-->

31 Jan 2014

Ucapkan Alhamdulilah

Read More »

30 Jan 2014

Meaningful Birthday Giveaway By Yaya


Jom Join Ramai2..
Due Date- 10 Feb 2014

Read More »

29 Jan 2014

Zamir Juara Masterchef Malaysia All Stars

Assalammualaikum..
Tahniah buat Zamir kerana berjaya menjadi Juara Masterchef Malaysia All Stars. Seperti yang telah dijangka Zamir berjaya melangkah ke final dan seterusnya menjadi juara. Zamir ni muda lagi baru 21 tahun tapi dah bergelar juara, klasss gituu. Zamir berjaya menewaskan saingan sengitnya iaitu Celina di peringkat akhir. Ketika di musim pertama Masterchef Malaysia Zamir berjaya menjadi top 4, tetapi di musim ini Zamir berjaya menebus kehampaannya terdahulu dan bergelar Juara. 
Manakala Celina terpaksa berpuas hati ditempat kedua seperti musim yang terdahulu kerana dulu die tewas dengan Syura, kali ni tewas dengan Zamir. Apapun kedua-dua mereka sama2 hebat dan sama2 pandai memasak. Aku memang tengok Masterchef ni dari season 1 lagi n aku memang suka Zamir menang hehehe. Congrats Zamir..
baca yang ini jugak..
Read More »

28 Jan 2014

Lagu/Lirik Kalau Aku Kaya- Altimet feat Awi Rafael (AJL28)

Assalammualaikum..
Rasanya ramai yang suka dengar lagu Kalau Aku Kaya nyanyian Awi Rafael n Altimet ni, tambahan lagi lagu ni berjaya mendapat tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu (AJL28) baru2 ini. Jom kita tengok lirik dan muzik video lagu ini k.
Lirik Lagu Kalau Aku Kaya (Altimet Feat Awi Rafael)

Kalau aku kaya
Kalau aku kaya
[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau Aku Kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar
Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya
Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)
Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)
Kalau aku mampu
Buat suka hati aku

Baca ini jugak..
#~ Lagu/Lirik Ikut Rentakku- Jaclyn Victor (AJL28)..
#~ Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-28 (AJL28)..



Read More »

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-28 (AJL28) Tahniah Hafiz

Assalamualaikum..
Anugerah Juara Lagu (AJL28) telah pun berlangsung, Tahniah buat semua pemenang. Memang rezeki Hafiz sebab menang 2 kategori. Walaubagaimanapun opening AJL agak tak best bagi aku. Pengacaranya AG dan Scha pun agak biase2 jer bagi aku. Persembahan selingan aku paling suka part Ziana Zain jer sebab die nyanyi lagu lama die n suara die tetap power macam dulu2 gak walaupun dengar cite die sakit tekak masa tu. Persembahan para peserta AJL semua agak kreatif contohnya macam Stacy ada Zombie semua, pastu persembahan Awi Rafael n Altimet siap ada duit versi diorang jatuh dari atas hehe nampak penonton semua happy jer sambut duit tu hehehe. 

Jom tengok Senarai Pemenang AJL28

Anugerah Juara Lagu ke-28 jatuh kepada lagu Bahagiamu Deritaku nyanyian Hafiz.
Tempat Kedua jatuh kepada lagu Hanya Aku nyanyian Hyper Act.
Tempat Ketiga jatuh kepada lagu Kalau Aku Kaya nyanyian Awi Rafael dan Altimet.
Vokal Terbaik Jatuh Kepada Jaclyn Victor menerusi lagu Ikut Rentakku..
Persembahan Terbaik dimenangi oleh Hafiz menerusi lagu Bahagiamu Deritaku
Anugerah Juara Mobile turut dimenangi oleh lagu Bahagiamu Deritaku nyanyian Hafiz.
Tahniah pada semua pemenang, nampaknya Jac berjaya merampas trofi Vokal Terbaik daripada Hafiz yang telah disandangnya selama 3 tahun berturut-turut. Gambar2 diatas credit to Facebook Tv3 dan Google.

