-->

27 Ogo 2013

Kalimah Agung

Read More »

26 Ogo 2013

Pakaian Terbaik untuk Wanita Muslim

Read More »

Shuib Sepah Tu Juara Redah Kasi Pecah Extravaganza

Assalammualaikum..
Sape suka layan Program Redah Kasi Pecah? Program Redah Kasi Pecah dah masuk musim ke-2 dan semalam adalah episod terakhir yang menyaksikan Shuib Sepah Tu, Yus dan Tauke Jambu masuk final dan akhirnya Shuib yang jadi juara dan menang RM50,000. Tahniah diucapkan. Musim pertama dulu Redah Kasi Pecah ni macam main suka2 gitu, cuma musim ke-2 ni nampak lebih meriah sebab ia dibuat macam pertandingan dan ada ganjaran untuk para peserta. Musim Pertama setiap episod ada 3 peserta berbeza untuk musim kedua sebab ada ramai peserta n akan ada penyingkiran di akhir episod. 
Shuib juga baru dapat anak kedua so mmg rezeki anak die laa kan. Walaubagaimanapun kalau nak bandingkan Redah Kasi Pecah musim ke-2 dan pertama, aku lebih suka musim pertama lagi sebab masa tu nampak lagi meriah sebab musim dulu ada Nabil, Zizan, Along, Johan, Afdlin, dan lain2 n ada beberapa episod yg ada JOZAN sama2 bertanding sangat best episod tu. Cuma Tauke jer yang maintain sertai Redah Kasi Pecah untuk dua2 musim. Sayangnya untuk musim ke-2 diorang x sertai dah maybe sebab terlalu busy jadi xde masa nak join sekali. Aku rasa Hos Redah Kasi Pecah patut bagi kat AC Mizal ker atau Hos lain yg havoc2 nyer baru lagi meriah. Sebab Hos musim kedua agak mcam kureengg sikit. Apapun kalau boring2 mmg syok gak layan Redah Kasi Pecah ni.

Gambar2 Credit to FB Sepahtu FC Official.
Read More »

JOHAN Kembali Dalam Super Spontan Musim Ke-2

Assalammualaikum..
30 Ogos ini akan bermulanya Super Spontan Musim Kedua dengan Boboi dan Amir kekal menjadi pengulas cuma pengacaranya dah bertukar iaitu Ray dan Haniff (Era) bakal jad Hos untuk Musim Ke-2. Super Spontan masih kekal dgn dua kumpulan, cuma nama kumpulan dah bertukar kepada Semut Sentap (biru) dan Ketam Konpius (merah). Dari Segi peserta untuk musim ini ada peserta musim pertama join balik untuk musim kedua seperti Suhaimi, Tauke, Rahim dan paling best JOHAN pun ada. Zizan xde sebab die dah jadi Juara untuk musim pertama. Sayang gak sebab x dapat lah kita semua nk tengok sweet moment JOZAN di Super Spontan dah. Walaubagaimanapun persaingan musim kedua lebih sengit dengan kehadiran muka2 baru yang hebat2 belaka seperti Jepp, Shuib (Sepah Tu), Yus Jambu, Nabil, Munir, Almy Nadia, Noorkhiriah, Ajak Shiro dan Eko SayWho.
Kalau musim 1 dulu kita dapat lihat nama Johan, Zizan sering disebut-sebut untuk calon juara dan akhirnya memihak pada Zizan. Untuk musim baru ini nama Johan dan Jepp disebut-sebut sbg saingan paling sengit untuk calon juara walaupun mereka dlm 1 kumpulan. Walaubagaimanapun JoHan mesti rasa seronok sebab kali ini ramai geng2 die masuk macam Yus, Jepp, Nabil, Tauke pun ada n satu kumpulan dgn die untuk musim ni cuma kurangnya Zizan jerlah xde. Zizan mesti rindu nak join jugak bila tengok kat tv aksi2 diorang ni nanti. Mana tau ntah2 nanti Zizan pun tolong vote best fren die JoHaN kan hehe.
JOHAN pun dah lama praktis kat era melalui segmen Spontan Era so rasenyer Johan dah bersedia nak bagi yg terbaik untuk Super Spontan musim kedua ni. Kalau dulu undi2 peminat JOZAN terpaksa berpecah disebabkan JOZAN bersaing sesama sendiri di final so sekarang ni bolehlaa support JOHAN seratus peratus. Dikatakan juga Zizan terlibat sbg Hos dlm AF10. Wah JOZAN sama2 terlibat dlm program realiti cuma asing2 jerla. Hope Lawak Ke Der 3 ada menggabungkn JOZAN lagi. September ini JOHAN akan jadi Hos untuk program Propaganza di Astro yg akan bersiaran setiap Ahad dlm pukul 12.00 tghari or 12.30 tghari. Setiap Ahad pun ada JOZAN dah sekarang ni hehe cuma bezanya Zizan dgn Melodi di Tv3 & JoHan dgn Propaganza di Astro dlm waktu yg lebih kurang sama. Apapun x sabar nak tengok Super Spontan nanti konform kelakarnyer.
Read More »

