-->

7 Feb 2010

HAyaTi dan HaRgai Lahh..........


=saat Rosli Dhobi ditangkap selepas membunuh gabenor British yg ke-2.huhu

SaLam..HALooo…hari ni aku ingin berceloteh mengenai kisah pejuang Sarawak iaitu mengenai Rosli Dhobi..sape2 yang telah menonton drama bersiri Warkah Terakhir dan juga dokumentari ttg Rosli Dhobi di slot “Suatu Ketika”pastinya lebih memahami dan aku dan pasti rata-ratanya sebak apabila melihat perjuangannya dan keberaniannya dalam usia yg masih muda.. aku salute laa..tabik glerrr dgn usaha pengarah,penerbit,penulis skrip,pengkaji dan semuanya yg berada di belakang tabir yg menjayakan dokumentari dan juga drama mengenai Rosli Dhobi ni..mmg best gler..ni antara dokumentari yg paling menarik yg pernah aku tonton..memang melekat kt dpn tv..dokumentari yg aku rasa terbaek setakat ni..begitu juga dgn drama Warkah Terakhir tu..mmg brkualiti..dr segi audio,visual,lakonan dan serbi-serbi terbaek la..para pelakon pun hebat n mantap..
Aku sebenarnya sudah 2 kali menonton dokumentari ttg R.D ni..di astro prima..manakala drama warkah terakhir sedang hangat ditayangkan di A.prima..
Walaupn sbnrnya ianya ulangan krn sblum ni sdh pn dtygkn di Astro citra..malangnya aku tidak melanggan pakej mustika jd x dpt aku menonton drama ni lebih awal..
Namun alhamdulilah akhirnya ada gak ulangannya..

Sape2 yg belum menontonnya.aku syorkan utk menontonnya kerana x rugi ceritanya mmg menarik dan berbaloi utk ditonton..
Aku ni bukanlah orang Sarawak..tapi aku bangga,sayu,semangat,sedih dan mcm2 rasa bercampur-baur melihat dan mengetahui kisah hidup R.D ni..
Sebagai bekas pelajar sejarah aku amat berminat mengetahui dan mengikuti kisah2 sebegini..

semasa aku bergelar mahasiswa dulu..2 semester berturut-turut aku telah mengambil subjek mengenai SEJARAH SABAH DAN SARAWAK di bawah kendalian Dr Ho Hui Ling di jabatan sej UM.jadi sedikit sebanyak aku telah mengetahui sejarah awal Sarawak yakni bagaimana Sarawak dibawah Kesultanan Brunei boleh jatuh ke tangan Brooke..sehinggalah ke era Vyner Brooke,ttg janji2 Vyner Brooke utk memberikan sarawak kepada rakyat sarawak sndiri utk memerintahnya serta kedatangan Jepun manakluk Sarawak telah mengubah segalanya..setelah Jepun menyerah kalah,sarawak diserahkan pula kepada British..selepas Sarawak jatuh ketgn British bermulalah perjuangan rakyat Sarawak sehingga munculnya PPM,RUKUN 13,ROSLI DHOBI dan lain2 lagi..sesungguhnya aku memahami apa yang berlaku pada ketika itu..berkat nota2 yang diberikan oleh DR HO..penerangan yg diberikan membuatkan sejarah Sarawak ni mudah difahami..n aku juga berjaya mendapat A utk subjek sejarah sabah dan srwk 2 sem berturut-turut..Alhamdulilah..tajuk tugasan esei aku pula adalah mengenai Vyner Brooke..ttg sebab2 die nk serahkan Sarawak dan pelbagai lagi..mmg menarik..aku lebih memahami ttg sebab dan kesan tindakan Vyner brooke menyerahkan Sarawak kpd British..kalau nk huraikan pjg la plak hehe..semasa di sem seterusnya aku mendapat tugasan esei ttg pembangunan Abdul Taib Mahmud..dalam subjek ni kami ada belajar ttg parti2 yg tumbuh bagai cendawan di Sarawak.tapi kalau tnya aku skrg nama2 parti dn sebagainya dh x brp ingt hehe kena rujuk buku dulu la hehe tp pe pn mmg seronok belajar dan mengetahui ttg sejarah Sarawak ni.