Baca ni jugak..
Read More »

27 Jan 2014

Kumpulan SYJ Tersingkir Di Minggu Ke-11 Maharaja Lawak Mega 2013


Assalammualaikum..
Minggu ke 11 MLM2013 telah pun berlalu dan menyaksikan kumpulan SYJ yang dianggotai oleh Syuk, Yassin dan Jihan tersingkir. Awalnya aku ingat takde penyingkiran di minggu ke-11 ni tapi rupenyer ade. Minggu ke 11 MLM2013 berlangsung di Kedah dan mempunyai 2 tema iaitu Silent Komedi dan Karoot Komedia. Shuib Sepahtu berjaya memenangi "Man Of The Match" untuk minggu ke-11 dan minggu ke-12 akan berlangsung pula di Johor manakala minggu ke-13 adalah Final MLM2013. Sabri Yunus dan Kump Dikir Barat turut menjadi tetamu jemputan untuk membantu para peserta bagi tema Karoot Komedia. Di akhir rancangan Kump Sepahtu, SYJ dan Bocey mendapat kedudukan bottom three.
Kumpulan Sepahtu membuat persembahan pembukaan dengan tema Silent Komedi. Mereka mendapat 3 bintang dari juri Datuk Yusof Haslam. Untuk persembahan kedua bagi tema Karoot Komedia, Sepahtu membuat sketsa tentang kereta yang mereka menangi telah dibawa lari oleh Rahim. Lawak gak bila Shuib asyik memintak nak menang Man Of The Match tu n last2 betul2 dapat hehe. Maybe ramai terkejut Rahim tercalon dlm top 5 ABPH sampai Shuib pun ada mention pasal die x tersenarai dlm top 5. Apapun diorang semua memang dah popular gitu. Cuma Sepahtu agak kurang menggunakan kumpulan Dikir Barat tu berbanding peserta lain.
Kumpulan Bocey pula membuat sketsa ttg situasi mereka tengah main Sepak Takraw untuk tema Silent Komedi manakala untuk tema Karoot Komedia diorang buat sketsa tentang askar kot kalau x silap. Persembahan kump Bocey masih kelakar cuma x sekelakar minggu2 sebelumnya. Kelihatan kump Bocey sangat suka membuat lawak yang berkaitan fizikal Abam patutnya diorang kena cari idea yang baru tanpa melibatkan soal fizikal yang besar atau yg kurus.
Persembahan SYJ agak kureng best untuk minggu ke-11 ni especially untuk tema Silent Komedi. Agak mengejutkan kerana sebelum ini kump SYJ sangat kreatif n banyak idea tapi entah kenapa sketsa mereka kurang kelakar untuk minggu ini. Diorang memilih utk buat sketsa tentang binatang2, maybe sketsa tu sukar difahami sedikit sehingga menyebabkan mereka mendapat 2 bintang dari juri. Untuk tema Karoot Komedia, agak sedikit kelakar dan diorang pandai menyebut nama2 jalan dan tempat yang popular di Kedah hingga menyebabkan penonton Kedah bersorak. Namun mereka masih menyelitkan unsur2 double meaning dlm sketsa kedua mereka ini.
Nabil agak cemerlang minggu ini. Untuk Silent Komedi, Nabil buat tentang situasi yang berlaku ketika dia di Perpustakaan, pasang lagu terkuat lah, HP berbunyilah pastu kentut berbunyilah hehe last2 siap baling laptop tu ketepi. Macam patah jer laptop tu lepas Nabil baling hehe konform rosak dah laptop tu hehe. Manakala untuk tema Karoot Komedia pula, Nabil jadi Salesman yang mana die nak menjual geng2 Dikir tu hehe. Nabil memanfaatkan semua yang ada atas pentas tu untuk dijadikan bahan lawaknya. Ahmad Khasan dan penari yang lain pun digunakan oleh Nabil sepenuhnya dan memang menjadi lawak Nabil untuk minggu ini.
Kumpulan Shiro pula membuat sketsa tentang situasi yang berlaku ketika mereka tengah memancing ikan. Shahrol sengaja pasang lagu kuat2 dan membuatkan Ajak marah last2 boleh plak berdancing berdua gitu hehe. Kump Shiro memang sentiasa konsisten dan banyak idea. Untuk tema K.Komedia, mereka membuat sketsa ttg pesakit dan doktor. Shiro juga turut menggunakan geng2 dikir tu sebagai pesakit hehe. Ketika di awal rancangan kump Shiro berada dalam kedudukan teratas untuk carta undian.
Kumpulan Jambu memang sangat cemerlang untuk minggu ke-11 ini. Diorang menebus kembali apa yang berlaku di minggu sebelumnya. Kump Jambu cemerlang dalam kedua-dua tema yang diberikan. Silent Komedi sememangnya makanan Jambu. Diorang membuat sketsa yang simple tetapi sangat kelakar. Manakala untuk tema Karoot Komedia, Jambu berjaya membuatkan penonton ketawa giler2. Diorang membuat sketsa tentang dua datuk yang tengah main golf  dan akan berbesan tak lama lagi. Jambu turut membabitkan para juri dlm sketsa mereka yang mana Nora Danish menjadi anak Yus yg bernama Siti Nor Enjoy dan Sheikh Haikel menjadi anak Tauke. Manakala Luna Maya menjadi bini Tauke dan paling best Datuk Yusof Haslam jadi Driver Yus hahaha memang lawak part ni.

