-->

28 Nov 2011

KeLayaKan OLiMpik musnah~MaLaysia teWas dengan BahRain 2-3~


Assalammualaikum,
Pastinya ramai yang kecewa dengan keputusan malam tadi yang menyaksikan Malaysia(Harimau Muda)tewas ditangan pasukan Bahrain 2-3 walaupun pada awalnya Malaysia mendahului dengan selesa 2-0 sebelum dikejar oleh Bahrain disaat-saat akhir, sekaligus menyaksikan keputusan yg tidak diduga dengan tewas mengejut dengan keputusan 2-3 dan sekaligus meranapkan peluang dan impian Malaysia untuk beraksi di Sukan Olimpik untuk acara Bola Sepak...
Malaysia bermain dengan baik pada awalnya..dan gol pertama Malaysia tentunya dijaringkan oleh pemain paling muda iaitu Nazmi Faiz(17tahun) dengan rembatan jarak jauhnya itu..Malaysia akhirnya berjaya memperoleh dua gol berbalas kosong..aku pun suka lah dan merasakan Malaysia ada peluang besar untuk menang..namun pasukan Bahrain nyata cekal dan tidak mudah putus asa,dan ternyata setelah memperoleh dua gol malaysia sudah sedikit leka dan alpa dan akhirnya dihukum dengan 3 jaringan gol oleh pasukan Bahrain..dan akhirnya kalah lagi ditempat sendiri..
walaubagaimanapun aku tetap pujilah juga pasukan Malaysia kerana memaparkan permainan yang menarik walaupun akhirnya mendapat kesudahan yg tidak diharapkan..so sad...nasiblah aku nih bukan fanatik bola sangat..sbb pasukan Malaysia aku tgk gak bola..
inilah Nazmi faiz yg berjaya menyumbat gol pertama Malaysia..

p/s-Khairul fahmi che mat dilanda kontroversi lagi..lepas putus tunang dgn elia,muncul dahlia teck,terbaru dikatakan ada skandal dgn shida harmi..aiii parah juga bila dh femes nih tmbh2 single n muda lagi mcm2 gosip..terbongkar satu persatu?????..wallahu alam..

2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017