What Do You Think If I Say Merlin?

Assalammualaikum..
Aku jumpa gambar kt atas tu kat FB hehe, Merlin tu kalau dalam Mitos/Sejarah dikenali sbg ahli sihir yang tua tapi zaman sekarang ni kalau sebut Merlin mmg ramai akan ingat Colin Morgan dan drama Merlin hehe.
Read More »

Best Quote From Drama

Assalammualaikum..
Hari ni nak share Quote2 yang best yg diambil dari 2 drama Korea iaitu drama Gu Family Book & The Queen's Classroom. Seksa gak nak susun kedudukan quotes dibawah hehe sbb asyik hilang jer..so jom tengok quote2 dibawah ini. Maksud mendalam gitu..Klik kalau nk baca Review drama Gu Family Book.. & drama The Queen's Classroom..

Quote From Gu Family Book..
Quote From The Queen's Classroom





                     

All The Quotes credit to Blog AsianDramaQuotes.

Read More »

24 Ogo 2013

Dont Be Afraid To Change

Read More »

23 Ogo 2013

Corat Coret JOZAN & Anugerah Lawak Warna


Assalammualaikum..
semalam telah berlangsungnya Anugerah Lawak Warna, ada kejutan, ada kegembiraan, ada kemanisan dan mcm2 lagi. Filem Istanbul Aku Datang menang besar dan berjaya membolot 4 anugerah iaitu Filem Komedi Terbaik, Pelakon Komedi Wanita Terbaik(filem) Lisa Surihani, Lakon Layar Komedi Terbaik & Pengarah Komedi Terbaik (filem). Ternyata Lisa juga agak terkejut bila diumumkan sbg pemenang Pelakon Komedi Wanita Terbaik sebab lisa bukanlah seorang pelakon komedi tapi disebabkan Genre Filem Istanbul Aku Datang dalam kategori Romantik Komedi maka Lisa juga tersenarai sebagai calon lalu menang. Persembahan pembukaan iaitu sketsa yang dibuat oleh Jep, Shuib Sepahtu dan Rahim R2 mmg sangat kelakar, gandingan diorang bertiga mmg berjaya membuat penonton ketawa.
Kategori Artis Lawak Lelaki Popular yang ditentukan menerusi undian peminat menjadi milik Jepp Sepah Tu, ternyata semua agak terkejut bila Jepp berjaya mengetepikan saingan terhebat iaitu Zizan dan Johan. Namun bagi aku Jepp juga mmg layak menang anugerah sbb die pun kelakar dan berbakat jadi xde hal lah..Disamping itu dalam ucapan kemenangan Jepp juga ada menyebut nama Johan dan Yus. Kagum dengan peminat2 Jepp diorang diam2 jer mengundi x kecoh mcm FC lain tup2 mng, pasni saingan dalam anugerah lain pasti lagi sengit bila ada nama Zizan, Johan dan Jepp sebab semua ada peluang untuk menang.
Anugerah Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV) menjadi milik Sabri Yunus menerusi drama Kampung Semarah Padi. Teringin aku nak tengok drama ni..terlepas tengok drama ni dulu. Sabri Yunus berjaya mengetepikn calon favourite untuk kategori ini iaitu JoHan. Penyampai untuk kategori Segmen Komedi Radio Paling Popular adalah Zizan dan Yana Samsudin dan dimenangi oleh Sketsa JoHaRa (Era.Fm). Masa ni ada moment JOZAN yg sweet gitu. Zizan sempat ckp "Hai Johan" dari atas pentas hehe pastu bila diumumkan menang maka Johan, Haniff & Ray pun naik pentas, pastu masa Johan naik pentas terus die dan Zizan berpelukan gitu n sewaktu JOZAN berpelukan satu Istana Budaya bersorak sweet jer..Aku perasan gak Camera selalu fokus kat Johan hehe manakala Zizan plak duduk di bahagian tepi sekali jadi senang Ac Mizal kacau2 dan usik Zizan. Kan best kalau JOZAN duduk dekat2 mesti lgi sweet.
Untuk Kategori Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem), saingan mmg sengit sebab ada SaM, Johan,Zizan dll dan akhirnya mmg rezeki Zizan bila die berjaya memenanginya. Paling sweet masa ucapan kemenangannya sebab Zizan ada sebut "Kepada JOZAN juga Kemenangan ini, JoHaN I Love You So Much In My Heart" sweet kan pastu terus kamera fokus kat JoHan, Johan masa ni dah senyum lebar bila tengok dan dgr Zizan ckp gitu. So Sweet..Zizan ni bagus sebab die langsung x pernah lupa pada JOZAN dan juga JoHaN. Zizan sangat sweet bila die ckp gitu kat JoHaN. Seperti yang pernah aku cakap JOZAN satu-satunya artis yang paling sweet di Msia. Dari Segi persembahan masa awal mmg best tapi bila part akhir agak huru hara, cuba letak JOZAN part akhir mesti meletup. Sayangnya JOZAN x buat apa2 persembahan, ramai yg rindu nk tgk JOZAN kan..