Mungkin ramai yg beranggapan sejarah ni boring..tmbh2 bagi kebanyakan budak2 yg bukan beraliran sastera..ramai yg x suka bile dgr sejarah..bagi aku kalau korang ikut dan memahami betul2 korang akan paham sejarah memang best..boleh tahu mcm2..
Ish dah melalut ke cite lain lak ni..ok..ok balik semula ke cite ttg Rosli Dhobi..
Bagi aku R.D ni seorang yang bijak,berani,berwawasan dan sebagainya..bayangkanlah dalam usianya yang masih muda iaitu 16 tahun die telah mengambil suatu keputusan yang drastic untuk memerdekakan negerinya yg tercinta iaitu Sarawak.die telah bersetuju untuk memasuki rukun 13 sekaligus bersetuju utk membunuh Gabenor Sarawak yg ke-2 iaitu Sir Duncan Stewart..kalau kita tgk konteks ri ni waktu kita umur 16 tahun apa je yang leh kita uat..aku rasa time aku berumur 16 tu aku msih cm budak2 lgi..enjoy je memanjang..xde nk pkir2 pasal Negara sume..yang aku tau gi sekolah,jawab exam,main,tgk tv dn uat aktviti lain..untungnya kita hidup pd zaman skrg..aku mmg tabik la dgn Allahyarham Rosli Dhobi ni..macammana die begitu nekad utk mengambil tindakan sebegitu ye..?yela bukan sng n bukan calang2 org yang dapat membuat keputusan sebegitu yg sanggup mengorbankan nyawanya utk negaranya.Ini bermkna R.D mmg amat cintakan tanah airnya..cintanya pada tanah airnya itu mengatasi cinta R.D pada hal2 lain..ini termasuklah cintanya pada kekasihnya..sweetnyer tgk org2 dulu bercinta..tulis2 surat dn tukar2 pastu sorok surat kat pasu or guna org tgh utk smpaikan surat..malu2 gitu..setahu aku kekasih R.D tu masih hidup hingga kini lau x silap namanya Hajah Ani..dah tua dh..tp sampai sekarang beliau tidak pernah berkahwin dgn sesape pn selepas kematian kekasihnya R.D..

Kalau x silap aku R.D dalam suratnya pernah meminta agar Ani menunggu dan menantinya namun malangnya hajat R.D tidak kesampaian apabila beliau akhirnya dijatuhkan hukuman bunuh..dan berkuburla cinta mereka..namun x sangka pula Ani tu benar2 menunggu .R.D walaupun tidak dapat bersatu di alam nyata..bak kata pepatah “Cinta x semestinya Bersatu”..mesti sedihkan Ani ketika itu..dalam dokumentari mengenai R.D tu..diorang ada paparkan temubual dgn cinta hati R.D ni iaitu Hajah Ani..sayu je aku lihat kisah cinta diorang..orgnya masih cantik bagi aku..aku yakin ketika muda mesti hajah ANi ni cantik orangnya..sebab sekrang pun wajahnya bersih dan sejuk je bile kita pandang..mmg cinta diorang cinta sejati laa..
Aku rasa susah nk jumpe org mcm depa ni pd zamn skrg..pada usia 16 tahun budak mana nak korbankan nyawanya utk tanah airnya..xde yg snggupla..bagi diorang especially lelaki la lgi snggup gadai nyawa pi merempit,hisap dadah dsbnya dari berkorban utk Negara..

Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949. Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yg dipanggil Badik Rosli menjerit: “Keluar dari sini atau kamu mati!”

