n coolnya Woo Bin bila die berjalan menuju ke tempat terakhir untuk memenangi race tersebut. Sape yang boleh lupa betapa qiut n adorable Lee Hyun Woo ni, sangat ceria gitu. Episod ini sememangnya kelakar dari awal hingga akhir. Kim Woo Bin dah 4 kali kot jadi guest dalam RM ni manakala Lee Hyun Woo baru kali kedua jadi guest. 

Part awal yang menunjukkan perbualan Kim Woo Bin dan Lee Kwang Soo tu pun dah lawak. Happy betul Kwang Soo dapat jadi spy ni. Diorang semua akan bermain dalam 3 game, semua ahli RM x menjangka ada Spy di kalangan mereka sehinggalah di game terakhir tu. Game pertama diorang main adalah game yang bergantung di palang yang disediakan tanpa jatuh. Sorang ahli akan bergantung di palang tersebut manakala 2 ahli kumpulan yang lain akan pergi membuat mission yang diberikan. Akhirnya team Kim Woo Bin, Kwang Soo dan Jae Suk menang game ni. Apapun memang Woo Bin nampak betul2 nak menang game ni hehe.
Game kedua lagi lawak, diorang main game yang kena saling memandang antara satu sama lain tanpa mengelipkan mata langsung. Macam-macam muka pelik ada hehe, semua team nak menang sampai sanggup menghodohkan muka dengan conteng muka sendiri dan sebagainya. Kim Woo Bin yang hensem tu pun sanggup buat muka yang menakutkan hingga Gary pun terkejut hehehe lalu kalah dengan Woo Bin. Part Jaesuk dan Suk Jin juga lawak habis, beria benar diorang haha seriauu tgk muka Jaesuk jadi gitu hihi. Part paling best mestilah part Monday Couple, reaksi Ji Hyo yang berani dan menggoda tu buat Gary tak senang duduk hahaha tapi Ji Hyo yang kalah sebab mengelipkan matanya tanpa sengaja. Akhirnya team Woo Bin menang lagi untuk game kedua ni.
Game last adalah game individu, tiada lagi kumpulan, misi utama adalah untuk mengetahui tempat yang terletaknya Ancient Book tu. Tapi sebelum tu diorang kena cari dan mengumpulkan klu/petunjuk. Manakala misi Spy kena mencari blank nametag kemudian menggunakan pen tertentu dan tulis nama ahli lain diatas nametag tu. Tapi nametag tu mengikut warna, jadi spy tersebut kena pastikan warna nametag tersebut mewakili siapa dalam RM tu. Woo Bin banyak kali gak jumpa beberapa blank nametag tu dan die akhirnya berjaya mengetahui warna nametag tu sebenarnya mewakili warna butang baju yang dipakai oleh semua ahli RM. Bijak betul camne laa die leh terpikir kan hehe. HaHa juga bijak meneka sendiri apa yang sebenarnya berlaku, tekaan die tepat mengenai warna nametag yg mewakili warna butang baju. Suka tengok HaHa bijak betul die dalam episod ni.

Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo antara orang terawal yang berjaya Spy (Woo Bin & Kwang Soo) singkirkan. Lawak part lepas Kim Jong Kook dah out, Jae Suk dan Kwang Soo menari-nari dengan happynyer sbb Jong Kook dah tersingkir hehehe. Gary agak blurr masa game akhir ni tapi die berjaya jumpa blank nametag kepunyaan HaHa. Manakala HaHa pula jumpa blank nametag milik Gary. Akhirnya diorang berdua bekerjasama n ambik balik nametag masing2. Namun Woo Bin dan Kwang Soo berjaya mencari nametag yang disembunyikan Gary iaitu dalam topi yang dipakai Gary hehe. Akhirnya tinggallah HaHa seorang diri untuk melawan Spy namun HaHa gagal mencari nametag Woo Bin mahupun Kwang Soo.
Paling mengejutkan nametag Kwang Soo ada ditangan Woo Bin dan Woo Bin menyingkirkan kawan spynya sendiri iaitu Kwang Soo hehehe untuk memudahkan die mengetahui tempat terletaknya Ancient Book tu. Kwang Soo agak blurr masa disingkirkan, die tak mengesyaki Woo Bin pun masa ni sedangkan HaHa ada di depan Kwang Soo masa ni. Apapun Woo Bin memang bergaya, yakin n cool jer masa menuju ke tempat terletak Ancient Book ni, siap bagi segala pen2 yang die ada kat HaHa dan HaHa memang blurr jer masa ni lawak betul. Apapun part Lee Hyun Woo kena singkir tu pun lawak, Woo Bin duduk sebelah Hyun Woo jer masa singkir Hyun Woo tu. Lawak betul laa Hyun Woo kena singkir pun masih ceria n gelak2 sambil dok sebut nama Kim Woo Bin berulang kali hehe. Apapun episod ni memang enjoyy, layannn n best.

Baca Gak Entry yang dibawah ni yer-

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017