-->

25 Okt 2014

Johan Tidak Sertai MLM2014 & Zizan Bergabung Dengan Jambu Menjadi Kumpulan Virus

Assalammualaikum..
Masa mula-mula dengar pasal tiada JOZAN di Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) agak mengejutkan, kemudian dapat tahu pula Johan tidak menyertai MLM2014 manakala Zizan akan bergabung dengan Jambu membentuk kumpulan baru iaitu Virus. Agak trauma jugalah bila dengar pasal berita ni hahaha mcm2 perasaan ada, yang pasti memang penuh dengan tanda tanya dan 1001 persoalan. Kenapa Johan tak sertai MLM2014? Kenapa Zizan join Jambu? Apa dah jadi sebenarnya?. Mulanya aku ingatkan ni gimik Astro jer, maybe ada kejutan gitu di saat2 akhir, Tapi kini aku yakin mmg tiada JOZAN di MLM2014. Aku ingatkan Nabil yang akan bergabung dengan Jambu sebab macam tak percaya yang Nabil akan join secara solo lagi, dasyat Nabil masih maintain n x putus asa walaupun die agak terseksa dgn kontroversi dan sedih juga ketika di MLM2013.

Lagipun ketika di Final AF2013, Satu Malaysia tengok kot, yang Johan ada mention pasal nak masuk MLM2014 ni pastu tetiba bila tiba masanya tak jadi ler pulak huhu maybe sebab ada komitmen lain dsbnya. Zizan plak walaupun tanpa Johan die still join MLM2014. Jenuh gak den berdiscuss dgn member, mcm2 teori keluar hahaha, malas nak citer kat sini, nanti jadi sesi luahan perasaan dan emosi pula n then kontroversi pulak. Pendek kata semua fans JOZAN semestinya kecewa dengan berita ni, tanya lah sesape pun yg merupakan peminat JOZAN, semuanya berkongsi rasa yang sama. Dah lama tunggu ni plak jadinyer. 
Dari segi negatifnya mmg kecewa tiada JOZAN n Zizan join group lain. Tapi kalau tengok secara positifnya, gabungan Zizan dan Jambu akan menjadikan kump Virus unik sbb cara lawak mereka berbeza sekaligus menjadi kekuatan kump ini. Selain itu Yus, Tauke dan Zizan memang dah lama kenal, diorang bertiga adalah antara Finalis Raja Lawak musim pertama, so mmg menarik gabungan diorang ni. Rasanya Kump Virus akan beri saingan sengit untuk kump Sepahtu gitu, 3 lawan 3 baru adil hihi. Bila semua group bertanding di MLM2014, Tapi tiada JOZAN disitu mmg rasa kekuranganlah. Malas nk tulis pjg2 sbb sedih tiada JOZAN lagi. Walaupun akan ada Jozan The Musical di Istana Budaya tu, rasanya tetap tak sama macam di MLM2014 ni sbb MLM adalah pertandingan yg sememangnya sengit.

Good Luck untuk semua peserta yang bertanding di MLM2014 ni. Semua diatas ini hanyalah pendapat dan pandangan aku jer, sorry byk2 kalau ada yang terasa dan marah2 dengan entry ini.

4 ulasan:

  1. sabaq la nak bt mcm mana mngkin johan ada komitmen lain,kami pn terkejuz gak..ptt la masa iklan promo x nmpak johan,zizan ada nmpak duk jln skali dgn pak yus n tauke...apa2 pn kita doakan yg baik2 utk jozan n kita sama2 sokong MLM2014..

    BalasPadam
  2. Jangan sedih2. Mana tau ada gimik ke. Hehe

    BalasPadam
  3. mulanya terkejut juga...takpela, masing2 ada komitmen yang perlu diutamakan...all the best untuk semua...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017