Hans Isaac ada ckp nk buat Lawak Ke Der 3 nanti, hope ada JOZAN lagi nanti..last tgk JOZAN masa Final RL7 hari tu..apapun tahniah pada semua pemenang.

Gambar di atas credit to Jozannerz Dsyg.
Read More »

Apa Gunanya...


Read More »

15 Ogo 2013

Yang Mana Satu Pilihan Hati


P/s-Comelkan heheehe
Read More »

13 Ogo 2013

True Friends

Read More »

The Queen's Classroom

Assalammualaikum..
Hari ni macam biasa nak buat review drama Korea yang aku baru tengok baru2 ni. Drama ni ada 16 episod dan merupakan remake dari drama Jepun yang popular iaitu berkisarkan tentang pelajar darjah 6 yang mengalami pelbagai dugaan dengan kedatangan guru kelas mereka yang baru iaitu Cikgu Ma Yeo Jin. Bagi aku drama ni menarik dan lain dari yang lain. Selalunya kita selalu disajikan dengan cerita guru2 yang sentiasa melindungi pelajar, Guru yang sentiasa baik dengan pelajar dan lain2. Tapi drama ni berbeza sebab ia memaparkan yang sebaliknya. Guru yang bernama Ma Yeo Jin mengambil pendekatan yang radikal dalam mendidik para pelajarnya sehingga membuatkan para pelajar menentangnya serta membencinya.
Drama ni banyak nilai-nilai murni dan ianya mengupas makna persahabatan, bekerjasama, bersatu padu, pengkhianatan dan banyak lagi. So memang tak rugi tengok walaupun ianya berkisar pasal budak darjah 6 tapi memang sangat enjoy tengok sebab drama ni banyak mesej yang baik untuk penonton. Awalnya aku sangkakan cikgu diorang tu jahat or mental problem ke apa ke sebab cara dia didik pelajarnya sangat berbeza dia sengaja menggalakkan para pelajarnya bergaduh, bermusuh, putus kawan,khianat antara satu sama lain sehingga membuatkan ada pelajar yang tersisih, dibuli dan sebagainya rupanya aku salah, sebenarnya Cikgu diorang ni sengaja buat begitu untuk buat pelajarnya bersatu dan menentang dirinya. Dia sengaja berkeras dengan pelajarnya untuk mendidik pelajarnya agar tidak manja dan sentiasa berdikari.
Dekat2 penghujung cerita baru tahu yang sebenarnya cikgu diorang sangat sayang kat diorang cuma tak tunjuk sayang die tu. Dua episod terakhir drama ni sgt touching bila para pelajar mula sedar tujuan guru mereka berkeras dgn mereka selama ini untuk buat diorang bersatu. Paling sedih bila guru mereka (Ma Yeo Jin)akhirnya digantung dari mengajar selama setahun disebabkan cara didikan yg radikal pada student disamping ada pakatan yg nak guru tu diberhentikan atas alasan x puas hati. So bila pelajarnya dapat tahu diorang terus sedih n rasa x puas hati sebab diorang dah sayang dgn guru diorang siap nk gi Pejabat Pendidikan untuk mogok semua. Part ni memang sedih bila tengok pelajar tak dpt nk berpisah dgn guru mereka. Siap pakat ramai2 gi cari guru diorang di merata-rata tempat.
Ini lah part pelajar Mogok tu diorang terus nk keluar dari sekolah n nk gi Pej Pndidikan untuk report dan tolong guru diorang dari digantung dari mengajar.

