-->

10 Dis 2013

Kumpulan OMG Juara Liga Lawak Superstar TV3

Assalammualaikum..
Ahad sudah berlangsungnya Final Liga Lawak Superstar yang menyaksikan 2 kumpulan iaitu kumpulan OMG dan kump Apa Kasih Toq berentap di Final. Kumpulan OMG yang dianggotai oleh Akim, Anas Mentor dan Sathiya muncul juara dan membawa pulang RM 250,000. Manakala Kump Apa Kasih Toq yang dianggotai oleh Didie Alias, Kamal Adli dan Shafiq Kyle terpaksa berpuas hati di tempat kedua.
Best gak layan Liga Lawak ni, bagi aku game die lebih kurang macam Super Spontan gak cuma bezanya game die lebih susah sikit dari Super Spontan hehe. Pembukaan Final Liga Lawak dimulakan dengan persembahan khas dari Afdlin Shauki, Johan, Saiful Apek, Cat Farish, dan sape ntah sorang lg x ingat lak nama die hehe. Diorang menyanyikan lagu Berani Punya Budak. Fuhh sekali tengok dah macam kump Rock gitu hihi. Ramai gak artis yang datang tengok Liga Lawak ni, iaitu mereka2 yang telah tersingkir awal dari Liga Lawak, kelihatan gak Fizz Fairuz, Almy Nadia, Intan Ladyana, Ozlyn dan ramai lagi. Johan, Apek dan Achey turut jadi tetamu undangan dalam 1 game ni yang mana peserta kena tiru gaya mereka dan buat apa2 sketsa yg lain.
Terdengar satu cerita Sweet yang mana ketika Iklan Liga Lawak tu ada something sweet terjadi hihi sila baca dibawah ini hehe..

Sweet kan, Zizan jer boleh kiss Johan, orang lain x boleh hihi sebab nanti Zizan marah hehehe comey sgt hihihi..
Berbalik pada Liga Lawak ni, ada 5 game yang diorang main, antaranya Sketsa Mengecut, game meniru tu, pastu game Penyanyi Berkepala Tiga, Sketsa Ayat Awal dan Akhir, Game Karaoke dengan Uncle Lock, Helium, pastu ada gak binatang2 tu n untuk final ada tambahan iaitu kena karen hihi. Kump OMG sentiasa berada di depan menerusi pilihan juri. Walaubagaimanapun Kump Apa Kasih Toq tetap memberikan saingan sengit especially masa game terakhir tu nampak ketiga-tiga mereka bersungguh-sungguh menyanyi.
Nampak Didie melawan ketakutan die dgn binatang2 tu semua dan bersungguh-sungguh menyanyi, begitu juga dgn Syafiq Karl, walaupun kaki sakit kena urut tetap myanyi, Kamal Adli lagilah kena karen tu, nampak sangat muka tengah tahan sakit, kadang2 terdengar gak die menjerit sikit2, tapi tetap komited menyanyi dan nak menari lagi walaupun tengah sakit kena karen siap terbangun dari kerusi lagi tu terbaiklah.
Kump OMG pun sama gak, kesian plak tengok Akim kena karen hihi menjerit gak die sakit kena karen. Aku paling suka OMG masa dalam game Sketsa Ayat Awal dan Akhir tu, lawak betul, Tajuk sketsa diorang lain, tapi lain plak jadinyer tu yang kelakar hehehe n pastu terlupa plak ayat akhir diorang n then boleh plak berbincang sama2 kat atas pentas tu apa ayat akhir sketsa diorang yg telah diberikan lebih awal oleh Afdlin dan Adibah Nor tu hehe. Rasanya dua2 kump sama2 hebat tapi rezeki lebih memihak pada OMG. 
Agak2 musim kedua Liga Lawak nanti sape yang akan masuk jd peserta kan hehehe..hadiah pun lumayan..
Gambar2 diatas Credit to Facebook TV3..

4 ulasan:

  1. Salam daripada Zalora Malaysia,
    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.
    Pihak Zalora Malaysia begitu berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak anda. Sila email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my

    BalasPadam
  2. kurang sikit tengok ini....macam kalut jer....hihi

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017