-->

27 Jun 2011

FuLL REviEw MaHaRaja LawaK+(AkhiR)-JoZaN tewas huhu.

Seperti yg dijanjikan hehe setelah sedih aku berkurangan sebab JoZan kalah so hari nih aku uat review seperti biasa sperti yg selalu aku buat pada minggu2 awal hingga sekarang..Okey kalau dari segi populariti mmg JoZaN amat2 popular..dan JoZan sHow akan disambung untuk musim ke-2 hehe (sumber:astro view)hehe..kalau kita tgk finalis yg bertanding peringkat akhir, keempat-empat mereka pernah berada di kedudukan Bottom Three okey..Sepah berada di kedudukan Bottom Three pada minggu ke-9..manakala JoZaN pula berada di kedudukan bottom three pada minggu ke-10 (Pisa Penang) Nabil pula dah beberapa kali di bottom three dalam 4-5 kali juga..Manakala JamBu berada di kedudukan Bottom three pada minggu ke 11(kuantan) & 12(J.B)..Kumpulan Sepah sentiasa konsisten dari minggu 1 lagi hingga ke akhir..x pernah x best..so tahniah Sepah kerana menang dan rasanya mereka layak menang atas konsistensi mereka setiap minggu..Manakala JoZan pula bermula dengan kurang memuaskan pada minggu pertama kerana mereka masih sukar menyesuaikan diri dalam suasana pertandingan..kerana telah amat lama meninggalkan pentas pertandingan.mereka sering santai dan spontan..setelah dikritik agak keras oleh Mamat KhaLid mereka bangkit dari mimpi indah mereka pada minggu ke-2 yg mana persembahan mereka ketika itu memang menghiburkan dan komedi mereka bertambah baik dan kelakar habis..maka wujudlah karakter Mael Lambung dan juga lagu Awan Nano nano nano nano nano nano nano nano hehehe…………

Mereka konsisten hingga minggu ke-6 kot lau x silap yg menampilkan sketsa mengurut yg langsung x lawak bagi aku..mcm berlatih last minit jer..n start minggu ke-8 diorang bangkit kembali dengan jayanya sehingga akhirnya..Manakala Nabil bermula dengan amat cemerlang dengan sketsa Salesman nyer yg kononnya menjual tali pinggang berkalendar dsbnya yg sgguh mencuit hati..Nabil terus cemerlang untuk tema muzikal komedinyer dengan sketsa pelayan dikedai makan serta lalatnya.dgn memilih lagu Grenade mmg terbaek bagi aku..Nabil terus berjaya sehinggalah pada minggu ke berapa ntah die sudah tidak menggunakan props hanya menggunakan sebuah kerusi dan die terus buat stand up komedi tanpa menggunakan apa2 props kecuali kerusi putih tuh..hal ini telah menyebabkan aku dan mungkin juga orang lain menjadi bosan kerana dah biasa melihat Nabil berlawak sebegitu..maka selepas itu kedudukan Nabil mula turun ke Bottom three..Nabil mula Suram hinggalah pada minggu ke 11 di Kuantan dengan Sketsa Uruit tapai Kakainyer hehe yg menggunakan banyak props seperti patung Spiderman dll serta segmen spontan yg mana petola dan kuali dijadikannya sebagai macam2 benda spt UFO,jam,Kompas,askar,Ular mengandung dan macam2 lgi mmg kelakarrrr…best..dan masa Final juga Nabil tidak menghampakan..tahniah Nabil walaupun tempat ke-3 jer..die yg paling kaYa dari yg lain haha sebab x yah bahagi2 duit..die yg terbanyak sekali dpt duit iaitu RM 150,000 Tanpa perlu bahagi dengan orang lain..Sebab Sepah kena bahagi 3 org duit tuh..JozaN pula kena bahagi dua org hehehe..kaya ko Nabil.

Perjalanan JamBu juga sama seperti NabiL..yg mana sketsa yg dipersembahkan amat cemerlang dari awal..malah ketika undian ditutup..mereka berada di kedudukan teratas sekali mengatasi yang lain selain dipuji juri melambung tinggi..setiap minggu…persembahan kump Jambu mula merosot pada minggu ke-11 untuk segmen ke-2 iaitu untuk segmen spontan tuh dimana seterika dan hair dryer tuh gagal dimanfaatkan sebaik mungkin oleh mereka sehingga berada di kedudukan bottom three bermula pada minggu tersebut..alasan mereka kerana mereka kurang latihan bersama sbb amat sibuk dgn shooting masa tuh..manakala untuk minggu ke 12 di J.B mereka terus merosot sehingga hampir2 tersingkir..dan akhirnya melalui imuniti mereka layak Ke FiNaL…haha begitulah serba sedikit rangkuman perjalanan awal finalis2 M.Lwk nih dri minggu awal hingga final..well aku ada buat review setiap minggu mengenai persembahan mereka sejak dari minggu pertama lagi..kalau rajin sila la search hehehe..okey kita masuk pada penilaian aku mengenai persembahan mereka di FinaL MahaRaja Lawak yg baru nih nyer..

1) SePah- Aku memilih Sepah berada ditangga pertama kerana persembahan mereka dalam dua2 pusingan mmg best dan kelakar habis..walaupun pada awalnya aku lebih memilih JoZan kerana masih terpukau dengan persembahan kedua Jozan yg mmg Amazing..tapi bila fikir2 balik mmg patut la Sepah di tangga pertama sbb kedua-dua sketsa mereka adalah muzikal komedi n mmg kelakar hbis..sketsa pertama menampilkan dua perompak yg masuk rumah seorang Ustazah popular hehehe..manakala sketsa ke-2 pula ialah Sketsa Suami isteri yg bergaduh dan munculnya Dafi membuatkan semua penonton bersorak bagai nak rak..hahaha mang best…tahniah dan syabas SePah..
2) JoZaN-tempat kedua mestilah JoZan..walaupun x menang..show pasti x menang tangan pasni hehehe..Sketsa pertama menampilkan seorang perompak yg ingin merompak keris taming sari di sebuah Muzium..sebelum ditegur oleh patung Hang Tuah..emm bagi aku sketsa pertama nih lawak juga..Cuma x leh lawan Sepah laa..patutnya Jozan turut menyelitkan elemen muzikal komedi untuk sketsa pertama juga..baru laa lagi meletup..sebab kekuatan JoZaN juga pada Muzikal komedi..dh ada band disediakan tapi x nak guna…emm mungkin diorang takut keliru kot nanti sbb dua2 nak buat muzikal komedi..entahlaaa..Mamat Khalid telah memberi komen yg tersirat untuk Jozan haha pandai mamat khalid nih..kena dengar dan faham betul2 baru tahu..rupanya Mamat khalid suruh Jozan tingkatkan lgi persembahan diorang sbb persembahan pertama agak kurengg laa..mereka mesti buat lagi terbaikkk..tu yg die guna perumpaaan di pinggir kali,kaki bukit,prepaid tuh sume..x tahula si zizan dan johan nih faham ke tak hahaha..


