-->

6 Dis 2013

Review Running Man Episod 174- Lee Seung Gi & Kwang Soo Menang

Assalammualaikum..
Sape dah tengok Running Man episod 174 nyer..hehe episod ni antara favourite aku. Guest untuk episod 174 adalah Lee Seung Gi, Han Hye Jin dan Bora. Seriously episod ni sangat best dan happening. Han Hye Jin dah pernah jadi guest dlm episod RM di Vietnam dulu. Lee Seung Gi pula dh pernah jd guest dlm episod 120 dan 121 bersama Park Shin Hye dulu.
Aku memang suka tengok Lee Seung Gi jadi guest dalam RM sebab die memang dah biasa dengan variety show serta cepat sesuaikan diri dengan member RM yang lain. Lebih best kalau die jadi Permanent Member kan hehehe. Aku 1st time tengok Lee Seung Gi ni dalam drama My GF is A Gumiho dari situ baru tau die ni penyanyi juga. Sedap gak suara die n die pernah join beberapa Variety Show seperti X-Man, 1 Night 2 Days dan lain2.
Berbalik pada EP 174 ni, Games yang diorang main pun best2 n fun. Bermula dengan cara pilih teammate pun dah kelakar, dengan cara masuk dalam tempat yang dinomborkan mengikut pilihan sendiri. Akhirnya L.Seung Gi memilih no. 4 begitu juga dengan L.Kwang Soo lalu mereka berada dalam 1 team. KJK dgn Bora, HaHa dgn Suk Jin, Hye Jin dgn Jaesuk dan Ji Hyo dengan Gary. Gandingan paling aku suka tentulah LEE Couple iaitu Kwang Soo dan Seung Gi.
Nampak serasi jer dua2 ni, Walaupun Kwang Soo tua dua tahun dari Seung Gi, tapi nampak cam best friend gitu hehe. Seung Gi layankan jer Kwang Soo yang teringin sangat nak jadi leader hihi. Selain tu Monday Couple Ji Hyo dan Gary pun banyak moment yang sweet contohnya masa diorang gi beli buah oren tu, pakcik tu siap suruh ji hyo dan gary tuh kahwin terus hehe sweet jer hihi.
Masa Gary cakap die jealous tengok Kwang Soo bagi buah oren tu kat Seung Gi guna mulut tu pun dah sweet. Seung Gi sangat sporting melayan jer kwang Soo disamping die juga antara yang paling rajin bertanya pada orang2 yang die jumpa semasa tengah main games tu. Kelakar bila tengok semua team bergerak secara asing-asing namun last2 terserempak antara satu lain heehe. Dlm episod ni juga kita dapat tengok Salji dah mula turun di Korea.
Seronok tengok diorang sembang2 pastu naik Bas sama2. Best tengok diorang main teka2 berapa orang yang akan turun dari bus sambil dukung partner sendiri. Gary memang terror game ni, sekali teka jer dah betul.  Pastu Game baling kasut tu pun best. Team Kwang Soo sekali try dah dapat begitu gak team Jaesuk. Final game diorang kena teka nombor akhir dan akhirnya Kwang Soo dan Seung Gi buat kejutan kerana berjaya meneka dengan tepat. 
Pendek kata episod ni memang best, dan ramai yang suka episod ni termasuk aku. Sorry x dpt review details sbb terlampau banyak sgt moment yang best2, apapun Ep 174 Daebakkk hehe. Episod minggu depan iaitu ep 175 pun nampak macam best sebab guest die Gong Yoo ala yg hero drama Coffe Prince, Big dll. Dengar cerita ini adalah kali pertama Gong Yoo join variety Show. Tak sabar tengok RM nanti.

4 ulasan:

  1. wow..tentu best tak berkesempatan lagi nak tgk..

    BalasPadam
  2. serius miss banu, episod ni best..!
    dari awal lagi nur dah jangka menang kat zirapah..sbb si zirapah tu kan hebat bab2 yg melibatkan IQ ni...

    sekali betul dia menang.!daebakk..!

    BalasPadam
  3. innocent man best..

    BalasPadam
  4. masih x berminat lagi nk tgk..hihi.. nur suka la ni RM.. =)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017