-->

4 Mei 2010

AtaSi PeRaSaaN MaRaH aNdA..


APAKAH reaksi anda jika pemandu di depan mengambil masa lama untuk menggerakkan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar ke hijau?

APAKAH reaksi anda jika pemandu di depan mengambil masa lama untuk menggerakkan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar ke hijau?
Apa pula perasaan anda apabila selepas lama beratur, tiba-tiba seseorang memintas barisan dan berdiri betul-betul di depan anda? Adakah anda menjadi marah atau boleh mengawal perasaan?
Kemarahan ialah satu ekspresi perasaan yang ekstrem mengenai sesuatu yang anda tidak suka. Mempunyai perasaan marah bukan perkara buruk kerana ia menunjukkan kita manusia normal.
Malah, ada pakar berpendapat kemarahan pada peringkat rendah atau sederhana tidak menjadi masalah kerana dalam keadaan tertentu ia boleh memberi kesan positif kepada kita. Contohnya apabila kita dapat memberitahu seseorang bahawa kita marah kepadanya secara tidak langsung boleh menenangkan fikiran kita.

Bagaimanapun, perasaan sangat marah boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan seseorang. Baik pada lelaki atau wanita, kemarahan boleh meninggalkan kesan yang jauh lebih mendalam berbanding kesan terhadap hubungan sesama insan.

Cara mengatasi kemarahan Ada banyak cara mudah untuk mengatasi kemarahan. Antaranya ialah dengan:

· Menarik nafas panjang dan kira dari satu hingga 10
· Membayangkan tempat aman untuk menenangkan minda
· Beredar dari situasi atau persekitaran yang membuatkan anda marah (secara fizikal dan emosi)
· Mendengar muzik
· Mengisi masa dengan hobi
· Jangan meletakkan harapan dalam setiap situasi
· Meditasi
· Meningkatkan tahap spiritual melalui sembahyang, doa dan zikir Paling penting, anda harus menerima hakikat bahawa kehidupan ini tidak selalunya adil atau sempurna, dan anda harus mengambil tindakan wajar di dalam setiap keadaan..
--Tips yg berguna utk kita semua..
kalau kita x pndai mengawal kemarahan kita..ianya boleh mndatangkn kesan yg amat buruk pd semua..
bagi aku ,mmg susah nk kawal kemarahan..kalau diri x kuat..
kalau nk kait ngan aku lak ..aku ni jenis snsitip gak..cpt la gak marah tu..tp marah aku ni cepat gak surut..hehe..pndek kata x simpan lama2 laa..
cuma kalau leh aku nk usaha utk tidak marah dn brusaha utk control kemarahan..krn ianya byk mendatangkn keburukan dr kebaikan..
bak kata org tambahkan manis dlm senyuman hehe..
lgipun x best la marah2 ni..buat org takut jer kan hhehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017