Manakala untuk Sketsa kedua yg bertemakan Muzikal Komedi..wowwww!! mang terbaekkk laa..Sketsa kedua memaparkan Si Ah Chai dan Mael Lambung merebut kawasan dan bergaduh..hahaha yg kelakarnya diorang bergaduh macam menari gitu hahaha..pandai tul diorang create pergerakan tangan, badan sume..pemilihan lagu pun bestttt..dan akhirnya mereka berdamai dan sepakat membuka rumah orang2 tua..hahaha bleh plak ada lagu bahasa jiwa bangsa..pandai tul menerapkan semangat 1 Malaysia gitu..Cuma yg aku terkejut sikit time mike zizan tercabut sbb asyik menari sume sampai mike terpelanting dan tercabut..so tuh dah ganggu sikit la mood dan persembahan diorang..suspennnnn tul time tuh..yela kejutan2 yg x dijangka cmtu boleh melunturkan semangat tuh.nasibbb laaa diorang dapat sambung balik sketsa tu dengan jayanya lepas tuh..fuhhhh!!!..menakutkan tul hahaha..apa pun terbaek laaaaa JoZannnn =) =-)
3) NaBiL-Not bad juga lah persembahan Nabil…pada sketsa pertama memaparkan Salesman diculik oleh Alien hehehe..yg paling best bila patung Spiderman tuh bergerak..ingatkan patung mula2 tapi sedikit pelik gak sbb patung tuh nampak kembung sikit dan berisi…tapi orang rupanya..dia pakai costume patung tuh..haha tapi x tahu siapa orangnya..n patung tuh pandai tau berlakon haha..mati2 aku ingat tuh patung..bila die bergerak mmg kelakar hahaha..pandai la Nabil nih buat kejutan hehehe…Sketsa kedua adalah muzikal komedi yg mana Nabil memilih lagu Bruno Mars lagi hehe..die menampilkan sketsa seorang jutawan yg bankrup yg tinggal dekat tempat sampah gitu..hehehe..Namun Nabil sedikit over run sbb ambik masa yg banyak sbb lagunya terlalu panjang hahaha …apa pun tahniah Nabil..bukan senang jadi peserta solo..n hasilnya Nabil juga yg paling untung berbanding yang lain even juara pun x dpt duit yg leh bolot sorang2 hahaha..rezeki tuh…
4) JaMBu-Agak memeranjatkan juga la persembahan Jambu agak merosot pada minggu2 akhir M.Lawak dan akhirnya hanya berjaya dapat tempat ke-4 saja…ok berbalik pada persembahan Jambu di Final..sketsa pertama memaparkan Yus dan Tauke berlawan menguji kekuatan satu sama lain..emm bagi aku x best laaa..kurang menyengat uhuhuhu…Manakala Sketsa kedua mang menarik dari segi pilihan lagu dan munculnya ZiLa Bakarin membuatkan penonton bertambah terujaa..hahaha.. untuk sketsa kedua Jambu mmg best!!!..apa pun dah rezekiiiii…

Hahaha sekian sahaja laporan saya untuk Maharaja Lawak 2011..



Finalis MaHaraja Lawak semuanya best dan hebat2 belaka…wah sunyilahhh hari2 ku tanpa Maharaja Lawak…emmmmmmmmmmmm…. Bila lah dapat tgk JoZan berganding lagi yer…nak tgk semua finalis M.Lawak bergabung lagi emmmmm…korang dah berjaya menghiburkan semua rakyat Malaysia..tahniah dan syabas untuk semua…


p/s-selama 13 minggu juga aku dah menjadi pengkritik Maharaja Lawak Yg tak bertauliah hahaha di BLog aku nih hehehe…-enjoy semua-


Peace yooo!!! And


SEE yaaa!!!!!
Read More »

25 Jun 2011

ENtRy KeCeWaaa JoZaN kALah..sekadaR Naib JuaRa =(



huhuhu..x de mood lagi nak uat review ttg MahaRaja Lawak fiNaL..sekarang time to lepaskan kesedihan..duka lara..huhuhu...selepas undian ditutup kump Sepah mendapat undian 64% JoZaN Pula 60%..emmmm keciwaaa..sedangkan masa awal2 kdudukan undian JoZan diatas.
keciwa laaa Jozan hanya sekadar tempat kedua..pasal hadiah mmg xde hal..sbb semua nya dapat duit kalau campur bahagi sume lebih kurang jer..yg penting mestilah gelaran MahaRaja Lawak perTama Msia..aku tak tau apa yg kurang..sama ada markah dari Juri  or markah undian..emmmm???
ish kalau nama peminat tak undi baik cakap jgn minat..cakap je penonton..huh..kumpulan Sepah dianggotai tiga orang so lebih senang nak buat lawak sebab leh buat beberapa watak..n senang org nak gelak..tapi tabikla pada Nabil..sorang2 je..still leh sampai final walaupun kadang2 lawak x menjadi n kering idea semua..berbalik pada JozaN wa caya sama Lu..persembahan pertama mungkin kureng sikit tapi still menghiburkan but persembahn kedua mang meletup haaaa..thats JoZaN!!!aH Chai Vs MaeL Lambung hahaha..ok what..even watak nih dh pernah diorang buat sebelum nih..namun tetap terbaek..
orang JohOr pastinya ramai yg sokong Sepah..bagi aku..aku sokong sume..xde semangat kenegerian bagai sume kat sini...kite 1 Msia..peduli apa berasal dri negeri mana pun..janji persembahan best..

Aku bukan x suke Sepah..suke wei..diorang mang best n konsisten..tiap2 minggu best..cuma aku dh terminat JozaN Nak uat camne ye tak hehehe so aku lagi suke sepah num 2 laaa..tapi dh rezeki Sepah..mungkin ada hikmahnya JoZan x menang...supaya diorang x lupa diri..biasalah manusia kan..JozaN nih Pun konsisten gak..cuma minggu pertama n minggu ke-8 yg mcm kureng sikit..minggu lain mantap pe..however i Luv JoZaN Foreverrrrr..juara dihati peminat...tapi apsal still sedih nih..hahaha..lebih2 plak aku huahuahuahua..maklumlah aku minat Jozan sejak Raja Lawak yg pertama lgi..diorang mang serasi klakar n spontan..terbaekkk...yg aku heran xde ke produser or pengarah nak amik diorang berlakon 1 filem..mesti best..ni asyik filem lain2...kalau nak nmpk diorang mengacara bersama kena tggu Raja Lawak laa..lain lah kalau Jozan Show disambung untuk musim kedua..untuk drama n drama bersiri diorang ada berlakon sekali..tapi tak banyak dalam beberapa drama je pun..filem je xde..

