-->

31 Mac 2010

REviEw 11 FiLeM yg Aku Dah tEnGoK..


SaLaM..HoLa…utk entry kali ni aku nk kongsi review filem2 yg aku dh tgk sepanjang buLan ni..

First filem yg aku tgk adalah cite 1)DiL BoLe HaDippA- lakonaN RaNi MuKerji dan ShaHiD kApoor..Dlm cite ni rani akan menyamar jadi Lelaki Singh hehe..walaupun jdi lelaki ttp comel gitu..dari segi gandingan shahid n rani mmg sepadan coz dua2 pun quit..Rani pun sgt cantik dri segi make up dan baju2 pun lawa..Cuma ada adegan yg rani kena pakai skirt yg amat pendek sekali..atas peha tu..ish2 lau x cover tul2 sure nmpk yg terlarang..pendek gler..dikatakan filem ni antara filem pertama Rani yg menyaksikan Rani berbikini dlm salah satu adegan lagu..ish2.nmpk sgt Rani terdesak utk mengembalikan semula kedudukannya di Bollywood kerana kebanyakan filem2 die sebelum ni gagal..so untuk mengembalikan kemasyurannya Rani sanggup berbuat apa saja utk pastikan filem ni Box office.

x silap aku filem ni berjaya..Keseluruhannya filem ni memaparkan tentang diskriminasi wanita dlm sukan(Kriket) sehingga memaksa seorang wanita mengubah penampilan srta trpksa menyamar menjadi lelaki semata-mata utk mencapai impiannya utk menjadi pemain kriket yg terkenal..walaupun berbakat besar dlm sukan kriket..namun haknya dinafikan disebabkan dirinya seorang perempuan.Ada pengajaran juga la cite ni..not bad..Cuma yg x best bagi aku ttg subjek utama cite ni iaitu sukan kriket..di Msia sukan kriket x popular..jd susah la nk layan n faham cara sukan kriket dimainkan dsbnya…namun nasib lakonan mantap rani dn shahid menarik minat aku utk terus tgk cite ni smpai hbis.



2)cite kedua yg aku tgk adalah cite ALaDin (versi Bollywood) watak Aladin yang

dimainkan oleh Ritesh Deshmukh, watak Jin lampu ajaib tu dimainkan oleh Amitabh Bachan, watak heroin dimainkan oleh pelakon baru, aku x ingt nama die tp lawa gak heroin die..watak jahat dimainkan oleh SanJay dutt.. boleh tahan gak cite ni..enjoy tgk..sbb cite aladin ni kite semua serba sedikit dh tahu..so bile difilemkan ia menjadi unik dan menarik..
Keseluruhannya, cite ni memaparkan perebutan lampu ajaib.serta 3 permintaan yg boleh dibuat oleh ALadin..apa pun mmg leh layan la cite ni..hehe..


3)cite ketiga yg aku tgk adalah cite org putih iaitu OBseSSeS..lakonan BeYoNcE, Ali Larter, dll..cite ni lebih pada cerita skandaL di pejabat..yg mana mengisahkan seorang wanita bujang yg tertarik pada majikan nya yg sudah pun berumah tangga dan mempunyai seorang anak lelaki..konflik berlaku apabila wanita ni cuba menggoda habis-habisan majikan die ni..tp x berjaya..majikan die amat sygkan isterinya..namun wanita berkenaan terus berusaha utk menghncurkan rumahtngga majikannya..konflik bertmbnh hebat apabila isteri majikannya tahu ada wanita lain yg cuba rampas suaminya..dan die cuba mempertahankan rumahtngganya..
Bagi aku jalan cerita filem ni biase jer..dh pernah ada org buat jln cite mcm ni..aku rase cite ni byk bergantung pd kepopularan Beyonce tu sendiri.sbb lau nk hrp hero die mang x hensem dh..aku pn x kenal hero filem ni..org negro..hehe..tp bagi aku apa yg menarik dlm cite ni adalah ketika babak aksi pertarungan antara beyonce dan wanita yg nk goda suami die tu..seronok tgk diorang berlawan..pukul2..jatuh2..tumbuk2 dush2..hehe..and last beyonce menang dn perempuan tu mati dihempap siling..kirenyer dpt dilihat disini cite ni menolak stereotaip la gak bile wanita juga mampu bertarung mempertahankan diri..yakni boleh melakukan kekerasan dan keganasan xde la lembut sepanjang masa..bagi aku cite ni best dekat ending die.hehe…awal2 tu sume jalan cite die biase je..



4)seterusnya adalah cite AVaTaR arahan James Cameroon..ala yg sebelum ni mengarah filem TitAnic tu..bagi aku personally aku lagi suka cerita TitAnIC Lagi dr Avatar ni..tp apa pun Avatar boleh la tahan gak..sbb ia filem yg unik yg membawa kita kat satu tempat yg asing bagi kita semua..orgnya sume pun berkulit warna biru, berekor, rmbut pjg dsbnya..suatu ciri2 yg menarik..kirenyer interesting utk tgk..ianya juga memberi mesej pada kite semua utk sentiasa menjaga dan menghargai alam semulajadi kita yg ada pada hari ni..filem ni penuh ngan tema kemanusiaan dan alam semulajadi..selain turut memaparkan kerakusan manusia meragut kehidupan lain demi cita-cita mereka..manusia snggup memusnahkan apa saja yg menjadi penghalang pd kejayaannya…apa pun x rugi menonton filem ni dr awal hngga hbis..
Namun bagi aku, aku suka titanic lagi..hehe..


