-->

3 Ogo 2014

You're All Surrounded - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yg bertajuk You're All Surrounded, lakonan Lee Seung Gi, Cha Seung Won, Go Ara, Ahn Jae Hyun dan ramai lagi. Drama ni mempunyai 20 episod kesemuanya. Tarikan utama drama ni semestinya sebab para pelakonnya yang sememangnya popular dan dikenali ramai, disamping jalan cerita yang menarik dan mendebarkan. Tak sangka dapat tengok Cha Seung Won dan Lee Seung Gi dalam satu drama yang sama. Sebelum ni Lee Seung Gi pernah buat penampilan khas dlm drama Cha Seng Won iaitu Greatest Love.
Bagi Aku gandingan Lee Seung Gi n Go Ara ni agak kurang keserasian sikit tapi lakonan diorang mmg superb. Dlm drama ni memang susah nak tengok Lee Seung Gi senyum/ketawa sebab wataknya memang seorang yang serius dan perahsia. Apapun suka tengok scene2 kelakar dalam drama ni sbb comel jer hehe. Memang syok tengok cara diorang menyiasat setiap kes jenayah dan ada diantara kes jenayah tu turut membabitkan sejarah silam mereka seperti kes pembunuhan ibu watak Ji Yong/Eun Daegu yg dilakonkan oleh Lee Seung Gi. Apapun mmg enjoy tengok drama ni.
Antara babak yang paling aku suka adalah masa identiti sebenar Eun Daegu terbongkar yang mana dialah Ji Yong iaitu kanak2 yang hilang suatu masa dulu selepas melarikan diri dari pembunuh ibunya dan kemudian menukar identiti kepada Eun Daegu. Seo Pan Seok dan Eo Soo Sun yang paling awal mengecam dan tahu mengenai kisah silam dan identiti Eun Daegu yg sebenarnya. Ni antara babak yg paling best. Satu lagi babak yg paling aku suka masa watak Eun Daegu yg dilakonkan oleh Lee Seung Gi serta watak Seo Pan Seok yg dilakonkan oleh Cha Seung Won bergaduh sakan siap bertumbuk bagai. Pastu bila tengok scene2 kelakar diorang ni sweet jer hehehe.
Secara ringkasnya drama ni mengisahkan tentang 4 Detektif Baru iaitu Eun Dae Gu, Eo Soo Sun, Park Tae Il dan Ji Gook yang merupakan anggota baru dalam unit jenayah yang diketuai oleh Seo Pan Seok di Balai Polis Gangnam. Mereka berempat tidaklah begitu minat sangat nak jadi polis tetapi mempunyai alasan tersendiri untuk jadi polis antaranya sebab gaji tinggi, tiada pilihan lain, ingin membalas dendam dan sebagainya. Awalnya Seo Pan Seok memang tidak yakin dengan kebolehan dan kemampuan 4 detektif baru ini dan sentiasa memarahi mereka. Namun lama kelamaan die sedar akan kebolehan mereka dan mula rapat serta menyayangi mereka seperti anak sendiri. 
Dalam menyiasat kes jenayah, misteri demi misteri mula terbongkar apabila Eun Dae Gu sebenarnya ingin membalas dendam pada Seo Pan Seok. Apa yang bakal terjadi seterusnya?. Aku bagi 4 Bintang dari 5 bintang untuk drama ni..memang layannn drama ni.

Baca jugak yg dibawah ni yer..

#~ Review Drama Lakonan Lee Seung Gi Yang Terdahulu..

#~ Review Drama Lakonan Cha Seung Won Yang Terdahulu..

#~ Review Drama Lakonan Ahn Jae Hyun Yang Terdahulu..

1 ulasan:

  1. asalamualaikum miss banu...apa khabar ya. selamat hari raya maaf zahir dan batin..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017