Jozan dlm bab2 spontan mmg kelakar..tgk jela rancangan Redah Kasi Pecah yg ada mnggandingkan Johan,zizan dan nabil..mmg lawak hbis hehehe...tapi yg slalu ada zizan,nabil dan afdlin shauki..johan macam jarang join..welll kesimpulannya JozaN yg paling popular..n terbaek..rasanya JoZan Merupakan tarikan utama orang nak tonton MahaRaja Lawak..kalau diorang x amik bahagian mesti suram jer M.Lawak..
well lepas nih sunyilah hari2 ku tanpa lawak2 JoZan dan MahaRaja Lawak tiap2 minggu huhuhu..
welll next entry aku akan uat review ttg keseluruhan FiNal MaHaRaja Lawak..sekarang nih xde mood lgi sebab masih bersedih sebab JoZAN KaLah..so hanya uat entry ni jela...entry kecewa...rezeki dimana-mana...JoZan tetap jadi rebutan industri hiBurAN..Eh kalau diorang berduet dlm 1 lagu pun sure meletup..diorang nih boleh nyanyi gak..xdela ke Laut sangat..ok what..hahahha...JoZan tetap diHati...

Sempat jugak bukak FaceBook lepas habis je rancangan Maharaja Lawak..mmg sume org pun dok bercakap pasal Maharaja Lawak..sume post pasal M.L....termasuk aku huhuhu..meluahkan kekecewaan ttg keputusan M.Lawak tuh..sempat la buka FB Zizan...kesian jugak kat die sebab die ada cakap yg skrg jozan tgh nervous kat belakang pentas..emmm alahai ciannyer..n dari FB die jugak la aku tau ttg kedudukan akhir undian M.Lawak tuh..nmpk dri ayat die mcam sedih la gak..hehehe..rezeki namanya..

ps/nak kena ajar tusyen plak hujung minggu cmni...emmm...jozan oh jozan (see masih crazy lgi kt jozan hehe)
Read More »

24 Jun 2011

LaSt epiSod CiNta MeLody yg sad EndiNg huhuhu.


Salam sume..tadi (khamis)last episode sinetron Cinta MeLoDy kat A.Ria..aku mang tgk cite nih dri episode mula cuma adala beberapa episode yg aku x tengok..x sangka cite nih hanya 36 episod..selalunya sinetron nih beratus-ratus episode..haha..berbalik cite nih mmg best la..Cuma sedih laaa tengok epidod akhir cite nih huhuhu dimana hero dan heroin tak bersama pada endingnyer..bak kata pepatah “Cinta itu tak semestinya memiLiki” pengorbanan untuk insan tersayang serta merelakan die pergi untuk kebahagiaannya dan kita menerimanya dan mendoakan kebahagiannya..itulah namanya cinta..wah dah berfalsafah dh aku nih hehehe..welll mmg sangat sedih la ending die..sangat kesian pada LaNg yg mana pada akhirnya die tidak memiliki apa-apa,tidak memiliki siapa2 huhuhu..Bapa yg disayangnya bukan bapa kandungnya,manakala ibunya pula seorang yg jahat dan sentiasa membuat hidup Lang menderita walaupun niat ibunya sebenarnya baik Cuma die salah dari segi perbuatannya..manakala orang yang mencintai Lang iaitu Sonia mengundur diri dan tidak mahu bernikah dengan Lang..manakala Melody yg sangat dicintainya akhirnya memilih suaminya iaitu Raffi dari dirinya..dan yang paling sakit tentulah saat apabila Lang mengetahui Lang sudah tidak memiliki Cinta MeLody..kerana MeLody akhirnya telah mencintai Suaminya..dan akhirnya Lang Mengundur diri dengan membiarkan MeLody bahagia dengan jalan yg dipilih Melody..

Sedihkannn endingnyer…waaaa rasa nak nangis bila tengok part paling akhir tuh..waktu Lang menoleh melihat Melody bersama RAffi sebelum keluar dari wad berkenaan..cuma ending die x gtau apa yg jadi kat Lang pastu..apa tindakan Lang lepas tuh??n apa jadi ngan Makcik dan sepupu Melody yg jahat dan kejam tuh??tapi kalau pikir guna emosi mmg la Lang sepatutnya bersama Melody..diorang dh ada anak sume kan..n mrk saling mencintai lgi..tapi kalau pikir secara Logik berlandaskan agama dan mempertimbangkan semua aspek sememangnya wajar MeLody memilih suaminya Raffi..kerana Melody kini berstatus Isteri orang..dan die sememangnya tidak patut meninggalkan suaminya..disamping Suaminya sendiri amat mencintai Melody dan juga anak luar nikah melody iaitu Raya..Raffi (suami melody)juga mengganggap anak Melody macam anak die sendiri..die juga sangat menyayangi Raya sampai sanggup tercedera untuk menyelamatkan Raya yg hampir terjatuh..

Semasa Melody dan neneknya didera teruk oleh Makcik Melody tuh si Raffi ni la yg menyelamat mereka..so sememangnya pengorbanan Raffi terhadap MeLody tidak ternilai..dan ketulusan Raffi ini akhirnya berjaya membuatkan Melody jatuh cinta pada Raffi..bak tajuk lagu kumpulan Spring tuh “KeraNa Budi Ku JaTuH Hati” heheehe…well bagi aku keseluruhan cite nih mmg not bad laa..mang best..n yg paling penting lagu tema cite nih pun mmg sgt sesuai hahaha iaitu lagu AishiteRu-ZiviLia yg juga merupakan lagu tema Blog aku nih lalalala..first time aku dengar lagu nih masa tgk cite nih laa..haaa dengar2 terus jatuh cinta pada lagu nih..terus aku cari kat tenet n jumpa plak tuh..haha sangat happy bila berjaya download lagu nih..
Well aku suke laa tgk poster cite nih kat atas sekali tuh cantik sangat n so sweet hhehehe…well kalau pikir2 balik mmg best la jugak kalau sekali sekala sesuatu cerita tuh sad ending kan..baru la nampak unik dan lain dari yg lain..asyik2 happy ending pun bowink gak kan..biar variasi sikit huahuahuahuahua..well suke r tgk cite nih..sweetttt =)
Read More »

22 Jun 2011

JoZaN,SePah,JaMbU dan NabiL ke FinaL MaHaRaJa LawaK!!!



Hiii semua tengok tak Maharaja Lawak..minggu ke-12 di J.B…mmg meriah gilerrr…menyaksikan kump Sepah mendapat sokongan dan sorakan paling kuat maklumlah diorang mmg orang JoHor kan..hehe..n persembahan diorang pun best..aku rase sepanjang M.Lwk berlangsung Kumpulan Sepah adalah yg paling konsisten sekali..x pernah mengecewakan langsung..dari minggu pertama hinggalah ke minggu-12…walaubagaimanapun kump Sepah berada dikedudukan ke-2 dibelakang JoZan selepas undian ditutup.Ini bermakna JoZan mendapat markah paling tinggi untuk undian dan markah dri pihak Juri..Minggu ke-12 juga menyaksikan Kumpulan R2 dan Kump JaMbu tersingkir..namun kump JamBu terselamat kerana juri menggunakan immuniti yg ada pada diorang..final M.Lwk akan berlangsung di Stadium Melawati KL..

