-->

30 Nov 2013

The Master's Sun

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review drama The Master's Sun yang dilakonkan oleh 2 pelakon hebat dan berpengalaman iaitu Go Hye Jin dan So Ji Sub. Seriously drama ni memang best, terbaik punye, sekali tengok konform akan sangkut dengan cite ni. Dah ramai yang angau dengan drama ni kerana drama ni sangat sweet. Awalnya drama ni hanya ada 16 episod tapi disebabkan ratingnya amat baik dan maka ditambah lagi satu episod menjadi 17 episod. Drama ni bergenre Romantik Komedi dan Seram. 
Drama ni baru jer habis ditayangkan sekitar awal Oktober 2013 yang lalu dan mendapat sambutan yang baik dikalangan penonton. Hero drama ni iaitu So Ji Sub selalu berlakon dalam drama berat macam Melodrama dan sebagainya jarang nampak die berlakon genre cite macam ni. Percubaan die berlakon dalam genre Romantik Komedi sangat berjaya, karakter watak sebagai Joo Won yang ego, sombong n kelakar memang sesuai dengan die hehe. Die memang comel dgn karakter watak gini tambahan lagi dari awal sampai akhir tetap hensem.

Lakonan Go Hye Jin memang tak pernah menghampakan, watak yang die bawa iaitu sebagai Tae Gong Shil memang sangat berjaya. Keserasian hero dan heroin cite ni memang mantap, sweet jer. Drama ni berada dalam top 3 setakat ini.  Drama ni dari episod 1 hinggalah 17 sangat menghiburkan, tak pernah ada episod yang membosankan. Drama The Master's Sun akan sentiasa membuatkan kita ketawa, dan kadangkala membuat kita sedih. Namun tetap happy ending yeayyy hehe. Aku cadangkan korang semua tengok cerita ni, dijamin korang akan sukanyer. Ending drama ni memang terbaik, setiap watak dalam cite ni akan ada ending masing2, yang kesemuanya sememangnya happy ending jer hehe. Semua penonton drama ni memang sangat berpuas hati dengan ending cite ni.
Skrip Drama ni ditulis oleh Hong Sister yang mana sebelum ni pernah menghasilkan skrip untuk cite My Girl, My Girlfriend Is A Gumiho, The Greatest Love dan Big. Walaupun drama ni ada seram2 sikit, tapi takdelah seram sangat sebab hantu2 dalam cite ni sangat kelakar hahaha macam2 jenis hantu ada, maybe makeup hantu tu jer agak menakutkan bila mula2 tengok, tapi lama2 tengok karakter hantu tu terus jadi kelakar lak hehehe. Lagu tema dan lagu2 latar drama ni semuanya best2 belaka, sangat sesuai dengan babak2 dalam cite ni. pandai diorang pilih lagu yang sedap didengar dan sesuai dgn cite ni. 
Aku siap download semua lagu dlm drama ni masuk phone hehe. Banyak scene2 yang best dalam cite ni. Antara Scene favourite aku masa Tae Gong Shil kena rasuk di rumah Joo Won tu,dah macam2 hantu masuk badan die haha memang kelakar habis siap jadi kucing lah, anjinglah, budak nak aiskrim lah, perempuan perancis dan mcm2 lagi hihi. Selain Scene tu banyak lagi scene2 yang aku suka. Rindu nak tengok cite ni sekali lagi sebab memang x kan bosan sebab cite ni amatlaa sweet..
SiNopSis
Tae Gong Shil seorang gadis yang ceria dan bijak namun semuanya berubah bila die kemalangan dan koma selama 3 tahun. Selepas sedar dari koma, hidupnya mula berubah bila die mula nampak hantu/roh2. Sejak dari itu T.G.Shil mula memencilkan diri dan sentiasa hidup dalam ketakutan kerana dirinya sering diganggu oleh hantu2 yang meminta tolong padanya. Sehinggalah pada suatu hari, dia terserempak dengan CEO Kingdom Mall iaitu Joo Won dengan Sekretary Kim.
Bermula dari saat itu T.G.Shil sedar setiap kali die menyentuh/memegang tangan Joo Won hantu disekelilingnya akan hilang darinya dan ini membuatkan Gong Shil berasa tenang dan selamat kerana akhirnya dia berjumpa dengan pelindungnya. Walaubagaimanapun sikap Joo Won yang sombong dan ego serta tidak membenarkan sesiapa yang tidak berkenaan mendekatinya menyukarkan Gong Shil. 
Akhirnya Gong Shil terpaksa mencari cara untuk berada dekat dengan Joo Won iaitu dengan bekerja sebagai cleaner di Kingdom Mall. Maka setiap kali Gong Shil nampak hantu maka die akan terus berlari kepada Joo Won dan memeluknya hehe dan kemudian hantu tu automatik akan hilang. Awalnya Joo Won menyangka T.G.Shil sengaja mendekatinya kerana meminatinya sebab die kaya dan hensem sebab tu dia tak layan dan akan memarahi serta menghalau T.G.Shil. 
Namun lama kelamaan dia semakin percaya dengan cerita Gong Shil yang G.Shil sebenarnya mampu melihat hantu. G.Shil juga banyak menolong Joo Won menyelesaikan kes misteri di Kingdom Mall dan akhirnya Joo Won bersetuju untuk menjadi pelindung Gong Shil namun bersyarat. Nak tahu jalan cerita selanjutnya, kenalah tgk drama ni hehe. Apapun drama ni memang happy ending gitu.
Nak Baca Review Drama lakonan Go Hye Jin yang terdahulu boleh klik Link dibawah ini.