Tak pasti pula sama ada di minggu ke-12 MLM2013 ada penyingkiran atau tidak, rasanya mungkin takde penyingkiran. Gambar2 diatas credit to FB Maharaja Lawak.
Read More »

26 Jan 2014

Doa-Doa

Read More »

Peplum and Shopping!

It’s a brand new week and the start of brand new experiences. Apa yang dah berlaku 2013, dah berlaku and what’s in the past stays there. Yang penting untuk 2014 kita kena cari motivasi untuk meneruskan hidup kita. Which brings me to my main point of writing this blog: Online Shopping!
Sekarang ni kan semua senang. Semua kat hujung jari. Tengok je websites macam Zalora Malaysia and buatlah pilihan anda. Semua ada! Daripada t-shirt, handbag ke baju kurung moden, baju kurung peplum, kebaya tops- you name it, they have it. Some people see shopping as a form of escapism and therapy (cuma shopaholic yang tegar je berani mengaku tau. Yang dalam closet tu cepat-cepat lah keluar and mengaku. Tetiba.) Hence, sebab tu shopping dengan motivasi itu sekarang adalah synonym untuk wanita.

As you all know, http://www.zalora.com.my ni satu brand yang besar di Malaysia dan of course, they will bring you the best fashion items for you to own, all at affordable prices. For instance, anda boleh dapatkan koleksi-koleksi pakaian dress Muslimah yang eksklusif, lagi anggun dan bergaya from one of Malaysia’s biggest names in fashion, Jovian Mandagie. Ingat artis and kaum kerabat je mampu nak beli Jovian’s pieces? Anda sekarang pun mampu ok! Dapatkan ladies fashion yang terkini: baju kurung moden, peplum dress, dan tudung online daripada designer berbakat besar ni. Cantik tau rekaan dia. High-fashion sangat. Boleh guna untuk dinner, Raya, atau simply for work and weddings!

Selain daripada Jovian, Rizalman juga telah mengilhamkan koleksi-koleksi yang hebat dan menawan untuk anda perolehi di Zalora Malaysia. Baju Muslimah menawan lagi anggun ini boleh membuatkan anda kelihatan seperti seorang bidadari dari kayangan (wahhhh gitu). Selain daripada baju kurung, peplum dress, Rizalman juga telah mengenakan a twist to jubah Muslimah by making it more contemporary and relevant to the fashion scene today. Warna jubah-jubah serta kaftans adalah lebih terang, patterns dia more bold and contemporary; definitely made for Muslimah yang berani bergaya.