5)yg kelima adalah filem AdNaN sEmPit yg popular ngan tagline nyer “Dimana ada kemahuan disitu ada highway”filem ni box office di pawagam..bagi aku cerite die senang faham..x berat kan kepala otak sgt..berbanding cite rempit yg terdahulu yg sentiasa bising dn penuh ngan keganasan..cerita ni senang layan punye..enjoy utk ditonton..tp lau nk harap filem ni menang anugerah mang susah la kot sbb cite ni ringan sgt..tp pe n berbaloi gak utk ditonton..sinopsis cite ni korang cari sendiri la kt tenet..hehe aku rasa ramai yg dh tahu jala cite die kan..hehe..


6)filem seterusnya adalam filem MuaLLaf..arahan Allahyarham Yasmin Ahmad..lakonan ShaRifah Amani ngan adik die tu..hero filem ni org Cina..entahla filem ni bagi aku agak susah nk faham laa..nak tgk cite ni fikiran kena ksg dan terbuka..masa aku tgk cite ni aku agak mengantuk sgt dn hrp cite ni cpt2 hbis..ntahla x kena ngan jiwa aku la cite ni..membosankan..xde pe yg menarik biase jer…tp kalau tgk dr sdut positif bole la dilihat kasih sayang kakak kpd adiknya..banyak gak hadis2,surah2 Al-quran digunakan dlm skrip filem ni.Cuma dialog filem ni banyak atau hmpir keseluruhan dlm bahasa inggeris..mungkin tu salah satu sebab filem ni memberatkan kepala dan membosankan..
Bagi aku dlm byk2 filem Yasmin Ahmad yg boleh aku layannye adalah filem Gubra..kot..


7)filem ketujuh yg aku tgk adalah filem JaLang lakonan pelakon baru YasMin Khanif, Hairie Othman, Kuswadinata, Norlia Ghani, Maria Farida dll…filem ni memaparkan seoarang wanita yg bekerja di syrikat kewangan cmtu..sanggup menggadaikan tubuhnya semata-mata utk mendapatkan tender yg banyak..die tidur ngan ramai lelaki termasuk ngan boss die di tmpt kerja..semata-mata nk dpt duit yg byk..selalu la kuar masuk hotel sume melayan lelaki hdung belang ni..nk dijadikan cerita bile die dh bertemu cinta sejatinya die mula ingin berubah..x nak gadaikan lg maruahnya…namun hampa apabila bapa boyfriend die ni adalah antara pelanggan yg pernah tdur dgnnya..so of course la bapa bf die ni x nak terima perempuan ni jdi menantunya selain takut rahsia die pecah..jdi bapa bf die ni pun ceritala yg permpuan ni jahat, sundal sume..dn bile tahu cite sebenar boyfriend die pun pergi la cari Maria ni (nama watak utama) lalu memarahi dan menghina maria ni..siap pijak2 lgi badan si maria ni brutal tul…jd putusla hbgn depa ni..akhirnya Maria balik kpg utk cri ktenangan..hairie Othman adalah kwn baik maria ni..die tahu maria selalu gadai tubuh utk dpt apa yg die mahu..namun die ttp mencintai maria..die la paling gmbira bila tahu maria nk berubah..so bile diorng ni start d couple..maria telah dirogol dan dpukul dgn teruk oleh mamat psiko ni..dan akhirnya membawa kpd kematian maria..yg mana telah meninggal dipangkuan hairie di waktu subuh di hadapan sebuah masjid..

Bagi aku cerita die biase je..namun apa yg menarik cite ni adalah ending die..pendapat aku ending die agak menarik..yg mana menyaksikan maria cuba menunaikan janjinya utk ke masjid bagi sama2 solat subuh dgn hairie..selain membuktikan dirinya sudah berubah..dengan membawa telekung pemberian hairie..maria bersusah payah ke masjid dalam keadaannya yg lemah setelah dipukul dn dirogol..die terus kan juga niat dan tunaikan jnjinya utk ke masjid..die berjalan dgn payahnya..dan akhirnya rebah di hadapan masjid dalam pangkuan hairie..ending die disulami ngan lagu iktiraf dri raihan membuatkan kita sayu jer dgr..so keseluruhannhya hnya ending die je yg best..yg lain2 tu biase jer..


