-->

3 Mei 2012

ERA.FM RaDio No 1 Di Malaysia


Assalammualaikum...
Baca kat Murai.com tadi yg stesen Radio ERa telah dinobatkan sebagai radio Nombor satu negara..Sebelum ni kedudukan Nombor satu adalah Radio SiNar FM..namun kini Era FM berjaya merampas kembali takhta berkenaan..ERA fm telah dipilih sebagai radio nombor satu paling didengari di negara ini bersandarkan kuputusan rumusan kajiselidik terbaru Pengukuran Pendengar Radio Nielsen Liputan 1 tahun ini.Stesen radio yang bernaung di bawah Airtime Management and Programming Sdn Bhd (AMP) itu telah berjaya menarik perhatian seramai 4.8 juta pendengar sepanjang tahun ini, sekali gus mengetepikan beberapa stesen radio berbahasa Melayu yang lain.
Malah kemenangan Era FM itu telah memecahkan tradisi kejayaan yang pernah dimiliki Sinar FM sebelum ini untuk dua tahun berturut-turut atau sepanjang empat musim kaji selidik berkenaan diadakan.
Lebih manis lagi, apabila kejayaan radio Era FM itu turut diraikan dengan kedudukan dua lagi stesen radio di bawah payung AMP iaitu Sinar FM dengan 4.7 juta pendengar dan THR (Raaga & Gegar) seramai 1.73 juta pendengar bagi melayakan mereka berada di tempat kedua dan ketiga dalam senarai teratas.

Dah lama x nampak Radio Era ni naik..sebelum ni kedudukan die agak merudum juga..sekarang ni tiba2 jadi nombor satu..Ada pendapat yg mengatakan Radio Era ni mula menjadi pilihan ramai setelah JoHan Raja Lawak menyertai stesen Radio Era pada Januari lalu..Mereka mengatakan Johan antara faktor yg menaikkan kembali rating Era.FM..haha betul ker?pendapat korang cmne plak?aku jarang dengar radio haha sebab umah aku x dpt siaran radio yg popular2 ni..lau dapat pon mang x clear..tensionnn...masa dok KL dulu aku selalulah dengar radio nih..cer bayangkann JoZan sama2 jadi deejay dan bertugas dalam segmen yg sama..konform terus Radio tuh jadi no satunye la haha...

P/S-Bob Kuman telah meninggal dunia petang tadi-takziah buat keluarga Allahyarham..Innalilah...Al-Fatihah..

5 ulasan:

  1. cik sweety xde radio kt umah..lalalaalla

    BalasPadam
  2. salah seorg pendengarnya mesti miss banu kan.. :)

    BalasPadam
  3. confirm la naik, mesti sebab ada johan kan. :)

    BalasPadam
  4. deqla x dgr era... deqla suka dgr suria...hihi

    BalasPadam
  5. ye la kot. johan mmg sempoi. rsnye melayan die bckp boleh jadi gile. hehe.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017