What are you waiting for? For more collections of baju kurung go check on their website atau Facebook and start indulging now! Grab the latest sales, deals and trends only on South East Asia’s largest online fashion boutique.


Read More »

25 Jan 2014

Janganlah Bertanya Persoalan Yang Menjadi Rahsia Allah

Credit to FB Semanis Kurma tv9
Read More »

Lagu/Lirik Ikut Rentakku- Jaclyn Victor (AJL28)

Assalammualaikum..
First time dengar lagu Ikut Rentakku nyanyian Jaclyn Victor dah rasa best, rentak lagu ni yang rancak sedap didengar jadi tak hairanlah lagu ni masuk Final Anugerah Juara Lagu Ke 28, yang akan berlangsung pada ahad ini iaitu pada 26 Januari 2014. Adakah lagu ni bakal menang dlm AJL28 nanti.? sama2 kita nantikan..jom tengok lirik dan video lagu ini lalalala..

Lirik Lagu Ikut Rentakku

Jika mahu menjadi pacarku
Haruslah ikut rentakku dulu,
Dulu bila kita bermula
Bukankah sudah ku kata
Jangan mengawal perhubungan
Engkau mahu ku serah diri
Bila nak bermanja kasih
Tapi sebelum itu renungkan


[*] Ku wanita berkerjaya
Punya impian dan cita
Tak bergantung harap untuk berdikari
Dan diriku hanya mampu
Luangkan masa tertentu
Bercengkerama dengan teman lelaki

[**] Jika mahu menjadi pacarku
Haruslah ikut rentakku dulu
Ku tak selesa dikawal selia
Dan didominasi hey! hey!
Sebelum kita melangkah jauh
Haruslah ikut rentakku dulu
Dari gerak-geriku diatur
Lebih baik solo oh! oh!

Usah timbulkan rasa curiga
Setiap kali ku tiada
Untuk menemani hari sepi
Kita dua insan yang dewasa
Perlu matang dalam cinta
Kenalah selalu memahami
Repeat [*] & [**]

Dengarkan kata-kataku
Tiada ragu-ragu
Ikut rentakku
Kau harus terima
Itulah hakikatnya
Ikut rentakku



Read More »

