-->

19 Nov 2011

RevieW FiLeM KLiP 3GP~ReaLiti MasyaRakat HaRi ini~

AssaLammuaLaikum...
Sape yg dh tgk filem KLiP 3GP??Aku pun baru tengok nih..
not bad juga sbb ianya sebuah kisah yg mmg berlaku pada masyarakat kita hari ini..terutamanya di kalangan orang Melayu..filem ini bergenre psycho thriller.
Ada 3 cerita yg sebenarnya pada akhirnya ada sangkut pautnya..cerita yg juga merupakan tagline filem nih iaitu GaNas,Gerun&Ghairah.
ramai pelakon yg membintangi filem nih..mcm Zahiril Adzim,Sabhi sadhi,fikhree bakar dan merupakan filem sulung lakonan Mimie One Nation Emcee..
aku suka bila mimie jadi psiko tuh yg datang nk bunuh Zahiril Adzim tuh..memang menjadi,nmpk mimie mmg dh mental giler time nih dgn rambut mengerbang,pakai gaun merah,siap mekap walau kelaut hehe.. 
filem ini diarah oleh pengarah baru, iaitu Aidilfitri Mohd Yunos,filem ini dikatakan mampu membuka mata dan minda penonton untuk memahami lebih mengenai format video yang sinonim dengan rakyat Malaysia.

Klip 3GP memaparkan kisah-kisah tentang realiti kehidupan sebenar remaja zaman sekarang yang mudah terpedaya.Filem ini juga banyak memaparkan aksi-aksi yang keterlaluan namun masih boleh diterima pakai dan memberikan satu tafsiran baru kepada rakyat Malaysia yang masih tidak tahu mengenai kenapa filem Klip 3GP harus ditonton.

SiNoPsiS KLiP 3GP
Eddie pada usia hanya sekitar 20-an sudah merasa kejayaan urusan perniagaannya di Internet. Dia seorang jejaka yang memiliki segalanya – tampan, menikmati kehidupan mewah dan juga teman wanita sekeliling pinggang. Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan yang membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula adalah seorang jurnalis yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia telah jatuh mangsa kepada ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.


Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong oleh isterinya sendiri Rita, kerana inilah cara mereka membuat duit, dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudian. Suria, Mina dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan. Sandra adalah seorang gadis sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri.

Lebih dari itu, Sandra satu hari telah diperkosa beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Acara perkosaan ini telah dirakamkan oleh geng ini melalui kamera telefon bimbit Jefri. Dalam filem 3GP, kehidupan watak-watak berbeza ini akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka kepada masyarakat Internet –dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.

P/S-Apsal lagu kisah Dongeng dari Stacy x dpt masuk top 5 separuh akhir muzik2 ek huhuhu..
suke tgk persembahan Saehu,Osbon&Boboi utk Maharaja lawak Mega mggu ke-4 hahaha.. 

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017