-->

3 Mac 2012

draMa~AMaRaH HaWa dibariSi PeLakoN HeBat


Assalammualaikum...
semalam aku adala tengok drama Amarah Hawa kat Tonton.com.my tuh kan..
tajuk cite nih pun mcm dh suspen jer kan haha..ditambah pula dengan barisan pelakon hebat yg semuanya pernah menang anugerah okey iaitu Rusdi Ramli,NorKhiriah dan Sharifah Amani..so cite nih mmg wajib tgk la kan..

cite nih mengisahkan pasangan suami isteri yg mana si suami sering mendera isterinya pantang salah sikit mesti kena pukul,kena maki dan mcm2 lgi..Si isteri sentiasa sabar walaupun jiwanya memberontak dan tertekan namun mengenangkan dirinya yang mandul yg menjadi penyebab kepada perubahan suaminya dia hanya bersabar dan tidak melawan.Hal ini berterusan sehinggalah si Isteri itu bertemu dengan seorang pelacur yg brnama sufi dan membantunya untuk berubah..dalam tidak sedar dia menjadi rapat dengan sufi dan turut mendapat semangat dan keberanian setelah mendengar nasihat sufi untuk berdepan dengan Suaminya..lebih kurang gitulah citenyer..cuma aku suka jalan citenyer sebabnya diakhir-akhir cite ada twist sikit kan apabila sufi tuh merupakan perempuan yg pernah dirogol oleh watak yg dipegang oleh Rusdi dan akhirnya Sufi mengandung..dan punya anak..yg bestnya rusdi ramli x kenal pun sufi masa nampak sufi dan isterinya..

Lakonan yg berkesan..Sharifah Amani awalnya nampak cam liar2 sikit kemudian wataknya mula berubah menjadi lebih sopan..Norkhiriah plak mmg sgt sesuai pegang watak sbg isteri yg didera mental dan fizikal oleh suaminya..manakala Rusdi Ramli pula melakonkan watak jahat..Rasanya mcam baru first time aku tgk Rusdi Ramli berlakon watak jahat cmtu..haha..lakonan die mmg okey cuma aku dah terbiasa tengok die berlakon watak baik2 hehe ditambah dia pula mmg jenis yg sng tersenyum kan haha..apapun drama yg best untuk ditonton..drama nih dh ditayangkan di tv9 beberapa hari lepas..kalau ade sape yg terlepas menonton kt tv9 leh le tgk kat tonton.com.my...

4 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017