Trivia- Go Hye Jin pernah jadi guest dalam Running Man di episod 108 :)
Read More »

29 Nov 2013

Segmen Aku Blogger Malaysia


Jom Join Ramai2
Due Date-9 Disember 2013..
Antara Syarat Segmen ini..
i. follow blog boe (kalau dah follow. nanti bagitau dalam komen)
ii.copy banner then buat satu entri mengenai segmen ini
iii.tinggalkan komen dengan meletakkan link blog anda ( yg mengandungi segmen)
iv.Segmen bermula 29 November 2013 sehingga 9 Disember 2013 .

Ganjaran? kepada 15 pemilik blog yang menghantar trafik paling tinggi , blog beliau akan direview oleh boe sebagai tanda penghargaan boe terhadap anda :)


Read More »

28 Nov 2013

10 Sahabat Yang Harus Dihargai

Read More »

26 Nov 2013

Masterchef Malaysia All Stars Kembali Dengan Sajian Hidangan Pembalasan

Assalammualaikum..
Setelah berakhirnya 2 musim Masterchef Malaysia dan juga 2 musim Masterchef Selebriti Malaysia, kini program yang menjadi fenomena masakan di Malaysia kembali lagi. Dengan tema Sajian Hidangan Pembalasan akan menampilkan 20 peserta. 10 peserta daripada program Masterchef Malaysia dan 10 peserta daripada program Masterchef Selebriti Malaysia bakal berentap. Masterchef Malaysia All Stars masih mengekalkan juri yang sama iaitu Chef Jo, Chef Zubir dan Chef Adu.

Antara peserta adalah Azwan Ali, Karl Shafek, Soo Wincci, Raja Azmi, Kenchana Dewi, Sharifah Shahora, Michael Ang, Syanie, Enot, Brian, Emelda, Zamil, Che Lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik dan Shahriah. Episod pertama Masterchef Malaysia All Stars ini telah pun ditayangkan bermula sabtu lalu, dan akan bersiaran dari Sabtu hingga Selasa. Rasanya Masterchef kali ini lebih meriah dan havoc bila semua bekas peserta berkumpul dan bersaing semula. Seronok tengok gelagat peserta Masterchef ni, sebab mcm2 ada, perang mulut mmg selalu berlakunyer hehe. Aku paling suka tengok masa Sajian Luar, yang cabaran berkumpulan tu, tu lebih happening n byk drama gitu hihi.

Apapun Masterchef Malaysia All Stars ni memang layannnn. Promo iklan Masterchef tu pun best hehe.

Update!!
#-Kencana Dewi & Enot tersingkir dari Masterchef Malaysia All Stars di minggu pertama.
Read More »

25 Nov 2013

Senarai Lagu-Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu (AJL 28)


Assalammualaikum..
Jumaat lalu berlangsungnya Separuh Akhir Muzik2 yang ketiga sekaligus melengkapkan semua lagu yang bertanding di separuh akhir ini. 12 lagu telah terpilih dan layak untuk bertanding di peringkat akhir di Anugerah Juara Lagu nanti yang akan berlangsung pada Januari 2014 nanti. Jom kita tengok lagu mana yg terpilih ke AJL nanti.

Senarai Lagu..

