-->

27 Apr 2011

No One KiLLed Jessica fiLm Review



Tengok pada tajuk die mesti sume ingat cite orang putih kan..hehe..ni cite bollywood ler..aku baru pas nengok cite nih..so saja nak kongsi ngan korang sume yg baca blog aku nih…Filem nih lari pada kebiasaan stereotype filem bollywood..Ianya xde adegan cintan cintun..lari2 keliling pokok..menari-nari sume..Ni cite pembunuhan...filem nih dilakonkan oleh RaNi Mukerji..mesti ramai yg kenal Rani kan hehe dlm filem nih die pegang watak sebagai wartawan penyiaran yg berkaliber dan popular..selain Vidya Balan yg pegang watak sebagai Sabrina dan Myra Karn sebagai Jessica/Jess..

Cite nih bermula dengan si Jessica yang bekerja di kelab Malam yg bertugas sebagai pelayan Bar..yakni bagi minuman pada pelanggan. Jessica nih telah ditembak mati oleh seorang pelanggan lelaki kerana Jessica telah menolak utk memberikan minuman kerana waktu kerja beliau telah tamat..disamping mereka juga telah kehabisan stok minuman. Si lelaki dan 2 org kawannya telah memaksa Jess utk memberikan mrk minuman namun jess bertegas dan enggan mengikut arahan mereka walaupun pistol telah diacukan padanya..dan akhirnya membawa pada kematiannya..terdapat 7 saksi penting yg telah melihat kejadian itu dan memberi keterangan masing2 pada polis.

Kakak Jessica iaitu Sabrina telah berusaha sedaya upaya utk menuntut keadilan pada adiknya..namun semuanya semakin sukar apabila tertuduh itu merupakan anak org kaya yg mana bapanya org kuat politik yg ada pengaruh,kuasa,ada duit boleh rasuah sesiapa saja. So banyak la bahan bukti dipalsukan, serta para saksi penting telah diugut bunuh dan disogok dengan wang..maka kebanyakan mereka telah menukar keterangan mereka di mahkamah sehingga semuanya jadi kucar kacir..Perbicaraan memakan masa bertahun-tahun iaitu dari 1999-2006 dan akhirnya kputusan kes bunuh Jessica nih x berkesudahan dan akhirnya hakim memutuskan “No OnE KiLLed JEssiCa” hahaha bengang x dengar….aku dengar pun tension jer..bayangkan perbicaraan di mahkamah punyalah lama..lepas tuh Hakim senang2 jer leh uat keputusan kata xde org bunuh Jessica n pembunuh Jessica tuh terlepas dan bebass..pastu leh berarak n uat kenduri sume..adoiiii..mMg x AdiL kan!!..Hal nih telah membawa tamparan hebat pada Sabrina dan keluarga..sehingga Ibu Sabrina meninggal dunia dan Bapanya dimasukkan ke dlm hospital..Sabrina telah putus asa..dan meneruskan kehidupannya tanpa mahu lagi melibatkan diri dlm kes perbicaraan pembunuhan adiknya..


RaNi pada awalnya tidak begitu berminat untuk membuat liputan mengenai kes pembunuhan Jessica..Baginya kes ni xde yg menarik n x sesuai dengannya..baginya kes nih amat kecil dan tidak begitu bernilai utk dijadikan suatu isu yg besar di media massa..Beliau lebih tertarik utk mmbuat liputan mengenai isu yg lebih besar seperti peperangan dsbnya. Namun segalanya berubah apabila disuatu pagi dia membaca surat khabar dan mengetahui mengenai keputusan kes pembunuhan Jess nih..baginya ianya amat tidak adil..dan sesuatu perlu dilakukan..maka dia telah cuba membuat liputan mengenai kes nih..dan mendedahkan insiden sebenar yg terjadi di media massa sekaligus berjaya membuka mata orang ramai dan hal ini akhirnya memberi tekanan pada pihak pemerintah untuk mengambil tindakan yang sewajarnya…huhuhu lebih kurang cmtula cite die..boleh tahan la..aku bagi 3 bintang dri 5 bintang…antara pengajaran dri cite nih MeDia massa mampu mengubah sesuatu dan memberikan impak yg berkesan kalau sesuatu yg dilaporkan tuh benar2 kebenaran tanpa dipengaruhi mana2 pihak..dapat dilihat juga Kasih sayang dan pengorbanan seorang kakak pada adikya. Selain Kebenaran itu perlu diperjuangkan walaupun berdepan seribu halangan..seseorang itu tidak harus putus asa separuh jalan..dia harus menyelesaikan dan percaya pada kebenaran dan perjuangkan kebenaran hingga ke akhirnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017