Berikut adalah kedudukan dan markah peserta Maharaja Lawak selepas undian ditutup:
1. JOZAN - 61
2. SEPAH - 56
3. NABIL - 55
4. JAMBU - 49
5. R2 - 35
Ok..ini adalah penilaian aku mengikut persembahan mereka


1) JoZaN-Hehehe Jozan besttt.n berada di tempat pertama utk pilihan aku,,.aku paling suka masa diorang ngan Linda Onn tuh..hehehe lawak..siap nak peluk2 tau.yg tak tahan nama fahrin pun leh ada sekali hehehe..

2) SePaH-bagi aku Sepah mmg konsisten..Cuma lawak kedua diorang tuh xde la lawak sgt..tpi penonton leh ketawa terbahak-bahak..emmm apa2 pun Sepah Bestt gak…saingan yg sengit utk Jozan
3) JaMBu-di tempat ketiga mengikut pilihan aku, pusingan pertama JamBu kurengg best..pusingan kedua dengan sketsa SaKa..tuh mmg menjadi bagi aku..hehe lawak..
4) R2-ditempat ke-4,bagi aku pusingan pertama ttg sketsa pancing ikan tuh xde la best sgt..yg kedua tuh kire okey la bergandingan dgn Ali Mamak untuk sketsa berdebat..
5) NaBiL-Minggu nih bagi aku Nabil x best..pusingan pertama bolehla tahan..tapi pusingan kedua mmg hampeh..x best..

Sape ek Juara???harap2 JoZannnnnnn……


Wahhhh lepas nih MaHaraja Lawak dh Hbisss…huhuhu sunyilaaa hari2 ku tanpa gelak ketawa bila M.LWK tiadaaaaaa…emmmmmmmmmmmmmmmmmmmm -_- =(
Read More »

21 Jun 2011

Ada PerBezaan ker LapTop ngan NoteBooK???


Masa dulu..time aku beli Komputer riba gitu semua orang panggil Laptop..bila dh berkurun lama..Laptop nih pun dh hampir nak patah dua dh haha sbb dh uzur heee..skrin die sebelah dh nak tercabut dh..tggl sebelah lg..kalau trcabut/patah yg sebelah lgi..x tahu la boleh guna lgi ke tidak..sayang ngan laptop nih..byk kenangan..terutama masa kat universiti dulu..heeeee indahnyaa time tuh..well kalau jenama die baguih..sampai skrg masih dpt digunakan lgi walaupun laptop nih dh teruk..nak bawa gi mana dh pun malu..sampai cina yg dok baiki computer tuh suh beli yg baru hehee..emmm sape x nak yg baru ye tak..tmbh2 sekarang mcm2 jenis,bentuk dan warna yg ada kat pasaran..persoalannya mampu beli ke tidak???????welll jawapannya mesti laa enggak huhuhuhu..sedeh tak??janji leh guna..guna la sampai die dh xleh guna..

Sekarang nih ramai plak yg dok sebut Laptop nih sbg notebook..mula2 kanpius gak..apa beza laptop dgn notebook nih??adakah ianya sama jer, Cuma beza nama..?? aku mmg knpius..pada pandangan aku notebook nih lebih kecil sikit dari laptop..n fungsi die hampir sama..Cuma pendapat aku guna laptop lgi best wakaka…so adalah aku terbaca kat satu BLog nih yg menerangkan serba ringkas ttg perbezaan Laptop ngan Notebook nih…n kat situ gak die ada nyatakan juga ttg Top 10 Laptop Masa Kini…so sile teruskan pembacaan anda sekalian yer hehehe ;)

NoteBook dan Laptop, kedua-duanya dianggap sama iaitu sebuah portable PC (mudah aLih). Ramai yg anggap Notebook dan Laptop adalah benda yg sama Cuma lain dari segi nama. Sebenarnya ada sedikit perbezaan antara Notebook dan Laptop.
Notebook lebih ringan, jangka hayat bateri yg panjang dan kebiasaannya mempunyai saiz skrin yg lebih kecil dan comel dari LapTop..so disebabkan saiznya yg kecil dan comel tuh dikatakan agak menyusahkan kerana tidak dilengkapi byk internal hardware..semuanya external.
Laptop pula mempunyai banyak kelebihan dimana ianya mempunyai DVD+RW dalaman yg selalunya tidak terdapat pada sesebuah Notebook. Pendek kata, Laptop sedia beroperasi sama seperti sebuah PC desktop tapi pada zaman sekarang ni, Notebook dan Laptop dh dianggap sama..

TOP 10 LaPtoP MaSa KiNi


1) Apple Macbook Pro
2) HP Pavilion HDX
3) Apple Macbook-black
4) Lenovo Think padx61
5) DeLL XPS M1530
6) SoNy VAIO TZ150N
7) TosHiba Portege R500
8) HP Pavilion DV9500+
9) Dell Inspiron 1720
10) Acer AspiRe 5920

Read More »

18 Jun 2011

AntaRa Drama berSiRi yg Best Kat Zee VaRiasi..(Ram Milaayi Jodi)

Mona n Anukalp

Rasanya sejak dua menjak nih ramai blogger dok bercerita pasal Drama bersiri yg baru je hbis kat tv3 tuh iaitu Nora Elena..actually aku mang nk tgk cite tuh..tapi selalu x sempat..n drama tuh bertembung pula ngan drama hindi yg aku dok ikut setiap episode kat chanel Zee Variasi..tapi bila iklan tuh cepat2 la aku bukak tv3 hehe..so sekarang aku x nak la cite pasal drama Nora Elena atau seangkatannya..lani aku nak cite ttg drama hindi yg aku dok ikut salah satunya adalah Ram Milaayi Jodi..antara watak famous dlm cite tuh adalah Mona, Anukalp,Ambaji, daarji.hetal dll..sape tgk cite nih sile angkat kening cepat!!!?ala cite yg pukul 8 mlm tuh setiap isnin-khamis kat chanel Zee..ooo korang tgk berita ek time tuh??hehehe..berita aku leh tgk ulangan kat astro Awani gitu heeeee…kalau x pernah tgk tuh jeling2 la jap kat chanel zee time tuh..best cite nih..memaparkan pertembungan budaya antara Gujerati n Punjabi..dan menyaksikan pelbagai perbezaan dan masalah..                                   
                                                                 ini die Sara Khan a.k.a MONA

Apa pun sejak dua menjak nih episode die makin best..haha..mula2 aku geram ngan Mona nih sbb sikap die yg terlebih lurus bendul nih..n terlebih baik n selalu buat kesalahan yg tidak disengajakan…cmne laa die leh keliru n boleh plak nak atur perkahwinan adik ipar die ngan abang die tanpa tahu yg abang die akan ditunangkan dgn anak kawan mak die..hahaha..memang geram n tension aku tgk die waktu tuh hehehe..rasa nak picit2 je muka die yg sgt comel tuh..ayat yg selalu die sebut n dh jdi trademark die “By God” hahahaha..tapi bila mak mertua die dh marah giler n semua keluarga mentua pulaukan die..mang sangat kesian plak aku tgk die..dari geram terus jdi kesiannn..x lama lagi kena halau pulak kot sbb die langgar syarat mak mertua die dgn balik umah keluarga die..mang bestttt!Actually mula2 aku konpius gak sebab mula2 heroin die orang lain iaitu Priya Gol untuk watak “Mona”die baru je berusia 16 tahun..fuhh mmg sangat comelll n qiut laaa die dlm cite nih..