1- Penglipurlara ~ Hazama feat The Penglipurlara
2- Takkan Terpisah~ Black
3- Bahagiamu Deritaku~ Hafiz
4- Salam Musik~ Salam Musik
5- In Love With You~ Aizat Hamdan feat Noh Hujan
6- Kalau Aku Kaya- Awi Rafael feat Altimet
7- Kau Yang Terindah- Alyah
8- Sahabat~ Najwa Latif feat Sham Kamarul & Sleeq
9- Tanda Tanya~ Azlan & The Typewriter
10- Hanya Aku~ Hyper Act
11- Ikut Rentakku~ Jaclyn Victor
12- Bosan~ Stacy

Kali ni banyak lagu duet plak kan hehe..tak dapat nak ramal sape yang akan mng dlm AJL tu nanti, sama2 lah kita tunggu dan lihat k.
Read More »

24 Nov 2013

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah


Jom Join Ramai2
Due Date-30 Nov 2013



Read More »

Kumpulan Tulang Tersingkir Di Minggu Ke-2 Maharaja Lawak Mega 2013

Assalammualaikum..
Minggu Kedua Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) menyaksikan kumpulan Tulang yang dianggotai oleh Along, Didie Alias dan Soya tersingkir. Pada minggu pertama MLM yang lalu pun, kump Tulang juga berada dalam kedudukan bottom three. Selain kump Tulang yang tersingkir, kump Kucai dan kump MaMu juga berada dalam bottom three untuk minggu kedua ini. Aku ada baca komen2 kat page MLM mengenai persembahan kump Tulang ni, rata2nya berpendapat persembahan kump Tulang tak best dan tak lawak langsung. Kalau ada yang perasan Along, Didie dan Soya pernah berlakon sekali dalam rancangan Gila-Gila di Astro Warna dulu.
Ramai juga yang beri komen mengatakan Along dah salah pilih partner. Setahu aku Along sepatutnya partner dgn gandingan lamanya di Raja Lawak Musim 2 iaitu Azrul menerusi kump Charm dulu. Tapi tak tahulaa kenapa x jadi plak disaat2 akhir dan Along join group lain n Azrul x join langsung MLM kali ini. Aku rasa if Along dengan Azrul bergabung semula maybe impak die lain n maybe lebih best n kelakar. Aku suka masa diorang sama2 dlm kump Charm dulu ketika di Raja Lawak 2, memang best masa tu dan diorang jadi Naib Juara tu. Sayang Along & Azrul x bergabung masuk MLM kali ni. Apapun tema MLM minggu ini juga agak susah iaitu "Cerita Rakyat".
Banyak gak kumpulan yang melakonkan watak sultan gitu, tak kurang juga banyak kumpulan yang kurang menyerlah dalam minggu ini seperti, Kucai, Osama, Mamu, Saywho, Zero, Boboi & Comey. Kump WaLa menebus kehampaan minggu lalu ketika berada di bottom three dan bangkit pada minggu ini dengan sketsa yang melucukan. Bocey pun boleh tahan, begitu juga dengan SYJ.  Nabil terus konsisten minggu ini dan memberikan persembahan terbaiknya, interaksinya bersama dengan juri Luna Maya juga kelakar. Sepah Tu juga best minggu ni, Tok ketua tu masih mencari bulu ayamnya hehe. Yusof Haslam sempat memuji Jep ni hensem dan macam nk ambik Jep berlakon filem die dah nanti. Untung Jep memang musim Jep sekarang ni. Tapi best plak tengok die sebut2 nama Ahmad Idham tu hehe.
Kump Jambu memang banyak idea, idea2 lawak diorang mmg x terjangka dek akal hehe. Best tengok diorang cuma x berkenan sikit part cium2 gambar tu. Kalau tak silap lepas show habis, kump Jambu berada dikedudukan teratas undian SMS mengatasi Sepah Tu. Kump Shiro juga best, banyak punchline yang kelakar.

Baca Jugak Entri Dibawah ni yer..