24 Jan 2014

The Heirs (The Inheritors)- Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review drama korea yang bertajuk The Heirs/The Inheritors. Drama ni antara yang paling popular, paling famous, paling hot n paling top untuk tahun 2013. Mempunyai 20 episod dan dibintangi oleh ramai pelakon terkenal Korea antaranya Lee Min Ho, Park Shin Hye, Kim Woo Bin, Choi Jin Hyuk, Krystal Jung dan ramai lagi. Rasanya memang ramai suka dengan drama ni. Jalan cerita drama ni berkisarkan kehidupan anak-anak orang kaya gitu. Bagi aku jalan cerita drama ni biasa jer sebab boleh agak apa akan jadi seterusnya tapi disebabkan ramai pelakon popular dalam cerita ni so ianya menutup kekurangan pada jalan cerita drama ni.
Lakonan Lee Min Ho n Park Shin Hye memang yang terbaik sebab diorang pelakon hebat. Tapi ramai gak berkenan dengan lakonan Woo Bin sebagai Yong Do dalam cerita ni. Antara part yang aku suka adalah masa perebutan Cha Eun Sang diantara Kim Tan dengan Yong Do di sekolah tu. Part Buli2 pelajar miskin di sekolah kaya tu antara yang unik juga, tapi mmg kejam betul buli2 macam tu. Selain itu, part Kisah cinta yang sweet n cute antara Chan Young dan Bona tu memang best, suka tengok Lee Bo Na yang agak obses dengan BF nya Chan Young tu tapi die mempunyai hati yang baik. Aku suka gak tengok hubungan adik beradik antara Kim Tan dengan Abangnya Kim Won. Abangnya sangat dingin dan seperti membenci Kim Tan kerana ibu mereka lain2 namun Kim Tan tetap melayan abangnya dengan baik. Tapi nanti bila Kim Tan berada dalam masalah dan mula memberontak sendirian, abangnya mula berasa kasihan dan mula menolongnya.
Kim Tan yang sudah ditunangkan dengan Rachel atas pilihan keluarga mula menyukai Eun Sang dan Rachel menjadi sangat benci pada Eun Sang kerana menjadi penyebab Kim Tan ingin putus tunang dengan dia. Eun Sang juga adalah anak orang gaji rumah Kim Tan. Tapi biasalah hubungan Kim Tan dan Eun Sang tidak direstui dan disukai oleh ayah Kim Tan sebab Eun Sang ini hanya anak orang gaji. Dalam cerita Korea pun ada pasal darjat2 dan keturunan ni semua tau heehe. Lagu2 dalam drama ni juga best2 belaka.
Drama ni juga shooting kat luar negara iaitu Amerika Syarikat. Apapun Lee Min Ho mmg hensem hihi tapi kesian juga dengan Yong Do dalam cerita ni sebab die x dapat Eun Sang dan ayahnya pula kena tangkap polis dan die jadi sorang2 jer. Die dan Kim Tan nak berbaik- baik mcam dulu2 tapi diorang tak tahu caranya. Tapi jika Kim Tan dalam kesusahan, Yong Do akan membantunya. Eun Sang juga nak jadi kawannya tapi Yong Do menolak sebab Eun Sang dah tolak cintanya. Drama ni juga baru habis ditayangkan di channel ONE Astro. Penangan drama ni memang kuat sebab banyak kali juga trending di Twitter.
Apapun jom layan sinopsis drama ni yang aku amik kat Wikipedia..

Sinopsis
"The Heirs" depicts the friendships, rivalries and love lives of young, rich heirs led by Kim Tan (Lee Min Ho) and a girl named Cha Eun Sang (Park Shin Hye). The series follows a group of privileged, rich, elite high school students as they are groomed to take over their families' business empires. These wealthy students seem to have everything under control, except their love lives. Kim Tan is a handsome and wealthy Korean heir to a large conglomeration who is sent to study abroad in the U.S. In reality, it's a form of exile, as his elder half-brother back home, Kim Won (Choi Jin-hyuk) schemes to take over the family business. While in the States, Kim Tan bumps into Cha Eun Sang (Park Shin Hye), who has arrived from Korea in search of her older sister. Slowly, he feels himself falling for her, never realizing that she's the daughter of his family's housekeeper. When Kim Tan's fiancée, Rachel Yoo (Kim Ji Won), arrives to bring him back to Korea, his heart is torn between love and duty. Meanwhile, Rachel's future stepbrother and Kim Tan's former best friend, Choi Young Do (Kim Woo-bin) goes to the same school as Kim Tan and Eun Sang and starts falling for Eun Sang as well. The troubles arise as the heirs realize the differences between money and the real world.
Aku bagi 3.6 bintang dari 5 bintang untuk drama ni. Apapun tak silap aku drama ni ada menang beberapa anugerah dlm SBS Award hari tu. Lee Min Ho, Park Shin Hye semua ada menang. Selain itu Park Shin Hye, Choi Jin Hyuk dan Kim Woo Bin ada muncul dalam Running Man episod 160 kot kalau tak silap untuk mempromosikan drama The Heirs ni. Sayangnya Lee Min Ho jer x datang dlm RM masa tu.
Baca ini jugak..Klik pada tajuk drama dibawah utk membaca review drama berkenaan.

Drama Lakonan Lee Min Ho yang terdahulu-
Drama Lakonan Park Shin Hye yang terdahulu-
Drama Lakonan Choi Jin Hyuk yang terdahulu-
Drama Lakonan Kim Ji Won yang terdahulu-
Gambar2 Credit to Google..
Read More »

23 Jan 2014

Kesalahan Dan Pengajaran

Read More »

22 Jan 2014

Wordless Wednesday

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017