Masa pertemuan diorang dgn guru diorang tu semua dah menangis giler2 sebab rindu sangat dgn cikgu diorang..mmg touching masa ni. Nampak guru diorang rasa sebak tapi die tetap control n x bagi air mata die jatuh. sedih masa ni..n dalam drama ni guru diorang sentiasa serius n suka pakai baju warna hitam. x pernah pakai baju colour lain cuma ending die yang last sekali tunjuk guru diorang tersenyum sebab dia tahu anak2 murid die tak akan lupakan die n kini diorang sudah pun masuk sekolah menengah. So kalau boring2 tu boleh laa tengok drama ni sebab banyak pengajaran.
Antara Petikan dialog dalam drama ni..byk unsur2 nasihat gitu..credit untuk tuan punya gambar diatas..aku sertakan sekali Sinopsis n trailer drama ni..enjoy..

Trailer

SyNopSis
The drama will center around Ma Yeo Jin, a elementary teacher of the 6th grade and her students Shim Ha Na, Oh Dong Goo and Kim Seo Hyun who are reveling against her.
Teacher Ma is very realistic and to her elementary students, she shows how tough it is to live the world. Instead of being a shield for her students, she herself becomes the authority. She often pushes her students to the edge by blackmailing and mischief-making. Whole class of 6-3 (class 3 of the sixth grade) is rebelling against teacher Ma's educational attitude which is incomprehensible.

 Sometimes they would betray each other, sometimes they help each other and gradually they realize secret of the reality and make on their own views of the world. This kind of setting of the drama is totally new compared to the previous drama where the teachers were always the protectors of their students.
Teacher Ma is trying to be the high wall for the students and her students are trying not to be defeated and overcome the highness of the wall. And such strong plot will touch the hearts of the viewers with massive emotions. Through the story to show the meaning of the true education and will make the viewers look back on the true meaning of the happiness.
Read More »

Senarai Program2 Raya JOZAN Di TV

Assalammualaikum..
Selamat Hari Raya..mesti semua tgh busy buat persiapan Raya kan..hehe time2 Raya ni mesti byk program tv yg best2 kan so kat sini, aku akan senaraikan program2 tv seperti filem/drama/rancangan komedi yang ada melibatkan Johan, Zizan or JOZAN.Jangan lupa tengok k..

# 1 Syawal
Hantu Kak Limah Balik Rumah -2 Petang TV3 (ada JoHan)
Fuyoo Raya Zizan- 3 petang (Astro Ria)
Raya Sampai Pengsan-Zizan & artis2 lain 1-10 Syawal 1.30 petang 
Mega Lawak 2013- ada Zizan Chanel 200 Astro Box Office
Karlos Bolos-9 malam TV3 (ada Zizan)
Hantu Bonceng -11 mlm Astro Prima (ada Zizan)
Edisi Khas Raya (ada JohaN) 11 malam TV3

# 2 Syawal 
Kecoh Pengacara Beraya- 6 Petang, TV3 (ada ZiZan)
Lawak Ke Der 2- 10 malam (ada JOZAN) Astro Warna
Baik Giler -11 mlm Astro Citra (ada Zizan)

# 3 Syawal
Bujang Terlajak - 4 petang Astro Ria (ada Johan)
Raya Tak Jadi - 8.30 mlm TV9 (ada Johan)

# 4 Syawal 
MeloDi Raya -12.30 tghari TV3 (ada Zizan, Johan dan ramai lagi)

# 6 Syawal
Libas -11 malam Astro Prima (ada Johan)

# 10 Syawal
Hantu Telur -10 malam Astro Ria (ada JoHaN)

Ini jela antara program2 yang melibatkan Johan, Zizan di tv nanti yang aku tahu. Maybe ada lagi dan mungkin juga setakat yg diatas, kalau ada penambahan korang pandai2 la ingat sendiri hihi..apa pun enjoyy, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin ^_^

Gambar diatas credit to Iman Jozannerz


Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017