-->

8 Jan 2012

SecRet GaRDeN-K-Drama..




Assalammualaikum..
Hari ni nak share latest korean drama yg sempat aku tengok..iaitu Secret Garden..tajuk drama dah mcm misteri je gitu kan...drama nih sebanyak 20 episod..haha mmg jenuh nak menghabiskan.
4 episod awal agak slow sebab die just tunjuk bagaimana lelaki tu yakni hero cite ni cuba mengorat heroin yg merupakan seorang Stuntwoman yg kasar dan lasak..macam2 yg lelaki tuh buat tapi perempuan ni tetap jual mahal yg amat..pendek kata nampak cam mustahil la perempuan ni nak terima lelaki nih jadi boyfriend die kan..namun begitu walaupun jual mahal dalam hati perempuan tuh ada jugalah perasaan sayang dh sikit2 kat lelaki tuh cuma x nampak jer..hehe..
bermula pertengahan episod kelima..jalan cerita mula berubah dan menjadi lebih menarik dan kelakar apabila kedua-dua mereka bertukar badan dengan tidak sengaja..mmg kelakar la pasni..gelak memanjang je pasni..x lama lepas tuh diorang ok balik.kirenyer dalam cite nih diorang akan bertukar badan dalam 3 kali..kemudian jalan cerita nih mula lebih serius apabila kedua-dua mereka akhirnya bercinta juga tapi disebabkan perbezaan darjat yg mana lelaki tuh kaya dan perempuan tu miskin anak yatim piatu pulak tuh,hubungan mereka ditentang habis-habisan oleh ibu lelaki nih..

Macam2 dia buat untuk pisahkan diorang..akhirnya mereka tetap berkahwin..dan perkahwinan mereka tidak direstui.Setelah sekian lama mereka telah dikurniakan 3 org anak tapi ibu lelaki tuh masih x terima perkahwinan mereka..namun walaupun mcam tuh ibu lelaki tuh telah menerima dan meyayangi cucunya..not bad la cite nih.enjoy juga tengok terutama part lawak2 yg mmg menjadi..drama nih berada dalam kedudukan top ten drama korea pilihan penonton.. 


1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017