aku suke sgt tgk die dlm cite nih..tapi dh dkt pertengahan..heroin boleh plak bertukar..iaitu digantikan dgn Sara Khan yg juga qiut n sesuaii ngan watak Mona nih..Cuma rindu gak nak tgk Mona Lama(priya gol)adala aku search tenet n terjumpa sebab pengarah tukar heroin kerana “differences attitudes” aku pun konpius..mungkin si Priya nih x dpt nak jiwai watak Mona maklumlah die nih terlalu baru,1st time berlakon gitu..n muda lagi tuh..die berlakon watak Mona sebelum kahwin..manakala selepas kahwin dilakonkan oleh Sara Khan sehingga kini..priya mungkin x dpt nak jiwai watak wanita selepas berkahwin sebab die terlalu muda..n maybe perangai die still cam budak2 kot..jadi lebih baik pengarah tukar heroin untuk memantapkan lgi cite tuh..tu pndapat aku la ye..hehehe..apa pun korang leh layan la gambar2 qiut pelakon yg out dan pelakon yg in dalam watak Mona nih yg aku letak dlm entry nih hehehe..
enjoyyyy..lalalala
IniLah Priya Gol yg merupakan pelakon asal bagi watak Mona sebelum ditukarkan ngan Sara Khan.comey kan..qiuttt sgttttt!!suke tgk die..so sweet
Priya Gol yg sgt sweet ;)
ini pula Sara Khan yg menggantikan Priya Gol utk watak MoNa..
so.....
Priya and Sara
sape lagi sweet n sesuai bawa watak MoNA!!!???
dua2 pun comey2 belaka..emmmm
Read More »

15 Jun 2011

LagU NeRa,HazaMa,LeNa,FiNa&fiLem Mann


Tadi baru lepas tengok filem Mann (Amir Khan+Manisha koirala)kat chanel B4U..haha sekali sekala layan filem dulu2 nih mang best..walaupun dah berkali tgk cite tuh..tapi kalau tayang cite nih kat tv mesti terpaku lagi kat depan tv..begitulah penangan cite nih..awal2nya penuh kelucuan sebelum babak air mata mengambil tempat..haha..lagu2 yg best mang terbaek la cite nih hehe =)
hehehe masuk plak bab AF yg x hbis2 lagi..hehe..selepas konsert AF hbis..kini akan muncul pula video klip2 budak2 AF9 nih..sekarang nih aku paling suke lagu NeRa AF9 lerr(Hatimu Milikku)video klip die pun sweet jer..alahaiii..pandai tul kuncidemark(pencipta lagu nih) buat lagu nih sangat sesuai dgn suara dan personaliti si Nera nih..pastu kedua baru la lagu Hazama iaitu Cinta teragung diikuti lagu Lena (sisa kisah kita) n fina (menangis lagi) Bila aku dengar lagu Nera buat pertama kalinya terus aku suke..berbanding lagu2 finalis AF..lagu2 hazama,lena dan fina susah kit nak masuk bila dh dgr byk kali baru la leh layan hehehe..but lagu Azri (Niskala) dan Erul (Legasi Cleopatra) mang aku x layan laa..mcm x kena ngan jiwa aku hehehe..susah tul nak suke..tapi video klip diorang nih nampak cam best2 sumenyer..masing2 ada cerita sendiri..
Read More »

13 Jun 2011

i LuV this SoNG+Lagu teMa for tHis BLog =) i Likeeee

AiShiTeRu

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku

Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berfikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau riduku pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
berkat ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiran ku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau riduku pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
berkat ketulusan a a a aishiteru


Saat ku sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah jalani kenyataan
hidup tanpa gairah o u oo
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu padaku
Kumohon kau kembali


kimiga kumo kumii tenmo
kinoho boy ga shino ga ruta a
Shineteruyo shineteruyooo


Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau riduku pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
berkat ketulusan a a a aishiteru

best tak lagu nih..haha aku amat suke lagu nih..first time dengar masa tgk sinetron Cinta MeLody..terus aku suke beb lagu nih ngan cite2 tuh sekali hehehe..n sampai lagu nih aku letak gak dlm blog aku nih jdi lagu tema gitu hehe..x kisah la lau ada sesetgh blogger yg x suke ada lagu dlm blog..tapi aku suke lagu nih dlm blog aku..rasa cam sangat sweet bile bukak blog aku pastu kuar lagu Aishiteru nih..terus semangat nak mengupdate blog..hehhe..jom hayati lirik diatas dan nyanyi bersama-sama..lalalalalala..
Read More »

HaZaMa JuaRa AF9!!meMang terBaek..



Akhirnya setelah 9 tahun..Akademi Fantasia melabuhkan tirainya semalam dengan menyaksikan Hazama muncul menjadi Juara terakhir(AF9)mengikuti juara2 terdahulu iaitu Vince(AF1),ZahiD(AF2),Mawi(AF3),FaizaL(AF4),MiLa(AF5),StaCy(AF6),HafiZ(AF7),ShaHir(AF8)dan kini HazaMa(AF9)..

Sepatutnya telah lama Hazama memasuki AF..iaitu AF4 namun terkandas di Konsert PreLude..setelah beberapa tahun mencuba dan menanti,peluang datang di AF9 menerusi Operasi Gugur dan Hazama diserap masuk.Ternyata penantian itu berbaloi kerana Hazama kini telah pun menggenggam gelaran Juara AF9..
Ianya juga lebih kurang sama dgn perjalanan Mawi di AF3..iaitu gagal di Konsert Prelude,tapi diserap masuk pada minggu kedua dlm musim yg sama dan akhirnya menjadi juara AF3..Cuma apa yg berbeza Hazama terpaksa menanti lebih kurang 5 tahun untuk diberi peluang kedua untuk diserap masuk dan akhirnya berjaya..


Aku sememangnya amat suke yg Hazama juara..dia memang layak..apa yg dimulakannya pada Prelude AF4 disudahinya dengan gelaran juara AF9..lagu single pertamanya Cinta Teragung juga sedap didengar..video klip lagu tuh pun sudah siap dan telah disiarkan di tv sejurus konsert AF tamat..and semalam juga aku adala mengundi untuk hazama hehe..tapi sikit jela..bak kata org kan 1 undi pun leh bawa perbezaan kan hehehe..lagipun ni adalah AF terakhir lepas nih xde AF lagi..mungkin ada rancangan baru yg lain..aku rasa AF patut adakan pertandingan yg gabungkan balik semua peserta semua musim untuk bertanding balik macam Maharaja Lawak..mesti lagi gempak pastuh..haha..sebab budak2 AF nih ramai kan..so patut diadakan la..
Apa pun tahniah pada Hazama..jangan lupe diri dah le pasni..semalam aku tgk video klip budak2 AF9..aku paling suke video klip Hazama (cinta teragung) ngan video klip Nera AF9 (Hatimu Milikku) sweet la video klip nera nih..rupenyer nera nih adalah anak patung bukan manusia..hehe..sweet…

keputusan AF9
1-JUaRa-Hazama
2-Naib juAra-LeNa
3-tempat ketiga-FiNa
4-tempat keempat-AzRi..

