-->

9 Mei 2012

Review FiLeM JaNGaN PaNDaNG-PaNdaNG..


Assalammualaikum..
Nampaknya di Internet dah banyak dh link2 yg keluar utk tengok filem nih..haha..so ada sape2 yg belum tengok lagi filem ni??filem nih diarahkan oleh Ahmad Idham dan filem nih juga x ditayangkan di Astro First..sebaliknya Ahmad idham menjual filem ni kepada tv3..filem ni dibintangi ramai pelakon mcm Zizan.Nas-T,Sara Ali,Miera Liyana,Azhar Sulaiman dan lain2..filem ni boleh dikategorikan sebagai filem Komedi Seram..permulaan cerita nih pun dah kelakar haha..boleh plak bercinta dengan hantu yer hehe..dan hantu2 dalam filem ni semuanya kelakar..xde pun hantu2 yg benar2 menyeramkan..Antara part yg best masa adegan kena rasuk n tetiba telefon zizan berbunyi..ringtone die boleh plak lagu Wassini yg waheeda nyanyi tuh..pastu zizan gunakan ringtone tuh untuk mengubat kawan2 die yg kena rasuk tuh hahaha..
Selain tuh masa adegan yg Zizan terjumpa Hantu Bapok tuh pun mmg x boleh blah..hantu tu siap cakap "Anak ikan Mak" hahaha...bagi aku part2 kelakar dalam filem ni memang menjadi n mmg boleh buat org ketawa..

Bagi aku satu benda je yg x best masa dekat2 nak ending tuh boleh plak tetiba Polis muncul..xde angin xde ribut tetiba je polis leh muncul haha ending die tak best..laa..sangat simple kot ending die tersesat bagai nak rak tiba2 polis datang akhirnya menyelamatkan keadaan..x mencabar langsung...kemudian cmne la tetiba kat tgh2 hutan leh ada kumpulan ala2 Black Metal tuh sume...adoiii.masa muncul scene kumpulan ala2 Black Metal ni jalan cerita die yg awalnya best terus jadi merapu meraban sikit...x logik pon ada hahaha...n part last sekali Hantu Bapok datang lagi pada zizan n ckp Anak ikan Mak...n Zizan pun cakap Anak ikan pon anak ikan laa kemudian berlari ke arah hantu bapok tuh hahaha..mmg x boleh blah..aku bagi 3.5 bintang untuk cite nih dari 5 Bintang..

SiNopSis
mengisahkan empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha kata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob.

Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras. Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil keputusan mencari kawasan kampung untuk mendapatkan minyak. Namun tindakan mereka itu memakan diri apabila mereka sesat jalan dan tidak temui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot.
Mereka terpaksa bermalam di dalam hutan dan diganggu oleh makhluk halus.

P/s-dengar cerita tak lama lagi akan ada program Maharaja Lawak Mania yg mana ada kelainan kerana menghimpukan peserta dari Maharajalawak dan Maharajalawak Mega jadi kirenyer Maharajalawak VS Maharajalawak Mega..dikatakan ada JoZan tapi x tahula Jozan benar2 menyertainya atau tidak sbb jozan terutamanya zizan terlampau sibuk..patutla timbul isu mengenai johan nak join Sepahtu baru2 ni..hope sangat JoZaN akan menyertainya dan johan dan zizan akan tetap jadi JoZan dan x join mana2 team lain..aminn hehe..

5 ulasan:

  1. perrgghh..hebatlah miss banu ni..alert betul..!

    xpe, nanti nur suh zizan jumpe miss banu ke... :)

    Heeeeeeee...! ^__^

    BalasPadam
  2. wahh... detail betol review miss banu ni...hihi...yg ni pun pasti deqla n hubby terjah panggung..haha..

    BalasPadam
  3. zizang... itu yang menarik minat aku.. huhu

    BalasPadam
  4. miss banu dan jozan takyah diherankan. hehe.

    BalasPadam
  5. hehehe...jarang dah tengok movie sekarang... kalau zizan ada kompem lawak yer..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017