-->

23 Jul 2011

ReView MoViE SeKaLi LaGi lakoNan Lisa n Sam..

Baru je tengok filem Sekali Lagi..lakonan Lisa Surihani, Shaheizy Sam dan Mia Sara yg comey tuh dan Bront palare..dari segi gandingan pelakon2 cite nih..mmg sesuai n sgt serasi..aku suke gandingan diorang =)



Dari segi jalan cerita filem nih pun boleh tahan..jarang ada filem melayu yg bergenre macam nih..slalunya asyik2 komedi,seram& action..filem nih walaupun ada komedi sikit2 tpi ianya cerita serius yg berkisarkan cinta…lakonan sam dan lisa bermula sbg pasangan kekasih sangat sweet ehehehe..kelakar juga bila akhirnya si Sam nih panggil lisa nih sbg untie hehe..tapi sayang sampai ke akhirnya Sam tidak dapat menjadi seperti sediakala dia tetap menjadi kurang cerdik..walaupun anaknya sendiri iaitu Amy telah memberitahunya yang dirinya sudah bergelar sebagai seorang Ayah..dan akhirnya Lisa berkahwin dgn Bront P. dan selepas itu mereka berempat hidup gembira gitu..aku rasa seandainya Sam sembuh sebelum tuh tentu lisa nk rujuk balik ngan Sam..tapi sam tetap dgn perangai budak2nya..maka LiSa terpaksalah berkahwin dgn lelaki lain..ternyatalah betapa besarnya cinta Arman(Sam) terhadap Sheila(Lisa)kerana tak mahu Sheila menderita melihat penderitaannya dan keadaannya yg teruk selepas pmbedahan lalu menceraikan Sheila dgn harapan Sheila bertemu kebahagiaan yg lebih baik walaupun terpaksa membuat Sheila membencinya terlebih dahulu..

So aku bagi 4 bintang laa untuk cite ni dri 5 bintang..n filem nih berbaloi ditonton..n walaupun dh tgk sekali rasa nak tgk berkali-kali lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017