Pasnih tumpu pada Maharaja Lawak la plak..sebab lagi 2 minggu je..sape la juara ek..saingan sangat sengittttttt..!!!
Read More »

11 Jun 2011

MaHaRaJa LaWak Minggu ke-11 di KuantaN mmg HappEniNg!!Jozan Best!!



Assalammualaikum sume..sape tgk M.L smlm??mang best kan..org kuantan mmg happening..meriah gitu..sentiasa bersorak n menaikkan lagi semangat para peserta..ternyata minggu nih JoZan menebus kembali kehampaan sebelum nih dgn memberi pesembahan pecah perut..yg membuat semua org ketawa..dan ternyata selepas undian ditutup..JoZan berada dikedudukan teratas sekali diikuti kump Sepah..manakala JaMbu,Nabil dan R2 berada di kedudukan bottom three..well secara keseluruhannya semua persembahan best2 belaka..n pada minggu nih masih tiada penyingkiran..



So ni kedudukan mereka mengikut pilihan aku.. =)
1) JoZaN-Semestinya Jozan la kan..terbaikkkkkkkkkk n trhebat sangat!!dua2 segmen/pusingan mang kelakar x hingat..

2) SePaH-Diorang mang kreatif dan kelakar..juga terbaik.. =)
3) NaBiL-Kali nih Nabil berjaya bangkit..kedua-dua pusingan mang best..aku paling suke masa pusingan kedua..kelakar laaa nabill..
4) JaMBu-kali nih JamBu okey tapi kureng sikit dri minggu sebelumnya..pusingan pertama not bad..Cuma pusingan kedua agak x berapa nak best..mcm idea datang on the spot jer..apa pun tetap okey..
5) R2-boleh tahan..Cuma pusingan kedua agak mcm merapu laaa sikit..


p/s-aku rasa minggu depan kemungkinan ada 2 penyingkiran..n salah sorang peserta yg tersingkir akan diselamatkan dgn imuniti dri pihak juri..haaha aku rase cmtu la kot kejutan mggu depan..
Read More »

8 Jun 2011

MajLis PerkaHwiNan bULaN Mac&Meii

Norehan abd rahim&pasangan

okeyyy..pada bulan sudah(mei 2011) member aku masa kat UM dulu ya iaitu Norehan@An telah pun selamat bernikah dgn pilihan hatinya..kenduri kahwin an lau x silap aku pada 14 Mei ritu..an nih org penang gak..tapi die dok kat seberang perai laa..aku kenal an masa belajar kat Universiti Malaya dulu la..kami amik subjek major yg sama..n pernah gak 1 kumpulan untuk  buat pembentangan..masa tu kami sama2 first year..bestnye lau kenangkan saat2 tu kembali..An nih seorang yg peramah n senang bekerjasama ngan die nih..x byk ragam..mang seronok lau kenangkan saat2 dulu..gambar kahwin die tuh aku amek kat facebook die..ada pun sekeping nih je yg die letak..pastu x update2 dh fB die.busy pi honeymoon kot hahaha..apa pun tahniah ye ann..n mekasih jemput kite datang kenduri kahwin ann ritu..

TitiE & Pasangannya

Haaa nih plak titie..member UM gak..n sama mcm ann tadi gak kami semua amik major yg sama..so mmg saling kenal mengenali..titie nih baru kahwin pada 28 Mei yg lalu..Majlis berlangsung di Kedah..aku kenal titie lebih awal dari Ann sebab titie 1 kolej kediaman dgn aku..haaa so dh kenal awal la..n titie nih juga kawan baik pada ain yg  member 1 floor ngan aku masa kt kolej dulu..so dari situ la aku kenal titie..namun kami sama major je..minor plak mang x sama..titie nih peramah juga n seronok bersembang dgn titie nih..tapi aku tak pernah 1 kumpulan ngan die untuk sebarang pembentangan masa di UM dulu..tapi masa nak konvo dulu die dengan aku pernah la sama2 tumpang umah makcik merangkap jiran umah sewa aku dulu..kami tmpang sana jap..haha teringat masa tuh..kiteorg jalan2 sume..gi Mid Valley tgk wayang sume..mang best..apa pun memori yg indah..gambar nih pun aku amik kt fb titie..ada la die letak 2-3 keping..pastu x update2 dh FB die..hilang plak hehehe..apa pun tahniah ye titie..moga bahagia..

Zaki dan pasangannya

Haaa ni beza sikit..sebab die nih budak laki n member UM gak..tapi aku x kenal plak isteri die even die pun budak UM gak..n si zaki nih sama minor ngan aku..tapi die major lain..masa first year adala dlm berapa kali die 1 group ngan aku untuk pembentangan subjek gender..tapi aku x rapat ngan die pun..masa first year je..tu pun sbb 1 group masuk second n third dh x sama kumpulan so masing2 uat hal sendiri..die nih mula nmpk pendiam jer..tpi bila dah lama2 tuh byk cakap gak dak nih haha..tapi masa 1 group ngan die bersama 2 org lagi kawan aku,mcm2 insiden trjadi hehe mmg kelakar kalau kenangkan kembali..haaa gambar nih pun aku amik kat FB die gak..die nih kahwin senyap2..ramai member x tau..tup2 dh kahwin.die kahwin pertengahan bulan Mac..aku pun x tau die kahwin..tgk kt FB baru tau haa..ramai yg marah sbb die x gtau yg die dh kahwin..haha papepun semoga bahagia n cepat2 dapat anak =)

haaa ni jelaaa..budak UM yg dh kahwin..haaa lepas nih ada lagii..tguuuuu
Read More »

6 Jun 2011

MaHaRaJa LaWak MiNggu ke-10 (PiSA-PeNaNg)


Ok…seperti biasa..now time to cit cat about M.Lwk minggu ke-10 yg bertemakan bebas dan menyaksikan tiada penyingkiran berlaku..bottom three minggu nih menyaksikan kejutan diMana selain R2 dan NabiL,JoZaN juga turut berada dlm bottom three buat kali pertamanya..Ramai yg tidak menyangka JoZan boleh berada dlm kedudukan 3 terendah..ini bermakna kump JamBu dan SepaH menghuni tangga teratas..emmm boleh ke tidak nih JoZan jadi juara ek..macam susah jer..sebab kump JamBu dan Sepah memberi tentangan yg amat sengit..aku rasa para Juri pun lebih memihak kepada kump JamBu utk bergelar juara Maharaja Lawak..mungkin bgi pandangan mereka kump JoZAn dh mmg amat popular skrg..so kalau x menang M.Lwk pun..diorang tetap x menang tangan dpt job banyak..berbanding kump JamBu(Yus&tauke)yg mana populariti mereka suam2 kuku..oklaaa..jom tengok pilihan aku utk minggu nih:-