Read More »

23 Nov 2013

Lee Kwang Soo (Running Man) Fan Meeting In Malaysia January 2014

Assalammualaikum..
Fuhh mmg meletuplahhh Lee Kwang Soo datang Malaysia, Sebelum ni Kim Jong Kook dah pernah datang, kali ni giliran LKS pula. Kalau x silap Gary dengan groupnya Leesang juga akan datang ke Malaysia tapi pada tarikh yg berlainan Begitu juga dengan HaHa yang akan datang ke Malaysia juga tapi kesemua mereka datang berasingan, dalam acara yang berlainan dan tarikh yang berbeza. Kan best kesemua ahli Running Man dtg sekali baru meriah, lebih best shooting terus RM kt Malaysia ni barulaa meletupp. Berbalik pada Fan Meeting LKS, TIKET die memang mahal gilerrr, bahagian premium dekat RM500 tu. Makk aii mahal kot..hehe. Apa2 pun dlm RM aku mmg paling suka tengok LKS dengan KJK ni comel jer..

Apapun Jom tengok Video Khas ucapan dari Lee Kwang Soo kpd Fans Malaysia sempena kedatangannya ke Malaysia pada Januari 2014, Die cakap korea dlm video ni, tapi ada english subtitle lah, comel2x hihihi

Read More »

22 Nov 2013

JOZAN Akan Datang Ke MLM2013 Jumaat Ini?

Assalammualaikum..
Setelah JOZAN berjumpa pada hari ahad lalu di Konsert Akhir AF2013, Tetiba kuar pula cerita yang JOZAN akan hadir ke Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) Jumaat ini. Tapi tak tahu la sama ada diorang betul2 akan hadir ataupun tidak. Tapi memang semua mengharapkan sangat JOZAN benar2 datang, mesti lebih meriah MLM jumaat ini. Cerita pasal JoZan akan hadir ni timbul selepas Page Maharaja Lawak post status seperti dibawah ini.
Ramai yang excited nak tengok MLM jumaat ni, mana tau kalau betul JOZAN dtg kan. Tapi mesti diorang datang sebagai guest jer. Namun ada gak yang menyangka JOZAN akan jadi peserta, tapi aku rasa tu memang tak mungkinlah sebab Johan dan Zizan sibuk dengan plan masing2 dengan Zizan busy dengan teaternyer bersama Erra Fazira, Umie Aida & Nora Danish yang akan dipentaskan di Istana Budaya. Manakala Johan (Jozlynn) pula dengar cerita nak bercuti dengan peminat naik Cruise nanti. Lagipun diorang sebelum ni dah cakap akan join Maharaja Lawak Mega Next Year iaitu MLM2014.
Apapun x sabar tunggu jumaat ni, hope ada JOZAN nanti, baru best..

Baca Entry Dibawah ni jugak k..

Semua entry pasal JOZAN boleh baca-> Di SiNi..

Update!
JOZAN x datang pun adeh page tu tipu rr, buat tertunggu-tunggu jer.huhu

Read More »

21 Nov 2013

Iman

Read More »

Kejutan Johan Untuk Zizan Di Konsert Akhir AF2013

Assalammualaikum..
Sape yang tengok Final AF2013 mesti perasan kan Johan ada datang n suprisekan Zizan. So Sweet kan. Rupenyer ni memang plan Manager Zizan, Marina Juki, Ozlyn dan JoHan sendiri untuk suprisekan Zizan. Terbaiklah plan diorang ni. Memang dah lama nak tengok JOZAN sama2, dan walaupun JoHaN datang jumpa Zizan tu sekejap jer tapi dah cukup untuk buat satu Stadium dan Penonton di rumah sebak melihat persahabatan JoZaN ni. Peminat JOZAN konform2 menangisnyer tengok Sweet Moment diorang ni.
JoZaN dah berbulan-bulan tak jumpa disebabkan kesibukan masing2, jadi diorang saling merindu di kejauhan gitu. So Ahad lalu kedatangan Johan di Final AF2013 tidak dapat dijangka oleh Zizan. Awalnya Zizan sedang promo Radio Rasmi AF2013 iaitu Era.FM dan kemudiannya terus keluar muzik. Kemudian kedengaran suara Johan menyanyikan lagu Sahabat untuk selamanya yang terus membuatkan penonton bersorak dan stadium jdi gamat. Zizan pula terus memandang ke arah Pintu dan akhirnya Johan muncul. Zizan tak mampu menahan sedihnya dan rindunya pada Johan lalu die menangis sambil diorang berpelukan. Itu adalah Best Moment in AF2013.
Kelihatan Johan juga sangat sebak bila dapat jumpa Zizan tapi Johan ni memang pakar tahan air mata hehe walaupun raut wajahnya jelas kelihatan die sebak dan amat rindukan Zizan, manakala Zizan pula terus menangis sebab terharu dan rindu sangat dengan Johan. Ni lah Aura JOZAN, diorang boleh buat kita happy dan menangis dalam satu masa. Wajah Zizan masa peluk Johan memang epik, seolah-olah die sedang melepaskan segala perasaan rindu die dan ibarat Johan tu adalah semangat die. Hanya peminat setia JOZAN jer yang boleh faham betapa sweetnyer n bestnya tengok JoZan bertemu dan bersama-sama walaupun hanya sekejap.
Masa JOZAN berjumpa di AF2013 tu, diorang juga ada cakap akan join Maharaja Lawak Mega 2014 nyer maknanya MLM tahun depan. Hope jadi kenyataan. Ingatkan sesi sweet2 JOZAN ni dah habis tapi rupenyer bersambung pula di Instagram. JoZan bersweet-sweet pula di Instagram siap cakap rindu semua. Diorang ni memang sweet laa..jom tengok apa yang diorang sembangkan di Instagram.