8) seterusnya adalah filem LemBing AwAng PuLang Ke DaYaNg lakonan FariD KamiL, ZulhuzaiMy, Siti Elizad..Bagi pencinta sejarah mcm aku xde masalah nk layan cite ni..tp yg x suke tgk cite sej mmg ada masalah skit utk layan cite ni..lagipun die berlatarbelakangkan zaman pendudukan belanda di Johor..lau x silap aku..cite die senang nk faham..x berbelit sgt..pemilihan pelakon lelaki bagi aku kire okla..tp siti elizad sbg heroin agak kureng la..die x popular pun..susah la kit..nmpk cm xde yg istimewa pada watak dayang ni..kalau heroin die pelakon popular mungkin lg best dn seronok nk tgk kit..dlm cite ni byk gak pelakon veteran yg popular pada masa dulu..filem ni gagal teruk masa tyang kt pawagam..disamping masa pembikinan filem ni pun byk masalah timbul dimana pengarah bertukar, skrip pun bertukar gak..apa pun pujian harus diberikan atas keberanian menerbitkan filem yg bercorak sebegini..filem sejarah harus diperbanyakkan..
Apa pun filem ni masih boleh layan..apa salahnya kite lihat cerita2 sebegini supaya kita lebih menghargai apa yg kita ada hari ni.



9) filem Ketika Cinta BertAsBih 2, filem ni adalah filem Indonesia..nama pelakon die aku x ingat la.x kenal sgt hehe..cite die ala-ala filem Ayat-Ayat Cinta tu..tp jalan cite die berbeza la..filem ni based on novel karya penulis yg sama dgn penulis novel ayat2 cinta..filem ni berunsurkan keislaman sikit..so mang enjoy sgt tgk filem ni..banyak pengajaran tgk filem ni..begaimana watak utama iaitu hero filem ni yg merupakan lulusan universiti Al-Azharmencari jodoh utk dirinya……banyak halangan yg menimpanya..berbagai ragam ibu bapa serta kesukaran mencari jodoh yg terbaik utkknya…ketika merasakan telah berjumpa ngan jodohnya die kemalangan..dan atas kehendak ibu bapa tunangnya..tunangnya dinikahkan ngan org lain..namun bak kata pepatah “perempuan yg baik adalah utk lelaki yg baik juga” akhirnya lelaki tersebut mendapat jodoh yg lebih baik dri sebelumnya dan menpunyai ciri2 wanita solehah..



10)Filem DuLha MiL GaYa.. lakonan SushMita Sen, FardeeN Khan, Ishita sharma dan penampilan istimewa ShaH rUkh Khan…secara keseluruhannya filem ni memaparkan kepercayaan terhadap sesuatu perhubungan..yg mana memaparkan Fardeen yg x percaya pada ikatan perkahwinan..hidupnya dihabiskan masa dengan berfoya-foya sahaja..die bakal mewarisi harta ayahnya yg banyak namun ada syarat yg harus dipatuhi yakni kena berkahwin dgn wanita yg telah dipilih oleh ayahnya..calon isterinya tggl di Punjab yakni kwsn pdlmn di India..suatu pakatan telah dibuat dgn peguam utk berkahwin dgn wanita berkenaan seterusnya menggantung tidak bertali isterinya..dimana die tidak pulang2 selepas berkahwin beberapa jam..fardeen hanya menghantar cek setiap bulan..akhirnya isterinya yg tipikal wanita India membuat keputusan utk menjejaki suaminya di eropah..
Sementara itu fardeen berkawan baik dgn sushmita sen yg merupakan supermodel terkenal..sushmita amat mementingkan kariernya dr apa pun..walaupun die mempunyai boyfren yg amat mencintainya iaitu SRK namun sushmita seolah tidak mempedulikan or menghargai Srk..Sushmita juga x mahu akan sebarang komitmen yakni perkahwinan..
Baginya karier nya sbg supermodel adalah lebih penting..sehingga la suatu hari sushmita telah pun bertemu isteri fardeen khan di dalam kapal terbang..dan juga kemalangan yg berlaku antara sushmita ngan isteri fardeen khan ni..akhirnya sushmita telah membawa wanita ni ke rumahnya dan merawatnya..dari sini la sushmita dapat tahu bahawa wanita didepannya ni adalah isteri fardeen khan..dan beliau berpendapat fardeen x patut berkelakuan sebegitu.akhirnya sushmita mengambil keputusan utk menolong isteri fardeen khn ni dgn mengubah penampilannya menjadi amat jelita sehingga membuatkan fardeen tertarik pdnya..dari situ juga die belajar ttg kepentingan sesuatu perhubungan dan akhirnya membuka hatinya utk berkahwin ngan SRK.

Pjng plak synopsis die ni..maklumla guna ayat sendiri pjg la jwbnya hehe..bagi aku cte ni bole la tahan..x terlalu best ..walaupun dibarisi nama2 besar..namun masih boleh layan..sushmita sen dlm cite ni mang lawa..hehe..namun bagi aku cerita die tahap2 biasa je..tp masih sweet utk ditonton bila2 ada kelapangan.

11)filem SaNtau lakonan Puteri Mardiana, Esma Daniel..actually aku dh tgk cite ni kat pawagam tp ada gak beli dvd die..filem ni diilhamkan dr kisah benar..bole tahan la cite ni..ending die pun best..lakonan hero dan heroin die pun not bad..so mang layan la cite ni..bahaya kalau kena santau2 ni..mohon dijauhkan la utk kita semua..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017