1) Kump JoZaN-well aku tetap memilih JozAn sebab aku terhibur dgn telatah diorang yg ala-ala lembut tuh hehe..paling lawak bila dlm asyik dok berpusing menari-nari selipar si johan terpelanting dan melambung tinggi..hehe..adegan spontan tuh turut membuatkan si Zizan x dapat nak tahan ketawanya hehe..aiiii sweet la diorang nih bila jadi lembut..kelakar..
2) Kump SePah-hahaha sketsa BidaN diorang nih pun mang kelakar x hingat..si shuib yg nak beranak tuh mang lawak hehe..
3) Kump JamBu-aaaaa..??aaaa?aaaaa?semua di PISA telah dilanda demam AAAaaaa?hehehehe..diorang nih penuh dengan idea yg kreatif dan kelakar..bijak tul diorang nih..
4) NabiL-nabil pun not bad dgn sketsa situasi penculikannya..nampak die berusaha keras untuk tidak tersingkir..idea die kreatif..Cuma die kan satu2nya peserta solo yg tinggal..jadi susah kit la die nak bersaing dgn peserta2 berkumpulan kan.
5) R2-diorang buat sketsa dlm kedai Gunting rambut..lawak jugak namun tetap x boleh lawan dengan senior2 diorang diatas tuh yg mmg terbaek dari ladang dan lautan dalam hehehe..


Harap2 nanti bila ML diadakan di Kuantan..persembhan diorang lagi besttttt….sape ek yg akan tersingkir???rasanya R2 kot…

gegurl dan mak jemah..hehehe wakakaka.
Read More »

5 Jun 2011

-FiNaLis AF9-&Sape yg perNah aku AFundi..


Assalammualaikum..sekarang tgh menunggu utk tgk konsert ulangan AF minggu ke-9..fuhh semalam x sempat nk tgk..smpt tgk masa dekat2 nk habis time EruL tersingkir tuh..ingatkan Erul dpt ke final siap aku ramal leh naib juara lagi tau..alahaiii..si Lena plak dpt ke final..emmmmm what to say..dh rezeki die kan..
so kali nih hanya 4 pelajar yg akan ke final iaitu
1-Hazama
2-Azri
3-Lena
4-Fina
AF3 dulu pun 4 finalis juga...
so ni adalah pilihan aku

1-HazaMa-Juara AF9
2-FiNa-Naib JuaRa af9
3-AzRi (tempat ke-3)
4-LeNa

aku harap2 yg tula yg akan berlaku..kite tgk pilihan aku nih mengena ke x hehe..tapi pe pun aku haraap hazama n fina leh dpt kedudukan yg tggi laaa..
well dari AF1-AF9 hanya AF2,AF3 & AF5 yg berjaya membuatkan aku untuk mengundi..hehe AF musim lain x berjaya menarik minat aku utk mengundi..
AF2 -Aku pernah mengundi untuk
1)NuruL AF2
2)BoB AF2
3)ZaHid AF2
AF3-aku pernah mengundi
1)Mawi AF3
AF5-Aku pernah mengundi
1)AsWad AF5

Hehehe..tu jelaaa pelajar2 yg berjaya menarik perhatian n minat aku untuk mengundi..
sebab apa aku mengundi diorang??atas pelbagai faktor...
dan berapa banyak aku mengundi diorang?sikit jee..xde duit nak undi byk2 haha..
Read More »

4 Jun 2011

KEcOh 1 Msia ngan periHaL AdiNda EvaNs/Daten MiLaNo nih


SaLam sume..haha tgk pada tajuk entry nih korang dh tau kan aku nak cite pe kan!! Tul tak..KECOH!! 1 Msia beb!dek penangan Adinda Evans nih (bukan nama sebenar)dirinya kini heboh diperkatakan 1 Msia..sampai cite nih dah masuk dh dlm paper Harian Metro hari nih (4JuN 2011)dlm ruangan setempat..muka surat berapa aku x ingat dh hehehe..nasib cite nih x disiarkan dimuka depan beserta gambar..kalau x lagi la malu budak nih.Adinda Evans atau nama sebenarnya Nadia Elliza yang tinggal di Puchong dan baru saja berusia 14 tahun telah membuat kenyataan “Berani Mati” dalam bLog nya bahawa dirinya sudah tiada dara..kenyataannya yang menunjukkan bahawa dirinya seolah-olah bangga sudah tidak punya dara telah menggemparkan dunia internet dan kini 1 Malaysia sudah tahu mengenainya..dasyat tul budak nih..pengakuan berani mati tuh n die x kisah apa yg org nak pikir pasal die..entry yg die buat tuh adalah pada disember 2010 dan baru kini mula tersebar dan diperkatakan ramai..n dlm 2 atau 3jun die telah pun deleted entry pasal tiada dara tuh..setelah isu nih berlarutan dan menjadi semakin panas..



Mula2 aku mmg ada tgk ramai bloggers dok bercerita pasal die nih..tapi aku buat derk jer..malas nk amik tau sebab “ada aku kisah ke”haha tapi bila aku nak pin entry aku kt geng blogger aku tertarik nak baca entry sorang blogger nih pasal budak nih..so dari situ la aku dpt tau pasal cite nih n kat blog die jugak aku dpt link utk gi ke blog Adinda Evans nih..so aku baca la blog budak nih..mang budak nih agak sosial n aku rasa die ni anak org kaya gak nih tuh cam x de hal n x kisah nak cakap pe pun..die ada cakap even pun die xde dara mak bapa die leh terima die sume n so on..alahaiii cetek tul pemikiran budak nih..ish2x…budak nih gak teruk kena hentam kat facebook..sampai ada page khas yg diwujudkan atas nama die untuk menghentam dirinya..kadang2 kesian pun ade gak..patutnya isu tuh die x pyah la nak cite dlm blog die sume..kang dh kena..n bila isu nih dah menjadi semakin panas n gempar die patutnya mndiamkan diri jela..biar lama2 isu ni reda sendiri..tapi sebaliknya die pun menghentam balik sape yg menghentam die n mempersoalkan kenapa nak sibuk hal die?adoyaiii nama pun org melayu biasalah isu nih diperbesarkan supaya menjadi pengajaran pada orang lain..


Tambah2 die nih bawah umur plak tuh..x manis la cakap yg bukan2 n especially bercakap terang-terangan ttg isu2 sensitif mengenai tiada dara sume nih kononnya nak bajet jujur laa..aku sure budak nih sekarang tertekan..bila harian metro menghubunginya (3jun) emm korang nak tau lebih lanjut cari jr kt tenet..mesti kuar byknyer pasal die haha..nama blog die dulunya “Adinda Evans” tapi tadi aku tgk dh bertukar plak jadi “Lee Milano”manakala Facebook die dgn id Daten Milano telah menjadi perhatian ramai..tak tahu laa cmne laa die nak berdepan dengan rakan2 di sekolah..para guru die sume..nk kena jadi muka tembok la pasni..dh le gambar die pun tersebar luas..dlm blog die sah2 dan terang benderang gambar die sume..1 Malaysia kenal ngan budak nih dh..die x habis2 bangga ngan pakwe die sbb dapat terima die walaupun tiada dara dh..emm memanglaa sekarang nih die muda lagi..bukan nak kahwin skrg jadi die mmg x kesah la..tmbh2 awek die dh popular 1 Msia..kalah artis dh..dh namanya lelaki sekarang nih mang die x kisah ngan sape pun sbb nk enjoy dulu..nanti nak kahwin nak tak nak die akan cari perempuan yg baik,suci tak ternoda sume..