Keesokannya iaitu hari Isnin, di JoHaRa Pagi Era, masih memperkatakan lagi pasal Jozan ni, best dengar hehehe. Video JOZAN bertemu di AF2013 ni pun banyak diupload di facebook. Kalau ada yg nak tengok boleh tengok di PaGe FB aku, cari kt sidebar k.

Ganbar2 diatas credit to Iman Jozannerz, Intan Marliana dan Aishah Humaira.
Read More »

Faizul Juara Akademi Fantasia 2013 (AF2013)


Assalammualaikum..
AF2013 melabuhkan tirainya dan menobatkan Faizul sebagai Juara Akademi Fantasia 2013. Tahniah untuk Faizul. Awalnya aku sangkakan Azhael yang bakal jadi juara tapi rezeki lebih memihak pada Faizul. Lagipun sedap gak suara Faizul ni kan. Awalnya susah nak meneka siapakah bakal juara Juara AF2013 dan akhirnya ianya menjadi milik Faizul dan Azhael mendapat tempat kedua.
Azhael yang sebelum ni tersingkir namun diberi peluang kedua menerusi AF Masuk dan diserap semula ke AF2013 dan akhirnya menjadi Naib Johan AF2013. Walaubagaimanapun Azhael tetap berjaya membawa pulang Anugerah AF BUZZ kerana mempunyai paling ramai pengikut di laman sosial seperti FB, Twitter & Instagram. Tahniah Azhael.
Amira mendapat tempat ketiga, dan berada dlm kedudukan top 3 gitu. Tak sangka juga Amira mendapat tempat ketiga sbb dia juga hampir2 tersingkir di konsert ke-8 dulu. Apapun Tahniah utk Amira. Aku paling suka masa Amira nyanyi lagu Skyfall tu sesuai lagu tu dgn suara die.
Indah mendapat tempat ke-4, memang sedap suara Indah ni, suka dengan lagu single die tu best jer. Indah sebelum masuk AF2013 ni sudah pun bergelar penyanyi terlebih dahulu dan mempunyai album cuma dirinya tidak begitu dikenali peminat pada masa itu. Apapun Tahniah untuk Indah, die mmg penyanyi yang berbakat.
Nabila berada di tempat ke-5, sebelum ni undian Nabila agak tinggi juga tapi x sangka gak die num 5. Apapun tahniah untuk Nabila. Nabila ni manis orangnyer especially masa die senyum mmg comel. Lagu single die dan pelajar lain semua sedap didengar.
Terkejut juga Aisyah mendapat tempat keenam, rasanya die sesuai berada tempat yang lebih atas juga sebab suara die unik dan sedap. Apapun dah rezeki kan, Tahniah untuk Aisyah kerana sampai di tahap ini.
Sebenarnya aku x kisah sangat sape yang menang AF nih sebab yang lebih aku kisahkan adalah pasal JOZAN hehe tak sangka diorang bertemu di pentas Final AF, memang sebelum ni ramai yg request nk tgk Jozan di final, tak sangka pula jadi kenyataan gitu. Setelah berbulan-bulan tak jumpa akhirnya JOZAN melepas rindu di pentas akhir AF yang turut membuatkan semua penonton sebak dan menangis termasuk Zizan. Semua terharu  melihat persahabatan JOZAN nih. Nantikan next entry yer untuk aku ceritakan lebih lanjut pasal JOZAN Di pentas akhir AF2013. Apapun JOZAN dah saling berjanji nak join Maharaja Lawak Mega tahun depan (2014) #MLM2014 yeayy harap jd kenyataan.
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017