Terpikir juga aku mcmana la reaksi keluarga R.D ttg penangkapan serta hukuman yg akan dijatuhkan pd R.D ni..mesti diorang sedihnyerrr..huhuhu..aku rasa keluarga R.D pasti menerima tamparan hebat dgn kematian R.D..yela x semua org menganggap R.D ni wira..ada yg menganggap R.D sebagai pembunuh..
X patut tul..pasti byk hinaan,cercaan yg terpaksa mrk telan x kurang juga pujian..bagi aku R.D adalah wira Sarawak dan pejuang sebenar..pasti mak ayahnya bangga memiliki anak seperti R.D ni..
Pada pendapat aku Rukun 13 dan Rosli Dhobi mengambil tindakan kekerasan ini kerana ingin mengajar dan menunjukkan pada British bahwa rakyat sARawak tidak takut ngan bRITish dan ianya juga merupakan antara usaha maksimum or langkah terakhir utk menakutkan British sekaligus menghalau British dari Sarawak.namun malangnya andaian mereka ni meleset sama sekali..tindakan mereka ini tidak mampu utk menakutkan apatah lgi menghalau British..sebaliknya British telah bertindak lebih keras dgn mencari semua pesalah,perancang dan ahli2 Rukun 13 yg lain..British tidak berdiam diri..sebaliknya mencari kesemua mereka yg terlibat dgn pembnuhan gabenor ini sehingga dapat sebelum menjatuhkan hukuman seberat mngkin bagi menakutkan rakyat Sarawak yg lain agar tidak mengulangi benda yg sama. Ramai yg telah dihukum gantung smpai mati..tragisnyaaa…huhuhu..

Mengikut undang2 British.org yang melakukan kesalahan dibawah umur 19tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati namun hal yg berbeza telah terjadi disini,yakni dimana Rosli Dhobi yg ketika itu hnya berusia 16 tahun telah ditukarkan umur R.D menjadi 19 tahun utk membolehkan hukuman mati dijalankan keatasnya.sungguh tidak adil..ketidakadilan dn konspirasi British telah menyebabkan Rosli Dhobi terpaksa berhadapan dgn maut.Rosli Dhobi redha apa yg terjadi dan menerima hukuman yg diberikan keatasnya…

-Tanggal 2 Mac 1950 Rosli Dhobi telah dihukum gantung sampai mati…(Al-fatihah)
Mayatnya juga tidak dibenarkan ditutntut oleh keluarga R.D..sebaliknya di tanam sekitar penjara tnpa bernisan(lau x salah aku la)..kesiannyaaa.Walaubagaimanapun beliau telah dikebumikan semula di Sibu pada tahun 1996..Namun menjadi tanda tanya ketika upacara penggalian kubur R.D dikatakan tulang mahupun tengkorak allahyarham R.D tidak ada..pelik juga kan..adakah Rosli Dhobi tidak dibunuh ttpi dibawa ke London..kerana ada ura2 yang mengatakan R.D dibwa ke London atas permintaan isteri gabenor Sir Duncan Stewart yg dibunuh itu utk melihat pembunuh suaminya..emm misteriii yerrr..jadi kalau xde apa yg dikebumikan tu ek..??Allah hu Alam..moga rohnya dicucuri rahmat walau dimana berada..

Walau bagaimanapun,sebelum menjalani hukuman gantung pada esoknya pada 1 Mac 1950, Rosli Dhobi sempat menulis surat kepada keluarganya sebagai pesanan dan amanat terakhirnya pada keluarganya dan juga pada semua..

-jom sama2 hayatinya okey-……………………………………………..



SURAT 1

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.
1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda.Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4.Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Ainnie.


6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.
Rosli Dhoby
1 Mac, 1950


SURAT-2

Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta’ lama lagi akan meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai, dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi selama ini, saga sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2 kesalahan di dunia ini saya ta’genter saya ta’takut mati, saya terima hukuman yang telah di jatohkan di‑mahkamah.
Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang‑nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan.
Amin ya rabbul alamin berkat do a laillahaitlahi Munamada rasululah. Dan saga uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa. S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan, nasiha yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.
Harapan ini surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan baik‑bai, barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.
Ditulis pada 1‑3‑1950
Saya yang akan meninggalkan endah ini,
R.D.
- Dipetik dari buku Rosli Dhobi Di Tali Gantung tulisan Rudi Affendi Hj. Khalik, 1997.


So cmne apa perasaan korang membaca warkah terakhir berkenaan..teruja?takut?
Gentar?kagum?emmm semua rasa bercampur baur..apa pun hayatilah dan hargailah apa yg kita ada skrg…

Tepuk dada Tanya selera………


gambar para pelakon yg menjayakan siri drama Warkah Terakhir sbg ahli PPM dan sbg ahli Rukun 13.


mamat ni la yg berlakon sbg Allahyarham Rosli Dhobi dlm cite Warkah Terakhir tu..nama betulnya x silap aku Beto Khusyairi.best gak die brlakon..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017