Kesian juga x pasal2 nama Amir Raja Lawak pun terkait sekali..x pasal2 die pun kena kutuk ngan si adinda evans..kononnya die xde taste la ngan amir raja lawak..entahlaa mcm2 hal..Selain tuh Juliana Evans(pelakon) juga buat kenyataan kat twitter die yg die xde kena mengena pun ngan si adinda evans nih..x kenal pun..n Juliana ckp dirinya xde sister okey! Hehe x pasal2 si Juliana pun kena tempiasnyer hehee..
Sekarang isu nih telah berlarutan sampai ke pengetahuan menteri dh..dasyatt tull…aku heran gak mak bapak die x ambil tindakan pe ke..cam releks jer..n cam x kisah dh anak diorang jd sebutan ramai skrg..lepas nih sure la ramai yg pandang serong ngan budak nih..cmne la plak pandangan guru2 yg mengajar dan akan mengajar budak nih nanti..nak bajet open minded tuh pun pandai-pandaila..n biarlah ada batasnya..ni tak slumber n steady je uat kenyataan camtuh..pastu boleh plak nak bersumpah bagai sume..die patutnya berani buat berani tanggung la..bila ramai pihak kini mengecamnnya.. aku rase budak nih kena hadiri kaunseling ke..x pun ngan mak bapak die sekali hadiri kaunseling..sbb rasanya sampai skrg budak nih nampk cm x insaf lagi..slumber je menghentam orang ramai pada status Facebooknya..


Well apa pun aku harap benda nih beri pengajaran pada die n harap die akan berubah..n semua org memberi peluang kedua untuk nya kembali ke landasan yg betul dan sewajarnya..
Read More »

3 Jun 2011

PeLaJaR AF9 aNdA SuKa @ tiDak???


Diam x diam..malam sabtu nih dah konsert minggu ke-9 sebelum berlangsungnya konsert Final..seLain menyaksikan Fina mendapat imuniti pada konsert yang lalu..aku kat sini nak berceloteh ttg para pelajarnya la..haha..

Aku paling suka dari segi nyanyian mestilah si Fina..mantappp..walaupun die muda lagi N kecik orgnyer..aku paling suka masa die nyanyi lagu PurnaMa MeRindu nyanyian asal oleh Siti Nurhaliza..sedap gilerrr..die nyanyi x dgr mcm siti langsung..sgt sedap..mmg patut Fina ke Final..tapi untuk bergelar juaRa AF9..mungkin sedikit susah utk Fina kerana undian bergantung pada sms..so susah utk Fina mengatasi undian pelajar lain..kalau tg sebelum nih pun..undian fina sentiasa rendah..kalau Astro x tjuk kedudukan peratus undian beberapa kali masa konsert berlangsung..mungkin fina boleh terkeluar..jadi mmg susah la Fina nak bergelar sang Juara bagi AF terakhir..tapi kalau bergantung pada juri Pro mmg fina menang la..so pada pandangan aku Fina sukar la nak jadi juara tapi x mustahil..


Manakala EruL pula..emmm aku xde masalah ngan si Erul nih..nyanyian ok..muka pun boleh laa..tapi aku x brp minat ngan erul nih..undian die pun tinggi juga..aku rasa kalau die nasib baik..mungkin boleh jadi juara..tapi aku ramaL die mungkin akan ke final..n di final die mungkin leh dapat tempat ke-2 kot(naib juara)..manakala si Azri pula pun ok..tapi aku x brp minat die..Cuma aku suke tgk gelagat die..hehe kelakar..tmbh2 time kena cakap bahasa inggeris..mmg lawak haha..Hazama pula mmg aku minat..aku minat sejak dari konsert prelude AF4 lagi..aku ingat lagi time tuh die nyanyi lagu Zakiah (sweetcharity)siap gelek2 lgi..tapi xde rezeki lak..aku rase lau die dpt masuk AF time tuh mesti lagi sengit persaingan..mesti susah si Faizal tuh nak menang..Selain tuh sifat hazama yg mang kelakar..senang la nak raih undi..x silap aku..aku pernah sekali ada try hantar email kat si hazama nih masa die x dpt masuk AF4 dulu..x sangka plak die balas plak..haha tapi setakat tu jela..aku x hantar dh apa2 emel dh pastu..n aku pun ade add si Hazama kat Facebook.kalau die dpt jadi juara..mang kena buat fanpage byk2 la pasni hehe..sekarang pun dh byk pe..


Well aku sokong lau Hazama jadi juara AF9..walaupun die ada pengalaman..tapi banyak mana sgt la kan..die pun hanya penyanyi jemputan je kot utk MUH…tapi rasanya kalau musim terakhir nih pelajar perempuan(Fina) yg jadi juara lagi bagus kan hehehe..tapi bagaimapun jangan la bagi si Lena jadi juara..OMG!!!sorry aku mang x minat ngan die okey..tapi aku x nafikan yg suara die sedap la jugak..yg aku suke dgr masa die nyanyi lagu KekaL ngan Cinta sempurna..lagu lain aku x suke..aku x suke ngan sikap lena nih..agak gedik n also perasan baguss..perasan x akhir2 nih si lena mcm nak rapat ngan si Azri..kononnya dh tersuka la plak..sbelum nih lena harap si azri tersingkir cpt2 tapi akhir2 nih kononnya tersuka plak..x tau la lena nih suke betul2 or hanya gimik die je utk nak dekat2 ngan Azri utk raih undian..emmm..sebelum nih kecoh gaduh ngan fina..skrg dh ok..saja plak nak buat gossip sendiri..alahaiii…bukan die dh ade pakwe ker??haha


Aku rase mula2 lena nak dekat2 ngan si Hazama nih..tpi mungkin hazama nih banyak mulut sikit die bagi ceramah kot or menegur ke apake..terus x jadi ngorat hazama hehe..ni aku rasa ler..x tau betul ke tidak kan..lagipun banyak kenyataan yg diberikan oleh pelajar af9 yg tersingkir bahawa lena nih pentingkan diri sedikit..n rasanya ramai yg mahu si Lena nih terkeluar..
So pendek katanya..aku x berapa minat ngan si lena..sorry penyokong2 lena..ni hanya pendapat aku jer..jgn marah plak..aku rase lau Lena ke final mungkin paling kurang leh dapat tempat ke-3 kot..or bawah dari tuh..or lau nasib baik mungkin tempat kedua..xpe la kite tgk sape yg kena (jadi juara) nanti hehehe..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017